Wednesday, December 31, 2014

Saat Genting Baru Nak Tanya?

Humm. Stress. Serabut laa haiii.

Time cenggini baru nak mai cari. Kitorang pun ada benda lain nak cover subjek lainn. Pesal tak mai tengah malam jap g ja? Humm. Ya allahh. Saborr je laaa .

Selimut Tetangga Lirik

Bersabarlah sayang aku akan pulang
Jangan dengarkan gosip murahan tentang aku
Berjanjilah sayang ku slalu setia
Meski ku tak selalu di sampingmu

Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Berjanjilah sayang ku slalu setia
Meski ku tak selalu di sampingmu

Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku

Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian
Bersabarlah sayang aku akan pulang

Cerita sikett.
Blok aku ni ramai budak2 junior.  First year. Hari tu, hari Jumaat.
Dari atas bilik aku, bolehh laa nampak budak2 ni p semayang jumaat. Time ni nak bergetar tulang sumsum ke apa ke tak da la ye. Sebab tahu dah. Semua junior. Tak pandang laa. Wakaka.

Then. Dalam ketenangan, kesunyiannn, tengah kusyuk kitorang buat assignment, tetiba bunyi moto "vroooommm vrooommmmm.....tiiiidaaakkk mungggkiinnn ~~~" vrrooommmm..

Haha. Ngekk. Bertuahhh. Otw g masjid punnn bolehh lagi tarikkk lagu selimut tetangga nihh. Kahh !

Sunday, December 28, 2014

Haishh. Panas Pulak Hati Kiteee..

Haip.

Mood berubah 270 degree ! Moody. Haa. Memang sesuai laaa. Memang sekarang aku tengah nak study thermofluid pun. Part moody diagram.

Sakit pulak hatii oii. Keluar surau. Baru sudah maghrib. Depan pintu. Hamba Allah sorang ni tegur. "Tidoq ka?". Krik krikk. Soalan apa tu?? Memang aku stay kat library untuk tidoq pun wehh.
"Haaa?napa?" Sambil buat muka pelik.
"Mata hang merah"

Pesal? Merah menyala sangat ka mata aku?nak aku pakai contact lens?padahal aku tengok dalam cermin surau okeyy jaa. Dah kenapa keluar surau terus merah? Herr.

Padahal sebelum tu aku siap bersuka ria lagi dengan member aku yang lain kat luar library tadik. Menjamu selera sambil gelak ketawa bagai. Memang sentapp laa bila kena tegur macam tu.

Bila fikir balik, aku macam nak tanya jaa balikk soalan jenis macam tu kat dia..

"Baru lepas makan kaa?"
"Knp?"
"Makin tembam".
Nahh. Amekk kauu..

Hurghh.

Korang ni aku nak nasihat sikettt laa yee. Kalau nak tanya something tu biar sopan sikett. Nak tanya tido ke hapa kee..ko tanya laa dulu member ko tu buat apa sebelum tu. Dia baru bangun tido ke. Lepas makan ke. Lepas berak ke. Ni tak. Main tibaiii ja aju soalan.

Contoh. Cuba bayangkan kau baru balik dari kelas. Pastu sampai bilik tetiba rumet kau cakap.

"Eh, kau ponteng kelas eh?"
"Pesal?"
"Nampak selekeh lain macam jee."

Sakit weyyy.. Erghhh.

Sweetnyaa Allah ^_^

Assalamualaikum.  Bismillah.

Kes tadi. Hiks.

Aku masuk library dengan member aku yang sorang ni. Nama dia Gebu (bukan nama sebenar). Library kitorang ni kalau nak masuk, kena scan kad matrik. Andaikata korang tak bawak. Tak boleh masuk la. Tapiii..bolehh jerrr nak masuk. Kena report dulu dengan kakak or abam comey kat kaunter.

Nak di jadikan cerita kan. Member aku selongkaq la beg dia. Cari kad matrik. Then tak jumpa. Malas punya pasal nak cari da, dia panggil aku slow-slow. "Nina. Pinjam sat."

Then aku bagi je la. Time tu akak comey tu tengok je. Senyummmm. Tak kata apa-apa~ ehh. Tipu jee.. dia tak senyum pun. Hehe.

Okey. Yang tu dah selamat. Legaaa laa si Gebu ni.

Pastu kan kann. Tau dak. Tetiba lepas Gebu letak barang je dalam locker, "weyyy....terkunciiii" . Oh tidakk. Kawan aku ni...

Rilex braderr...braderr rilex..report je kat akak kat kaunter tuu.

"Kak, hehe. Dia tersilap kunci locker. Dah tak boleh buka da. Tak tau password."

"Awak tak bawa kad matrik kan tadi? Haaa. Tulaa..Lain kali jangan menipu...Tak baikkk. Nak exammm ni...".

Hehehe. Kitorang sengih-sengih macam kerang busuk..

Kan. Nampak tak dari cerita aku ni? Kitaorang tipu sikit ja. Memang tak kantoi. Memang tak kena marah dengan akak tu masa awal-awal tadik. Tapi nampak tak macam mana Allah bayar cash? Macam mana ALLAH tegur kitorang dengan cara lemah lembutnyaa dengan cara melalui nasihat akak tu tadi. Hmm. Senyumm bila terfikir balik. Thanks Allah. Kau Maha Penyayang :')

♥♥ Pengajaran kat sini. Jangan sesekali menipu ye kawan-kawan. Walaupun perkara kecik. Tapi ALLAH tak suka tauuu. ^_^

Saturday, December 27, 2014

Musibah Banjir

Assalamualaikum. 

Hari ni dah masuk hari ke berapa tah banjir. Banjir kawasan Kelantan, Terengganu dan Perlis. Johor dan KL khabarnya juga naik air.

Sebak. Hari ni paling aku rasa sebak. Entah kenapa. Bila aku makin scroll dan scroll fb dan twitter, tengok gambar gambar banjir, tengok situasi yang perlu depa hadapi, aku makin rasa sedih. Sedih fikirkan keadaan diorang semua. Makan cukup ka? Tempat tido macam mana? Sejuk ka?

Tengok keadaan haiwan-haiwan ternakan, lagi kesian. Mana-mana kucing dan anjing berjaya di selamatkan tu ok laa. Tapi bila tengok ada kucing yang sampai naik atas bumbung lah, atas balkoni rumah, grill pintu rumah, rasa sebak. Kasihan. Mana diorang nak p lagi kalau air makin naik dan makin naik? Dan pernah tgk gambar seekor kambing tergantung atas tiang elektrik lepas air makin surut. Kesian. Cuba bayangkan kalau kita mati dalam keadaan macam tu. Mati di hanyut air deras. Ya allah. Semoga dijauhkan.

Tak fikir lagi keadaan orang orang yang lari naik ke bukit. Entah macam mana keadaan diorang. Lari sehelai sepinggang. Dah beberapa hari terperangkap. Pernah fikir tak makan tido diorang? Dengan tak punya apa-apa. Kesejukan, kelaparan.

Dengar khabar 28 hingga 31 haribulan ni akan lebih teruk keadaan. Kita sebagai manusia hanya mampu mengkaji cuaca. Tapi kalau memang itu yang Allah tetapkan untuk kita, terima lah dengan redha. Mati hidup jodoh pertemuan tu semuanya Allah yang tetapkan.

Seriyess. Rasa takut menyelubungi hati aku malam ni bila hujan dan hujan dari sinag tadi. Risau. Adakah kawasan banjir jugak hujan macam ni? Macam mana dengan paras air? Makin naik atau sebaliknya? Ya allah. Hanya engkau yang berkuasa mereda kan musibah ini terhadap kami.

:'(




Tuesday, December 23, 2014

Hidup Seperti Robot

Assalamualaikum.  Bismillah.

Manusia bagaikan robot yang melalui kehidupan seharian dengan melakukan aktiviti yang sama dan berulang2. Hidup sebagai pelajar seperti sekian sekian. Hidup sebagai orang yang bekerja seperti sekian sekian. Hidup sebagai manusia berjawatan tinggi seperti sekian sekian.

Kehidupan sebagai seorang pelajar yang setiap hari pergi belajar, makan, rehat, tidur. Kemudian di ulang-ulang lagi. Dan ulang lagi di keesokan hari.

Apabila rasa kesunyian, pergi mencari kawan-kawan. Pergi enjoy sana sini. Apabila rasa kesedihan, kau memasang lagu-lagu untuk menghiburkan hati.

Apakah sumbangan yang dapat diberikan setelah kau sudah penat menjadi robot suatu hari nanti? Apakah yang telah kau dapat sepanjang kau hidup di dunia ini? Apakah tujuan utama kau diciptakan? Lupakah kau? Kau diciptakan untuk menjalan tugas sebgai apa?

Manusia bagaikan robot yang mempunyai jangka hayat tidak lama. Tapi masih belum sedar akan tujuan dia diciptakan. Kehidupan seharian yang sedikit pun tidak ingat akan'tuan' yang diciptakannya. Yang sedikit pun tidak ingin menimba ilmu pengetahuan agama dalam kehidupan. Yang manusia ni tahu hanyalah keseronokan. Hanyalah kerja-kerja kehidupan seharian yang tak punya janji apa-apa untuk dibawa ke SANA. Semuanya kerja duniawi.

Apa salahnya dalam masa 24 jam yang kau dapat dalam kehidupan ni, kau luangkan sedikit untuk pergi majlis-majlis ilmu? Apakah susah untuk bahagikan sedikit masa itu untuk perkara2 baik macam tu? Sudah berapa banyak saham akhirat untuk kau bawa nanti sepanjang kau hidup di dunia ini?Apakah kau tak malu dengan Tuhan yang ciptakan engkau? Apakah kau lupa tujuan utama engkau hidup di muka bumi ini? 

Tepuk dada tanya iman.

Monday, December 22, 2014

Kecewa Dengan Kau, Kawan.

Bismillah. 

Fuh fuh fuhh. Seriesss. Tak tau laa sekarang ni aku ak kecewa kaaa nak marah or aku bengang dengn sikap si dia ni.

Awak. Kalau awak rasa saya ni macam kawan awak yang lain. Ok fine.
Kalau awak boleh benci seorang kawan yang selama ini sekatil sebilik sepinggan disebabkan hanya seorang lelaki yang telah lama kau menanti sampai sekarang belum punya kata putus tu. Ok fine. Silakan.

Hang lebih sayangkan dia dari kawan hang sendiri yang selama ni susah senang bersama. Seriess bengkak hati aku.

Sedih teramat bila kawan yang selama ni aku care buat macam ni kat aku.

Aku nak tanya hang. Sampai bila nak bersikap macam ni ha?? Please laaa. Consider sikettt .

Sunday, December 21, 2014

Shopping Kain Pergi Kenduri.

Assalamualaikum.  Haihai.

Ok. Ni cerita semalam.

Aku balik ke Penang memandangkan study week dah bermula. Balik setakat 2 3 hari tak da masalah kot kan. Hehe. Ni laa untung nyaa belajar dekat2. Perlis ke Penang. Setakat 2 jam je kalau tak da halangan.

Dari Perlis ke Kepala Batas, Penang, aku macam biasa laa pakai seluar and t-shirt muslimah. Then. Bila family aku amek. Tetiba baru masuk keta. Diorang suruh tukar pakai kain. Atas alasan nak ke kenduri. Tak elok mata memandang kata diorang kalau berseluar gitu. Hoho. Mana tak nyaa. Masing2 berjubah berbaju kurung berbaju melayu, tetiba aku berseluar and ber t-shirt?? Ohh mann..

Ok. Anak yang mendengar kata laahh kan. Then aku apa lagik. Keluar laaa keta cari kain kat kedai2 yang berdekatan dengan di beri masa hanya 10 minit unuk carik. Haishh.

Last2 cari punya carik. 20 minit gak aku dalam kedai2. Wakakaka. Halaa wehh. Tak kan laa nak cari halai balai jaa bak kata orang utara. Kang boleh pakai tak sampai 3 hari pulak. Tak ke sia-sia ja.

Yang tak boleh belahh. Aku main sarung ja kain tu dalam kedai lepas da bayo. Ahaks. Tanda harga siap lupa buang kauuuu. Time aku nak keluar dari kedai tu. Ada mamat and kakak kedai tu tengok lain macam jahh. Haha. Mana tak nyaaa. Tadi tengok berseluar. Sekali nak keluar depan diorang. Berkain pulak. Haha. Ok fine. Malu kot. Tebal muka terpaksa buattt. Hmm.

Ok. Nin diaa. Its me. Berkain kauuu. Ayu gituuuu. :3

*perasaaannn gilaa baq hanggg*

Saturday, December 20, 2014

Pandangan Manusia atau Kelemahan?

Bismillahhirahmanirrahim.

Ikhtilat.

Apa tu ikhtilat?

Seseorang tu mungkin nampak akhlak baik. Tapi hubungan antara lelaki dan perempuan tiada batas. Bukan bermaksud melampaui batas. Tapi seperti komunikasi antara laki dan perempuan, jarak antara lelaki dan perempuan tak da had. Contohnya, mencampuri lelaki perempuan dalam sesuatu majlis atau sesuatu aktiviti. Chatting di alam maya seperti laman sosial fb, wechat dan sebagainya. 

Sungguh. Susah nak jaga ikhtilat ni. Lagi2 aku yang punya iman naik dan turun. Aku ngaku aku masih belum kuat untuk lawan semua ni. Tapi macam mana pun aku still boleh fikir. Fikir untuk elak ter over dalam tindakan. Alhamdulillah. 

Mungkin pandangan masyarakat aku tak hiraukan tapi pandangan Allah aku masih fikirkan. Aku tau apa yang aku buat. Aku tau Allah masih ada.

InsyaAllah suatu hari nanti aku dapat perbaiki diri.

**Ok bye. Study week dah start. Kiteww balik Penang. BYE2 perlis. ^^

Thursday, December 18, 2014

Padah Follow instagram Sesuka Hati

Assalamualaikum haii.

Ok. Aku nak cerita sedikit apa yang terjadi dengan aku sejak seminggu dua ni.

Apa dah jadi?

Warghh. Tidak ku sangka. Dengan hanya tekan button FOLLOW ja..kau akan ada problem or lebih tepat salah faham dengan kawan-kawan kau. Padahal kau tak da niat lain pun selain nak up kau punya following and follower ja.

Ok. Macam ni laa cerita diaa. Aku sebenarnya laa kan. Aktif laa jugak instagram twitter bagai ni. Tanya ja laman sosial apa aku takda. Hah *bajet*. Then. Nak jadi cerita. Aku punya style suka buka insta orang lain. Then aku usya diorang punya follower. Hok mana yang ramai follower tu..aku buka laa yang diorang punya. Then aku main tekan follow mana2 kenalan diorang walaupun sebenarnya aku tak kenal pun laa kannn sapa budak2 ni semua.

Hok mana aku tgk gmbr baik2. Sopan gituu aku follow je la. Salah ke kalau aku nak menyerikan lagi wall insta aku? Tak da la hari2 aku tengok gambar org yg sama je upload gambar kan. Lagi ramai kau follow orang..lagi banyak laa gambar yg cantik2 yang kau dapat tengok kan. Tak ke macam tu? Hmm.

Tapi masalahnya sekarang. Aku ada dua problem yang jadi serentak. Ok. First.  Once upon a time. Ecewahh. Haha. Ada sorang gugurl ni add aku di FB. Then aku tertarik dengan nama dia yang sejibik sama nama dengan aku.. So aku accept je la memandangkan mutual friend dia salah sorang classmate aku. Disebabkan excited punya pasal dpt kawan yg sama nama..aku wish thanks something like that laa kat wall dia. Then dapat respon yang agak baik dan berbau kurang enak disitu. Tapi aku wat dun know je la.

But after a few days, sorang classmate aku yang aku cakap mutual friend tu pm aku di FB. Dia soal siasat aku. Dah macam polis tanya soalan kat pesalah yang disyaki pulak aku rasa. Bertubi-tubi. Then aku dapat rasa laa kan dia ni macam nak salahkan aku. May be laa kan. Gugurl yang add aku tu awek si kawan aku ni. Mungkin jugak aku ni penyebab diorang salah faham. Cehh. Amboi. Ingat aku ni ada hati ke dekat bf kau ni. Erghh. Plisss. Aku follow kau tu pun aku tak sedar. Bila di tanya. Aku cek following aku. Then baru jumpa nama kau. Dan time tu jugak aku baru sedar ok. Dan jangan risau la. Aku tak stalk kau orang berdua pun lah. Haishh. Seriesss. Aku tak da niat lain pun selain nak tambah following aku. Haaaahhhhhhh. Sangat sentap ok.

Bendabenda gini pernah jadi kat korang? Ke memang jadi kat aku sorang jahhh. Hmm. Apa lahh nasib.

Hahh. The second case kau orang tunggu eh. Aku buat entry baru. Hmm.

**Jaga-jaga laa korang. Sebelum follow insta orang..cek dulu dia dah bersuami ke belum. Ehh .