Monday, November 7, 2016

Hati berbolak balik

Minggu depan. Yaa minggu depan aku dah nak kahwin. Setelah setuju untuk ikat selama setahun pada 19.12.2015. Tahun lepas. Ya tahun lepas. Rasa cepat sungguh. Rasa bagaikan baru sebulan lepas baru bertunang.

Bertunang? Ya. Ikat selama hampir setahun. Hanya Tuhan yang tau apa yang kami rasa. Apa yang kami dah lalui. Dan bakal lalui dalam tempoh 10 hari yang akan datang. Semoga aku dan dia kuat dan twrus kuat untuk di masa akan datang.

Hati. Semakin dekat tarikh, semakin berbolak. Semakin kacaw. Ya aku tahu itu mainan si makhluk yang bertanduk dua. Ya betul mereka akan berusaha untuk hancurkan plan manusia yang ingin menghalalkan hubungan. 

Apa yang aku rasa? Semakin fikirkan hubungan yang pernah berlaku dengan cepat. Dari tempoh perkenalan semula, tempoh persetujuan ibu bapa, tempoh merisik, tempoh bertunang dan juga tempoh penyesuaian antara sikap masing masing. Adakah akan muncul cahaya selepas ini? Adakah akan wujudnya perasaan cinta yang mendalam antara kami berdua? Adakah bahagia? Adakah aku dan dia sememangnya di jodohkan? Ya allah. Tunjukkanlah. Semoga ini yang terbaik.

Berdiam diri. Ya aku dah perlu berdiam diri. Jauhkan diri mungkin. Untuk mengelakkan perbalahan demi perbalahan antara kami berdua. Dari hal kecil dan remeh temeh bak katanya. Semoga tiada perbalahan yang lebih besar. Aku tak kuat. Aku tiada sesiap. Selain Dia yang lagi Maha Mengetahui.

Ya allah. Peganglah hati ku. Jangan kau goyahkan.
Ya allah. Kau juga peganglah hati si dia. Semoga hati dia terus kekal kuat dan bertahan akan hubungan ini. Semoga dia adalah yang terbaik buat diriku. Semoga Kau pegang hatinya hanya untukku. Janganlah kau bolak balikkan hatinya.

Semoga muncul rasa kasih sayang dan perasaan cinta antara kami berdua.

Amenn ya Rabb :'(