Sunday, May 24, 2015

Kau hadirkan rasa itu dalam diriku.

Terima kasih kerana kau masih memberikan aku ujian. Ku kira Kau masih sayangkan aku. Kau masih memelihara aku. Terima kasih ya Allah.

Sayu. Sayu hati yang teramat. Apabila kau hari demi hari detik demi detik menahan diri daripada melakukan dosa, tetiba satu saat itu kau lupa. Kau lalai dan akhirnya kau jatuh. Jatuhhh ke bawah yang teramat dalam. Kau ulangi dosa yang sama. Dosa yang kau kira akan stop do it again and again akhirnya gagal jua.

Yaa. Dulu aku tak rasa apa. Tapi sekarang aku berasa sakit hati sangat dengan sikap aku yang tak da pendirian. Iman ku goyah. Imanku teramat nipis. Iman ku lemah. Sebab itu aku tak mampu melawan.

Salah aku. Yaa. Salah aku semua ni. Ini semua kerana tak mengamalkan cara hidup islam dalam kehidupan seharian ku. Sibuk akan dengan duniawi semata-mata. Kau kata kau baca al-quran. Tapi ada kau hayati?  Kau kata kau solat, tapi adakah dia awal waktu? Kau kata kau beriman, tapi ada kau jaga hubungan dengan Allah? Antara hubungan dengan Allah atau dengan manusia yang lebih kau pentingkan?  Tepuk dada tanya iman.

Ya allah. Sesungguhnya aku bahagia dengan perasaan ku sekarang. Perasaan yang berasal kesal, malu, sedih ini. Aku tak kisah andai perasaan ini terus kekal selamanya.  Supaya aku lebih berjaga2 dalam kehidupan aku selepas ini. Supaya aku lebih mengingati dosa dan dosa dan dosa ku . Supaya aku lebih menjaga dan mengingati diriMu ya Allah. Biarlah hanya engkau saja berada dalam hati ku sekarang dan selamanya. Aku sanggup melupakan dia daripada Engkau melupakan aku. Aku yakin, akan ada kebahagian yang akan menyusul apabila kau redha akan perkara ini.  Semoga diriku terus istiqomah. Aminnn :'(