Monday, November 7, 2016

Hati berbolak balik

Minggu depan. Yaa minggu depan aku dah nak kahwin. Setelah setuju untuk ikat selama setahun pada 19.12.2015. Tahun lepas. Ya tahun lepas. Rasa cepat sungguh. Rasa bagaikan baru sebulan lepas baru bertunang.

Bertunang? Ya. Ikat selama hampir setahun. Hanya Tuhan yang tau apa yang kami rasa. Apa yang kami dah lalui. Dan bakal lalui dalam tempoh 10 hari yang akan datang. Semoga aku dan dia kuat dan twrus kuat untuk di masa akan datang.

Hati. Semakin dekat tarikh, semakin berbolak. Semakin kacaw. Ya aku tahu itu mainan si makhluk yang bertanduk dua. Ya betul mereka akan berusaha untuk hancurkan plan manusia yang ingin menghalalkan hubungan. 

Apa yang aku rasa? Semakin fikirkan hubungan yang pernah berlaku dengan cepat. Dari tempoh perkenalan semula, tempoh persetujuan ibu bapa, tempoh merisik, tempoh bertunang dan juga tempoh penyesuaian antara sikap masing masing. Adakah akan muncul cahaya selepas ini? Adakah akan wujudnya perasaan cinta yang mendalam antara kami berdua? Adakah bahagia? Adakah aku dan dia sememangnya di jodohkan? Ya allah. Tunjukkanlah. Semoga ini yang terbaik.

Berdiam diri. Ya aku dah perlu berdiam diri. Jauhkan diri mungkin. Untuk mengelakkan perbalahan demi perbalahan antara kami berdua. Dari hal kecil dan remeh temeh bak katanya. Semoga tiada perbalahan yang lebih besar. Aku tak kuat. Aku tiada sesiap. Selain Dia yang lagi Maha Mengetahui.

Ya allah. Peganglah hati ku. Jangan kau goyahkan.
Ya allah. Kau juga peganglah hati si dia. Semoga hati dia terus kekal kuat dan bertahan akan hubungan ini. Semoga dia adalah yang terbaik buat diriku. Semoga Kau pegang hatinya hanya untukku. Janganlah kau bolak balikkan hatinya.

Semoga muncul rasa kasih sayang dan perasaan cinta antara kami berdua.

Amenn ya Rabb :'(

Tuesday, March 15, 2016

Moga Aku dan Dia Kuat Untuk Ikatan Ini.

Dugaan apa ni. Dah sampai fasa yang ni kaaa? Fasa sebelum ni alhamdulillah kami berjaya lalui. Aku tau syaitonn2 ni gigih plan bukan2. Skrg ni fasa dia nak uji aku dengan kehadiran lelaki2 yang sebelum ni buang aku jauh2 dari hidup dorang, tapi sekarang cari aku balik macm aku tak da harga diri? Apakahh??

Dulu senang ja kan kan hilang dari hidup aku bila diberi pilihan. Hilang macam tak da apa jaa terjadi kan. Langsung xda hint atau tanya khabar! Sekarang muncul balik, buat ayat sedih2 cakap masih harapkan aku bagai. Dah laa, kalau dah sejarah tu sejarah je la.

Tolong la. Lagi sorang ni. Kau tu laki orang kot. Laki orang buat macam laki orang la. jaga la bini kau tu. Tak payah la konon nak minta perhatian dari aku pulak. Ada sebab la aku nak tak nak mesej kau wey. Sedar sikit status kau tu.

Sekarang ni aku geram gila. Geram dekat syaitan2 tengah plan hancurkan plan aku ke arah yang lagi satu ! Tolong laaa. P main jauh2.  Sedih la mcm ni !

Tak cukup ujian kat aku oleh si setan2 cilik tu, sebelah pihak lagi pun terkena ujian yang kalau tak boleh sabar, dah lama fed up wey. Keja bagai nak rak aku tengok. Sat sat dapat call in kena masuk keja. Defect yang kecik2 pun dapat call suruh masuk keja wey. Pastu x masuk lagi problem yang entah apa2 yang dah berminggu2 tak settle lagi. Xtau masalah apa pun tah la. Tapi aku yakin, ni ujian dari Dia yang Maha Esa. Aku harap dia kuat ! Jangan jadi macam aku, baru kena sikit dah nak nangis !

Kalau boleh cepat nak jaa cepatkan ikatan ni. Stress laa satu2 masalah start haritu lagi kot. Seminggu dua ni baruuu ja nak hepi2. Baruuu ja nak baik2 tanpa masalah, tapi tak lama..sat ja. Terus ujian datang. 

Aku harap setiap kepahitan ni ada manisnya dihujung nanti ! Aminnn.