Wednesday, November 28, 2012

Peristiwa Memalukan

Assalamualaikum . .

Mata nie sebenarnya dah berat . Kepala pun dah menjerit meminta disorongkan bantal . Tapi apakan daya badan ku , tangan ku , tak dapat lari lagi daripada lappy + blog nie . .  

Hari nie , jadual ku sepatotnya tak lah padat sangat pun . Tapi disebabkan kesungguhan lecturer aku , kami mempunyai extra kelas selama 2 jam . Sudah laa extra , di buat pula dihujung petang . Hendak balik ke Pauh , memang tak la . Sebab perjalanan ke Pauh sudah 30minit . Gap 3 jam memang tak kan cukup nak balik ke Pauh . Kalo balik sekadar letak punggung memang sangat lah boleh .

Usai kelas extra , kitorang terus ke kelas malam pula . Tapi di Taman Muhibbah . Waduuuhhh , capeeett tu memang sangat lah menggunung tinggi dalam diri masing2 . Sudah la capet , ada test pula time kelas malam . Apakan daya , kita sebagai student memang macam nie . Dah nama pun student , belajar je larh kan , apalaahhh  . . . Jangan mengeluh ! 

Tapi walau bagaimanapun , hari nie semua nya enjoy , tak da yang stress . Lagi banyak lawak memang ada ! Tapi yang pastinya hari nie aku banyak buat perkara yang memalukan diri sendiri . Semua tindakan tu berlaku secara spontan dan tak sengaja . Apalahhh nasib ku , suka sangat perangai macam tu . 

Salah satu nya :

Ketika di kafe , seorang mamat nie tanya , 

"Eh , nie masak apa ? Rasa apa ?"

Dengan blur + konfiden aku jawab 

" Ayam." 

"Hahahahahhaha ! memang la ayam. Dah memang ayam kat dalam tu , tak kan masak itik kot!" 

perrrgghhh , depa gelak kat aku ! Ngek betoi . .  

Malu tahap gaban kot . Aku jawab spontan dengan apa yang aku nampak ja . Jawapan yang tak menjawab soalan langsung . Kan dah kena gelak -__-

Yelaaa , aku mana lahhh kenal geng2 tuhh , tetiba dia aju soalan. Aku pon jawab je laaaa dengan blur + segan + terpaksa.


Salah keduanya :

Nie situasi dalam bilik kuliah . Time tu lecturer bagi break 5 mnt . Biasa laaa dah jadi lumrah sebagai seorang perempuan, memang akan mengisi masa tu dengan bersembang kan . So, aku join la kawan aku berpokpek-pokpek . 

Then, ada satu part nie , aku menyampuk kawan aku kat belakang bercakap. Dengan selamber aku pusing kepala aku sambil buat reaksi pondan dan kata 

"Hok alllllooohhhh, mung ni" 

Tangan dan muka sekali aku buat reaksi . Memang hudoh tahap jebon aku dapat rasakan . Dan yang paling tak leh blah , entah macam mana kawasan duduk perempuan tetiba ada sorang mamat. Dan dia nie duk usya gaya aku buat tadi ! makcik betoiiiiiii !! sejak bila pulak dia duk kat situ ?? siap sengehhh dan gelak lagi kot! 

errrgghhh ! malu gila baq haaaannggggg ! ! 


Start dari peristiwa nie, aku janji nak bersikap lebih sopan lagi yo ! hahaha. Gila -__-

Kepenatan dan Malu





Assalamualaikum . .

mata nie sebenarnya dah berat . kepala pun dah menjerit meminta disorongkan bantal . tapi apakan daya badan ku , tangan ku , tak dapat lari lagi daripada lappy + blog nie . .  

hari nie , jadual ku sepatotnya tak lah padat sangat pun . tapi disebabkan kesungguhan lecturer aku , kami mempunyai extra kelas selama 2 jam . sudah laa extra , di buat pula dihujung petang . hendak balik ke Pauh , memang tak la . sebab perjalanan ke Pauh sudah 30minit . gap 3 jam memang tak kan cukup nak balik ke Pauh . kalo balik sekadar letak punggung memang sangat lah boleh .

usai kelas extra , kitorang terus ke kelas malam pula . tapi di Taman Muhibbah . waduuuhhh , capeeett tu memang sangat lah menggunung tinggi dalam diri masing2 . sudah la capet , ada test pula time kelas malam . apakan daya , kita sebagai student memang macam nie . dah nama pun student , belajar je larh kan , apalaahhh  . . . jangan mengeluh nina ! 

tapi walau bagaimanapun , hari nie semua nya enjoy , tak da yang stress . lagi banyak lawak memang ada ! 
tapi yang pastinya hari nie aku banyak buat perkara yang memalukan diri sendiri . semua tindakan tu berlaku secara spontan dan tak sengaja . apalahhh nasib ku , suka sangat perangai macam tu . 

Salah satu nya :

ketika di kafe , seorang mahasiswa bertanya , " eh , nie masak apa ? rasa apa ? "
dengan blur + konfiden aku jawab " Ayam." 
"Hahahahahhaha ! memang la ayam , dah memang ayam kat dalam tu , tak kan masak itik kot !" perrrgghhh , depa gelak kat aku ! ngek betoi . .  

malu tahap gaban kot . aku jawab spontan dengan apa yang aku nampak ja . jawapan yang tak menjawab soalan langsung . kan dah kena gelak . huhu . . 
yelaaa , aku mana lahhh kenal geng2 tuhh , tetiba dia aju soalan , aku pon jawab je laaaa dengan blur + segan + terpaksa  . . .  

Salah keduanya :

nie situasi dalam bilik kuliah . time tu lecturer bagi break 5 mnt . sebagai seorang perempuan , biasa laaa akan mengisi masa tu dengan bersembang kan . 
so , aku join la kawan aku pokpek pokpek . 
ada satu part nie , aku dengan selamber pusing kepala aku sambil buat reaksi pondan dan kata " Hok alllllooohhhh , mu nie " .....tangan + muka  sekali aku buat reaksi . memang hudoh tahap jebon aku dapat rasakan . dan yang paling tak leh blah , tetiba ad sorang mamat nie duk usya ! makcik betoiiiiiii !! sejak bila pulak dia duk kat situ ?? siap sengehhh + gelak lagi kot ! 
errrgghhh ! malu gila baq haaaannggggg ! ! 



#sayamalusangatsangat=D


















Jus Buah Naga Merah






 Assalamualaikum , hye , nyum2 ^_^

malam nie tetiba terbayangkan jus naga merah . sebab tu aku rajin buat entry resepi nie . hehe . . 
jom kita tengOk cena nak buat  JUS BUAH  N A G A   M E R A H  


bahan-bahan :   

Buah naga merah 2 biji 
Ais krim Soda 1 botol
Susu Pekat - 6 sudu
Air Batu (Ketoi Ais)


Cara-Cara :

1- blender isi buah naga + sedikit air sehingga hancur .

2- Masuk kan isi buah naga yg hancur ke dalam jag .

3- Campurkan isi tersebut dengan air aiskrim soda .

4- Masukkan susu pekat ( ikut kesedapan masing2 )

5- Yang paling penting kalo nak sejuk laa , campur air batu . 

6- Siap , dah bole minum ! 




SELAMAT MENCUBA ! 













Monday, November 26, 2012

Simple Giveaway - Pink Orange Shoppe


cute LINK ^_^


giveaway hak milik mutlak pink orange shoppe



syarat2 yang dikenakan sangat lah simple dan mudah faham :D
antaranya :

1. wajib , wajib dan wajib follow blog pink orange shoppe .

2. wajibalghunnah follow fanpage pink orange shoppe .

3. Buat satu (1) entry yang bertajuk Simple Giveaway - Pink Orange Shoppe .

4. Letak banner seperti di atas , then link kan pada entry 
http://diaryon9ika.blogspot.com/2012/11/simple-giveaway-pink-orange-shoppe.html#comment-form

5. Perlu tag kpd tiga (3) orang rakan blogger lain , and make sure diorang tahu pasal tuhhh .

6. last , letak link entry yang da siap , and link fb ID pd pink orange shoppe .




                                    








Adab Berpakaian




Bismillahhirrahmanirrahim . . 

Di sini terdapat Adab Berpakaian Ketika Di Luar Rumah khas untuk muslimah . 
Walaupun pakaian aku tidak cukup baik , namun aku masih ada kemahuan untuk memperbaiki nya . . 
jom sama-sama kita berubah sikit-sikit ^_^

1. Pakaian itu mestilah menutup aurat sebagaimana dikehendaki syariat. 

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga kelihatan bayang-bayang tubuh badan dari luar.
 
3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit tetapi longgar dan selesa dipakai. Ia mestilah menutup bahagian- 
bahagian bentuk badan yang menggiurkan nafsu lelaki. 

4. Pakaian itu tidak bertasyabbuh - menyerupai pakaian lelaki iaitu tidak serupa dengan pakaian untuk 
orang lelaki. 

5. Warna pakain itu suram atau gelap seperti kelabu, hitam atau perang. 

6. Pakaian tidak dikenakan dengan bau-bauan yang harum. 

7. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian wanita kafir. 

8. Pakaian itu dipakai bukan untuk bermegah-megah tetapi semata-mata kerana Allah swt. 

9. Mula pakai pakaian sebelah kanan dahulu dari atas (kepala), jika pakai sarung juga hendaklah diapaki 
dari kepala. 

10. Pakai seluar sambil duduk (sunnah) dan masuk kaki kanan dahulu. 











15 Azab Bagi Orang Yang Meninggalkan Solat





Assalamualaikum. . .

Tadi , semasa dalam bas , 'on the way' balik dari kelas , aku terbaca sebuah artikel yang sangat menarik . aku harap ia akan menjadi peringatan untuk aku dan juga kalian bersama .  

6 azab di dunia:
1.  Dihilangkan keberkatan umurnya
2.  Terhapus tanda-tanda orang soleh dari wajahnya
3.  Segala amalannya tidak dikurniakan pahala
4.  Doanya tidak dimakbulkan oleh Allah
5.  Tiada doa daripada para solehin untuknya
6.  Keluar roh daripada jasadnya tanpa iman

3 azab ketika hampir mati:
1.  Kematiannya penuh kehinaan
2.  Kematiannya di dalam kelaparan yang amat hebat
3.  Kematiannya di dalam kehausan yang amat dahsyat
     
3 azab ketika di dalam kubur
1.   Kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya
2.   Dinyalakan api di dalam kuburnya, lalu dia dibalik-balikkan di atas api tersebut
3.   Datanglah seekor ular bernama Syujja’ul Aqra’, suaranya laksana petir, ia berkata “Hai manusia!  Sesungguhnya  aku diperintahkan menyiksa kamu dari Zohor hingga Asar kerana kamu meninggalkan fardhu Zohor, dari Asar hingga Maghrib kerana kamu meninggalkan fardhu Asar”, begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari Qiamat.

3 azab ketika bertemu Allah s.w.t:
1.  Datanglah Malaikat dengan rantai sepanjang 70 hasta lalu membelenggu lehernya dan disumbat ke dalam   mulutnya  kemudian disentap keluar rantai itu melalui duburnya, lalu diseret ke Neraka Saqar.
2.  Tiada rahmat Allah dan tiada keampunan untuknya
3.  Baginya azab yang amat pedih


                                                  





Sunday, November 25, 2012

Lirik Lagu Sayang - Shae

Lirik Lagu Sayang - Shae


Sayang apa khabar dengan mu

Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu



Sayang apa khabar dengan mu

Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku



Sayang dengarlah permintaan ku

Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu



Sayang dengarlah permintaanku

Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

                                                


                              



sumber : http://www.liriklagumuzika.com












Saturday, November 24, 2012

study keranaNYa , bukan exam





Asalamualakikum . . 

yaa , sekarang time untuk study , nie last aku post untuk hari nie .. .  minggu depan aku ada test  . . nasib laahh dua paper jaa , huhu , study tak habis lagi kot ! okey , sekarang , doakan aku boley cover suma nya ok ! boleh cover and ingat apa yang aku baca . .  huhuh . .  test kali nie kena pakai daya ingatan yang tinggi .

wassalam ~ 







Rindukan Sahabatku

Assalamualaikum . . 

rindu . rindu sangat dekat kawan baik aku . kawan baik ketika aku dan mereka di Matrikulasi Pulau Pinang . dulu buat apa-apa pon semua nya bersama . pahit manis kami dah lalui selama setahun di KMPP . kalo merajuk , melawak , marah , masing-masing dah masak . cara gelak , perangai , semua nya dah kenal . makanan pon sering berkongsi bersama . lagi-lagi bila makan di kafe D waktu rehat . satu cawan dikongsi bertiga . sweet kan ? hehe . . dan yang paling aku tak boleh lupa , sebelom masok kelas komputer , kitorang akan singgah makan dulu dekat kafe corner pongsu seribu , eh yeke nama nie ? tah laa , aku pown da lupa . . huhuh .. .  apa yang kami makan ? haaa , ce teka . .

-TELUR SEPARUH MASAK - 

weee , sedap taw ! hehe .  . . 
makanan nie kebetulan kami bertiga suka ! mungkin disebabkan banyak persamaan , hubungan persahabatan kami kukuh sehingga sekarang . subhanallah , thanx ALLAH . .  aku berharap hubungan kami bertiga tidak akan terputus begitu sahaja walaupown masing2 berada jauh . .  ameennn ^_^





hujan + makan __ best sangat !





Asslamualaikum . . 

alhamdulillah , best sangat hari nie . sebab dapat mandi hujan . pagi tadi kitorang ada ko-k SISPA di pauh . seperti biasa perjalanan ke pauh mengambil masa  lebih kurang 20 - 30 minit . kalau semalam tak cukup tidor , boleh laaa 'qada' semula semasa 'on the way' ke sana , hehe . . 
ko-k tu start dari pukul 8a.m-12p.m , pukul 8 pagi dah start , so , bayangkanlah pukul berapa kitorang naik bas, dan pukul berapa pula kitorang bangun tido . hujung minggu pown kena bangun awal2 , haishhh , kalo malas pegi , nanti markah ko-k tak cukup , kitorang tak boleh grad . selama 4 jam tu , 2jam untuk kawad dan 2 jam untuk akademik . semasa kawad tadi memang sangat enjoy sebab jurulatih kitrorang sangat lah baik . dia pandai 'acting' menyebabkan orang lain ketawa dengan kecomelan beliau . semasa kuliah , memang sangat mengantok + lapar sangat-sangat . nak tunggu selama 2jam tu bukanlah senang , memang sangat menguji keimanan nak balik awal , hehehe . .

balik tadi , teros mandi hujan dekat belakang blok , mandi sepuas2nya . .  tapi kitorang mandi tak de laaa dasyat sampay bershampoO segala . .  hehehe , disebabkan tak tahan sejuk sangat , aku naik atas untuk mandi semula , kang demam pulak kalo tak mandi , taknak arhhh , da la minggu depan ada test skill . . yang paling seronok , dapat makan 'feberet' aku . .  ayam gorang 1 , ayam masak merah 1 , sayur , nasi . .  hehe . . ( makan besar nampak ) . ayam t sengaja amek dua , sebab ayam dia kecik sangat ! huhuh . . .


dahh kenyang , mata pown muLa mengantOk , tatataaa~
^_^


HatiKu Kosong



Assalamualaikum . . 

setelah sekian lama tak update , akhirnya malam nie aku cari juga blog kesayanganku ini . . status aku sekarang yang bergelar mahasiswi di UniMaP membuatkan kehidupan seharianku sedikit sibuk . . . 

walau bagaimanapun, kehidupanku sekarang bagaikan kosong . . kosong bagaikan tidak ada apa-apa yang wujud dalam diri ini .
sesekali ku fikir , mungkin adalah kerana kehidupan seharianku lebih kepada duniawi . setiap detik , aku hanya melakukan perkara-perkara dunia bagaikan dunia akhirat tak akan wujud . astaghfirullah . apa yang sedang aku lakukan ini . 

solat 5 waktu , alhamdulillah . aku masih lagi melakukan perkara fardu itu . tapi , kualiti dan keberkatan solat ku itu , adakah diterima olehNya ? aku juga manusia yang sering alpa dan kadang-kala lalai  dengan kehidupan duniawi . kadang-kadang awal waktu , kadang-kadang akhir waktu aku solat . masyaAllah , ampun kan ku . adakah ini salah satu nya  kenapa aku rasakan kekosongan itu ? 

semenjak aku ke u , aku jarang sangat mendapat ceramah-ceramah agama . bagaimana aku nak tingkat kan iman ku jikalau dalam satu hari , aku asyik berfoya-foya dengan hiburan seperti nyanyian , berfacebook , menonton cerita ? sekeliling ku juga kebanyakkannya bersosial . ya , aku tak nafikan aku juga sedikit bersosial , tapi aku juga mahukan santapan rohani . aku juga mahukan kawan yang boleh mengajak aku melakukan perkara-perkara baik .

sedih rasanya bila keadaan seperti ini . rasa seperti manusia yang tak tahu apa . setiap kali aku terpandang kumpulan-kumpulan yang baik2 , aku rasa seronok sangat . aku seperti ingin lebih rapat dengan mereka supaya mereka boleh tarik aku mendekatkan diri denganNya . mungkin juga aku boleh berubah penampilan selepas itu . tapi buat masa sekarang , tak sesuai bagi ku untuk semua itu kerana sikap aku sekarang  yang kadang-kadang sering over . aku bukan jenis perempuan yang begitu sopan , percakapan ku juga tak seindah kata-kata muslimah lain . penampilan ku juga berubah-berubah . pokonya , pendirian ku tidak tetap .   
insyaAllah , suatu hari nanti , selepas aku cuba perbaiki diri , aku akan berubah sedikit demi sedikit . banyak lagi benda yang aku perlu lakukan untuk perbaiki . take time . doakan aku untuk perubahan ku ini . ameenn .