Friday, November 15, 2013

Sandiwara Cinta Lirik

 
Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Airmata pun tak lagi mau menitis

Alasan yang sering kali ku dengar
Alasan yang sering kali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku

Chorus

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas tak berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Mungkin ini jalan yang engkau mahu
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu

Ulang Chorus 2x


Ku terima walau sakit hati

Wednesday, November 13, 2013

My Crush Like Me too !

Assalamualaikum ! hye uols !

Sebelum aku nak cerita something kan , aku nak tanya laahh kan , apa yang korang rasa bila perasaan suka korang tu terbalas oleh someone special yang korang suka giler2 tuhh ? Haha , mesti happy gila kan ! Tak terucap dek mulut kot.

Haaa, bermulanya cerita aku... jeng jeng jeng !

Sebenarnya dari sem satu lagi, aku ada usya sorang mamat nie. First time aku ternampak dia nie masa kat kafe Engineering Skill. Pagi.
Aku ingat g , time tu aku baru habis bayar makanan aku , tiba-tiba aku terpandang sorang mamat kat sebelah aku nie. Pusing. Eh , pandang lagi. Haaa ! tahu tak kenapa? Muka diaaa sama dengan hero Indonesia aku lah weyh ! Seriesss baq hanggg , tak tipu. Muka dia memang sama macam Rionaldo Stockhorst . Aku memang tak lepas ar tengok dia. Tapi satu benda jaa yang tak sama. Hehehe , ketinggian. Kalau hero aku memang lagi tinggi lagi lahh kan berbanding mamat ala2 kacukan nie. Tapi nasib baik tinggi sikit dari aku mamat nie, HAHA. opss !

Okeyy, nak dijadikan cerita. Mamat nie aku dapat tahu, dia nie member baik kepada kawan aku. Haaa , memang 'TAK MALU' lahh kan sebab punya excited duk berceloteh pasal mamat nie , tetiba kawan aku cakap , "Laki tu sebebnarnya kawan baik aku time matrik.". Allah ! malu malu malu . Seriesss malu giler... Hahaha. Tapi tak polahh , benda dah jadi , abaikan. Muehehe..

Disebabkan dia nie kawan baik member aku, so aku berpeluang laaa terserempak dengan dia dengan lebih kerap kaaan. Haaa, memang untunglahh sebab crush aku nie kawan baik dengan member aku.
Setiap kali aku ternampak mamat nie jaaa , aku memang melting giler ! Sumpahh. Memang tak tipu. Test aku kann , aku sorang je laa cair. HAHA. Setiap kali nampak jaa , aku mesti "arghhhh~~" lemah lutut aku weyhh. Kadang2 sampai reaction aku nie dah tak boleh nak cover, aku buat jaa apa2 jaa reaksi sampai kawan-kawan aku tergelak dengan perangai aku yang gila nie.

Hari demi hari. Bulan demi bulan. Semester demi semester. Akhirnyaa aku berkawan dengan crushhh aku ! HAHA. Macam tak caya jaa aku boleh contact dengan dia weyh ! Tapi tu laaa, macam timba cari perigi pulakk kan. Argh , ada aku kisah? Bukannya aku luah perasaan ke hapo pun. Muehehe.

Start aku kawan dengan dia, hari-hari aku happy. Betul. Aku happy giler. Cara dia tu cool ja. Hati aku jadi berbunga-bunga jaaa setiap masa. Setiap kali chat dengan dia, tak lekang senyuman dari bibir aku. HEHE. Kawan aku tahu pasal aku contact dengan si mamat nie. Kadang-kadang sampai kawan aku and kawan si mamat jugak lah kan , dia ternampak aku duk senyum sorang2 bila pegang fon. Aku pulak jadi malu bila jadi cenggini. HUHU.

Kawan aku cakap, mamat nie single lagi. Sejak matrik lah. Tapi time tu tak tahu lah pulak kan. Member aku penah laa sembang-sembang dengan mamat nie, tanya dia dah berpunya kerr. Then dia cakap tak da sapa nak dengan dia. Cehhh , menyampah gue dengar. HAHA. Sebabnya aku nengok kat twitter dia, penuh je dengan tuit-tuit gugurls. Opss, selain twitter, FB, insta dia pun aku tahu okey. Crush lah katakan ! HAHA.

Tapiii...

Persahabatan aku dengan dia jadi suram. Sebab aku dapat tahu dia ada someone special ! Sobs .
Sungguh. Sungguh aku terkilan dan kecewa giler bila aku dapat tahu benda nie. Bukan dia sendiri bagi tahu aku , tapi terkantoi sebenarnya. Salah seorang housemate dia cita kat aku sendiri. HUHU.
Bila dah jadi macam tu, automatik aku rasa marah. Bukan marah mengamuk tak tentu pasal. Tapi aku menjauhkan diri dari dia. Chat aku dengan dia dingin. Aku rasa sedih sangat sebab bila dengan aku, dia chat macam ada apa2 jaa. Macam sweet laaa senang aku nak bagitau ! HUHU. Sumpah, time tu fikiran aku terganggu giler.

Nak pendekkan cerita, aku mula jauhkan diri aku dari dia. Sobs. Bila terserempak dengan dia, aku cuba elak. Atau pun marahkan kawan aku bila depa cuba kenen2 kan aku dengan mamat tuh. Tapi bukan salah diorang , sebab member aku tak tahu langsung mamat tu dah kaple. Sedihh giler ! Dah laa time tu nak dekat final exam. Memang terganggu giler . Serabut. Aku ingat lagi !

Then , aku cuba kuatkan hati untuk melupakan diaa.. HUHU. Hari-hari aku try tak nak chat dengan dia. Tapi aku kalah bila dia cari aku. Aku ... tah. Aku tak tahu kenapa perasaan aku macam tu. Padahal aku dengan dia bukan ada apa2 pun. Kami just kawan. Hurmm , sikap friendly dia tu buatkan aku rasa semakin rapat dengan dia, mybe?

Hari demi hari, bulan demi bulan. Aku berjaya jauhkan diri dari dia. Kuatkan hati bila tengok twitter dia duk sweet2 dengan makwe dia. SEDIH.
Bagi aku , cara diorang nie macam baru kaple ja. Sebab macam duk menunjuk nunjuk. menyampah jugak aku tengok. Hurmm , tapi aku still follow twitter depa dua. Kalau dulu aku rajin on twitter sebab depa dua lah. Tapi.... Aku dapat rasa lah kan , makwe dia macam tahu something. Then makwe dia unfollow aq ! Makcik beteii laaa. Aku cukup tak suka kalau orang yang da follow aku, pastu unfollow. grrr. Menyiram hati gue.

Geram punya pasal, aku unfollow dan BLOCK terus dua2 merpati nieh. Sebab dah tak sanggup nak amek tahu pasal diorang. Tapi crush aku tanya aku sebab aku unfollow dia. Hurmm , memang tak lahh kan aku nak cakap aku sakit hati tengok dia dengan makwe dia duk menggedik kan. HAHA.

Lama-lama, aku dah makin ok. Aku dah boleh lupakan diorang. Dan aku mula unblock crush aku. CRUSH SAHAJA. muehehe..Then, aku dah start stalk twitter dia. Haha. Alhamdulillahh laaa sebab dia dah kurang duk bersweet heart dengan makcik tuh. HUH. Tak da laa aku stress bila tgk tuit dia.

Ada hari tu, bila aku tak nak jumpa tu laahh jadi mengada-ngada nak terserempak dengan mamat tuh.
Sekali kat kangar, sekali lagi kat depan Q Hotel. Haha. Dua-dua time tu dia naik moto dan aku jalan kaki. Hurmmm , masih boleh bayangkan :) Macam mana situasi time tu? malas pulak nak cita kat sini. hehe.

okey , sekarang nie bukan nak syok sendiri lahh kan. Aku cuma cerita apa yang kawan aku cita kat aku.

"Nina, hg tau tak , sebenarnya rionaldo suka kat hg jugak !"

 

Ya Allah ! sumpah aku tak caya weyhh. Tak caya gilaa apa yang diorang cakap tuh. Biar betikk dia minat kat aku ! HAHA. Macam lawak jerr.

Diorang cakap, "Dulu si rionaldo nie suka kat hang. Tapi dia ingatkan hang tak suka kat dia. Sebab hang macam tak da feedback jaa. Sebab tu dia kaple dengan perempuan lain."

HUHU ! melepasss weyh ! Seriesss aku tak sangka dia pun ada rasa yang sama. Patutlaaa sejak-sejak aku jauhkan diri, tweet2 dia macam ada kaitan dengan aku. Contohnya NASI GORENG TOMYAM ! huwaaa~~
sedihhnyaa... Dia nie pun satu hal, bukan nak straight forward kat aku ja.. Hurmmm. Kuciwaaa giler.

Tapi tak pe, janji aku dah tahu dia pun pernah sukakankan aku ! yeay ! aku tak bertepuk sebelah tangan ! I'm HAPPY !

Tak semestinya dia pernah sukakan aku , aku boleh hancurkan hubungan dia dengan makwe dia kan. So aku follow the flow jerr.. Satu jaa dalam hati aku , kalau ada jodoh, dia akan cari aku untuk kawin terus nanti ! HAHA. berangan tinggi pulak kan aku nie :( Hopes only.

okey, thats all :)