Thursday, February 20, 2014

Terkilan Yang Teramat Selepas Prank Birthday :'(

Assalamualaikum ..

Memandangkan siang ta da kelas langsung, aku nak cerita sad story kat sini. Sobss.
Story yang tak da kaitan dengan laki ataupun crushh. Tapi perihal kawan. Hurmm..

Malam tadi aku belajar banyak benda dan aku dah kenal setiap kawan-kawan aku.
Dalam cerita nie melibatkan A, B , D , dan E. Dan aku C.

D dan E nie satu rumah dan kami berempat cadang nak prank laa kawan kami sorang nie. Subjek tu E.
Sebenarnya birthday si E nie da lepas. Kitorang memang sengaja tak nak wish langsung dan pura-pura tak ingat birthday dia. Sebabnya kitorang nak prank dia habis-habisan laa kononnyaa kan.

Ok, hadiah semua dah beli. Semangat kot nak prank dia. Plan macam-macam. Itu dan ini. Beli cup cake lahh, belikan nasi laahh . Macam-macam kami berempat rancang.

Tapi tahu tak apa terjadi semalam?? Hampir nak gaduh kami semua. Geram gilaa.. Awal-awal tu okey lagi. Tapi last2 tu dah kenapa tak tahu dengan si minah E nie nak baran tak tentu pasal. Dia boleh nak buat kecoh nak masuk bilik aku, A dan B sebab nak balas dendam. Apa kessssss nak kacau bilik kitorang pulakkk dengan kotoq macam tu haa. Bukan setakat tu , dah kenapa masuk rumah kitorangnyaaa?? Plisss laaa, main kat luar cukup laa, nie tak , nak kacau dalam rumah pulakkk. Housemate aku kat dalam tu tak terlibat pun nak kena tanggung jugak keee kebusukan dan kekotoran kau tuuu? DUshhh !

Time aku dan B cuba pertahankan bilik kitorang dari si E masuk, aku boleh nampak muka dia macam dah kena rasukkk ja. Macam orang baran tak boleh control diri. Naik geram aku. Last2 si A yang tarik si E dari luar berserah , aku pun dah fed up dengan muka dia yang tah hapa2 tuu , aku pun lepas laaa pintu tu . aku cakap

" Ahh , lantak hang laa nak buat apa pun ! "

Seriesss, aku geram gilaa time tu. Then, kami bertiga keluar dari rumah kami tu g jalan-jalan kat taman. Cari ketenangan daripada jadi lagi bertambah marah. Haishhh, memang kesabaran menggunung kott...




..................................................................................................

okey, da habis tenangkan diri dekat somewhere dalm sejam lebih jugak arr. Kami pun balik semula ke rumah. Sampai ja, kami minta maaf dekat housemate kitorang pasal tadi then mop lantai sebab maybe kotor nanti nak solat susah laaa kan. Ok, settle.

Tetiba si D datang. Dia cakap2 pasal kes tadi. Okey buka cita. Tetiba mcm mana tahh , aku boleh soal si D nie.

" Hang bagitau dekat E ka pasal plan kita nie?? " 

Ya allah , sungguh terkilan yang amat bila dia ngaku. Aku tak paham betul laa dengan manusia jenis macam nie. Kalau kau kesian kat si E sekali pun, tak perlu laaa kot nak cerita plan sebenaq kat dia laaaa ngenggg ! Memang tak reti simpan rahsia ke hapaa ?? Stress betei laaa aku. Bertambah sedih aku. Haishh.

....................................................................................................

Okey. Da habis pasal kesss prank si E. Cuba lupakan apa yang berlaku. Tetiba sebelum tido, ada membe aku nie masih tercari-cari handphone dia yang 'hilang' dari siang lagi. Si A sembang dan tanya-tanya si B pasal handphone dia yang kononnya hilang tu. Aku dalam bilik air dengar jaa perbualan diorang. Aku buat selamberr jaa sebab sebenarnya aku tau si D dan B yang pakat sorokkan handphone dia. Diorang sengaja nak kenakan diaa, sebab si A nie adalah subjek kedua untuk kami prank birthday dia yang da lepas. Tanya punya tanya, si B tak boleh tahan gelakk then si B pun ngaku dia amek tapi fon tu ta da dekat dia.

Malangnyaaa tau tak tindakan si A apa? Aku perati jaaa. Tau dak, dia boleh buat keras hati nak baca doa untuk sapa yang amek fon dia tu ! Ya allah, sorang lagi. Dah tahu kawan kau seniqi gurau sorokkan fon , kenapa kau still nak baca doa tu?? Bukannya hilang fon tu kau tak tahu ada dekat sapa ! Kawan kau sendiri !!! Macam mana kalau kau betul-betul baca doa tu then kawan kau sakit , tak rasa bersalah ka?? Tak kesiann ka?? Memang nampak laaa sikap pentingkan diri dalam diri kau tu. Sumpah aku terkilan dengan sikap kau. Aku sedihhhh yang teramat bila fikir perkara ni. Mana perginya sifat sayang kawan kau tu? Ya allah. Aku yang tak terlibat pun rasa pedih tak terkata.



...................................................................................................

Aku sayang semua kawan aku. Sayang aku dekat diorang dunia akhirat. Sungguh. Kalau boleh aku nak diorang sentiasa happy. Aku tak sanggup tengok kawan-kawan aku ada yang bersedih. Tapi entah laa, apa yang terjadi malam tadi, aku rasa tawar hati gila. Kalau diorang boleh pentingkan diri, rasa nak balas dendam, tak simpan rahsia, kenapa perlu aku jaga hati diorang? Happy kan diorang? Sedangkan diorang bersikap sebaliknya???  :'(

Serious, aku rindukan kawan matrik aku. Wani dan Zura. Aku sayang korang dunia akhirat. Sobbs.
Nurin, aku pun sayangkan hang teramat. Tapi maaf, aku tak pandai nak tunjukkan perasaan tu dekat hang. :')


Semalam , time layan perasaan kesedihan nie , aku terbaca satu kata-kata nie. Huhu. Lagi bertambah tacing. Sobs.





Lepas tu , baru tadi member aku tweet gambo nie, huuhuhu.. thank you . 



Sunday, February 16, 2014

Crush Sudah Sah Jadi Milik Orang :)

Photobucket

Assalamualaikum..

Hari nie aku nak cita pengakhiran minat dan usyar2 my crushhh . Pengakhiran?? HAHA. Yalaaa, dia dan isteri sudah selesai diijabkabulkan 14 Feb 2014. Dua hari lepas. Alhamdulillah.. huhu.

Aku mampu skodeng dari jauhh jee suma pasal diorang.

Malam tuhh , kebetulan atu memang sengaja skodeng aq pun tak sure lahh kan , haha. scroll dan scroll. Subahanallah ! Cantik nya pasangan nie ! Betul . Tak tipu.. Sejukkkk ja aku tengok dua mempelai nie. Secocok. Tak percayaa? Haa.. tengok nie..

selepas akad nikah.

Walimah sebelah perempuan.



Haa, aceno pandangan korang? Cantik kan?? Tapi tu pandangan aku je laa.. Sesetengah orang cakap biasa2 ajeee.. Yelaaa, lain orang , lain pandangan. Hurmm. Maybe aku cakap cantikk sebab si dia tu crushh aku kott. HAHA. whatevaaaa.. Itu suma dulu jaa. Sekarang dia dah jadi laki orang. So aku dah buang suma rasa hati aku dekat dia. Aku dah boleh terima kenyataan. HUHU. Andai itu sudah ditakdirkan untuk diorang berdua, aku terima. Sobss.

Sejujurnyaa aku redha hubungan diorang sejak aku tengok diorang nie makin banyak berubah ke arah kebaikan :) Alhamdulillah. Semoga hubungan diorang diberkatiNya dan berkekalan sehingga ke syurga. InsyaAllah. Aminnnn.


"Jodoh tu bukan siapa cepat dia dapat, TAPI jodoh adalah bila ALLAH dah tetapkan, akan PASTI dapat"


Sekian  (✿◠‿◠)

Kuala Perlis Jom :)

Photobucket

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Masih diberi umur yang panjang untuk hidup di dunia Allah yang sementara ini.
Esok, bermulalah semester baru iaitu semester 4 yakni masih tahun dua. HAHA.

Semalam mak ayah adik aku yang hantar aku balik ke kuala perlis. Thanxxxxx mak ayah sebab susah payah. HEHE. Setiap kali datang kuala perlis jaa, mesti wajib singgah masjid terapung kuala perlis. Haha. Sebab besar dan selesa dannnn dan dan sangat cantik !

Hari tu time first time g kuala perlis. Kami lepak2 dulu dekat kawasan tu. Sebab angin kuat gilerr. Pandangan pun cantik. Tapi time tu kitorang g pagi. So air tak pasang lagi. Macam tak best sangat laa kan. Kitorang amek2 gambo. Posing2. HAHA.

Jom skodeng gambo kitorang.



masjid terapung kuala perlis.


taraaa !!


sooo , sekiaannn... itu ja gambo gambo yang boleh ditayangkan. hiks.

eehhh ehhh ehh.. last last last, heheee.. ini gambo semalam. tarararararrararaaaaa !!







sekian (✿◠‿◠)

Saturday, February 8, 2014

Date BERDUA SAHAJA dengan bff :)

Photobucket

Assalamualaikum :)

Sedar tak sedar minggu depan dah naik semester 4. Cuti sebulan lepas final exam semester 3 hari tu.
Sepanjang sebulan aku duduk kat rumah ja. Tak cari kerja pun sebab peluang nak dapat keja untuk sebulan SAHAJA memang tipis sgt okey.

Hari tu aku keluar dengan bff tercinta. Nur Syazwani nama dia. Kami keluar date BERDUA sahaja okey. HAHA, gilaaa. Bajet macam couple pulak :p

Disebabkan aku baru tau dekat Bertam ada mall baru bukak, kami dua date kat situ ahh. Boleh bolehh laaa Sunshine Mall tu. Janji ada jugak mall area bertam tu. Kalau tak, sebelum nie kami lepak lepak dekat Sunway, Pasific nunnnn haaa jauhh kau tau x. HAHA.

Layan cita 'Jangan Pandang Belakang Boleh?'. haha. Aku tak minat pun sebenarnya cita tu. Tapi aku layankan saja permintaan dia. Macam biasa, aku akan happy kan perasaan orang lain dari fikirkan perasaan aku. muehehe. *coihhh*.


tiket 'Jangan Pandang Belakang Boleh?'

Nak tengok sangat cita hantu komedi, nahh, 3 jam lagi kena tunggu. HAHA. Memang mati kutu lah kami dua kat situ. Eh, dua ke tiga? opsss ! lupaa pulak. Itew bawa adik itew sekali laa time tuhh. hiks. Ampun yee...


         


Wani bawa aku masuk 'Global Shop'. Pergh pergh pergh ! Banyak gila baq hanggg barang-barang HELLO KITTY. Memang tak heran laaa wani cita kat aku sebelum nie yang dia dah jatuh hati dengan barang hello kitty. Warna pink pulakkk kan.. Haha. So bolehhh rasa laa minat aku pun bakal dipupuk juga ke hello kitty nie haa. Boleh kumpul satu-satu dalam bilik. :p

Tapi tak amek pula gambar barang-barang comeyyy tu. Kami bergambar dengan bear besar gedabakk nie haa. Comel sangat dan sangat besawww. Hurmmm hurm , bila laa aku boleh merasa bear besar nie tah. *berangan kejap*

 



  


Semoga ukhuwah persahabatan kami berkekalan hingga ke Syurga. InsyaAllah :)