Wednesday, December 18, 2013

Dia Bakal Mendirikan Rumah Tangga :'(

Bismillahirrahmanirrahim




Dia dah nak kawin ! Sumpah aku sedih, Hati aku berkecai tak terkata. Luluh resah jiwa aku bila dapat tahu dia memang konpem akan kawin tahun depan. Time cuti semester nanti.

Habislaaa 'candy crush' aku bila Rionaldo Stokhorst aku bakal jadi milik orang lain dalam masa sebulan lebih aja lagi. Dulu berita dia couple pun dah buat aku tak keruan , ini kan pula berita dia bakal kawin. Aku dah macam naik gila, Sumpah tak tipu.

Menangis dan menangis.  Hati aku memang bengkak yang teramat sangat.Tapi apa yang aku buat? Nangis dan tacing sensorang. Itu ja yang mampu aku buat sekarang. Siapa aku untuk halang suratan yang Allah sudah tetapkan?? Aku redha ja. Aku pasrah ja dia dengan perempuan tu.


Aku berlagak kental di depan kawan-kawan aku. Aku berlagak tak terasa dengan bakal perkahwinan diorang, padahal dalam hati aku, hanya Allah sahaja yang tahu.Menangis dan menangis tika aku sendiri. Tika orang lain nyenyak di buai mimpi. Mengenangkan kisah aku dengan dia buatkan aku tak dapat menahan rasa pedih hati ini.

Walaupun perkenalan rapat kami berdua tak lama, namu aku terasa sangat kehilangan dirinya. Masih tak boleh terima kenyataan yang dia akan kawin. Sumpah aku tak boleh terima.

Ya allah , aku tahu bahawasanya sangat berdosa besar jika aku cuba menjatuhkan rumah tangga yang bakal di bina. Kuatkan hati aku ya allah agar iman aku kuat dan kuat untuk hadapi ujian ini. Amin.