Monday, July 13, 2015

Oo Macam tu eh Laki

Ok. Semalam follow Mr and da geng keluar shopping raya. Cadangnya nak usya jugak baju raya aku. Berapa hari lagi je ni nak raya wey. Aku satu apa pun tak beli lagi. Dah laa khamis ni baru cuti keja (praktikal). Kuang3. Apalah nasib.

Ok. Janji melayu kata orang. Hari tu cakap pagi. Ok . Tunda ke tgh hari memandangkan budak2 ni semua bangun lewat. Faham sangat laki bangun lewat. Macam abang kat rumah. Katanya nak tolong tukar tikar kat dapur. Tengok2 gerak banyak kali pun tak sedar. Last2 aku dengan mak and adik jugak kemas dapur. Coih.

Ok. Aku siap2. Katanya dah nak gerak. Ingatkan aku paling lewat. Punya express aku siap. Last2 dari pukul 12 sampai nya pukul 3.30 wey. Adoi.

Ok. Gerak. Budak2 ni bukan macam perempuan shopping. Masuk Queens Bay, pasaraya besar tu, tau tak cara shopping diorang macam mana? Aim satu kedai, p kedai tu. Then beli. Kedai lain? Haha. Lalu saja. Tengok pun tak.

Macam semalam, aim kedai Brand Of Outlet. Tudiaaa. Ramai baq hang. Fitting room nak masuk pun kena beratur panjang. Sale weyy. Memang ramai la. Bukan setakat orang melayu, bangsa lain pun ada. Budak2 ni shopping baju bukan main lama. Sakit kaki aku tunggu. Haha. Situ baju perempuan tak best. Tak da yang berkenan. Baju biasa2 ja gua nengok.

Tapi best la cara diorang. Masuk kedai tu memang confirm beli. Bukan nyaa agak2 nak beli ke tak gitu. Tak da pulak diorang nak usya kedai lain ke apa. Janji situ ada sale. Mana yang berkenan angkat ja. sorang member ni lagi la. Test baju bukan main lama dalam Fitting room. Haha. Padahal test 2 seluar je pun.

Rasa best keluar dengan depa ni. Sebab aku boleh tau laki punya style macam mana. Dan memang jauh beza laa dengan perempuan.  Dari segi percakapan lah, pemikiran, shopping depa, sembang depa, memang cool habis. Kalau perempuan ni banyak kerenah. Cara cakap pun lain.

Bila join depa ni, aku rasa macam " Ooo. Perempuan ni memang complicated rupanya. Haha" . Dan aku sebenarnya bersyukur ja dengan jantina aku sekarang.  Cuma aku kadang2 nak jugak ada style cool macam diorang.  Ermm. Tapi ciptaan tuhan kan. Fitrah perempuan dengan laki memang berbeza. Allah dah tetapkan semua tu. Sebab tu laki perempuan yg berbeza boleh saling melengkapi. 

Lepak kedai mamak pukul 1 pagi tu paling rare. Haha. First time wey. Tak pernah2 aku masuk kedai nasi kandaq lepak situ. Muka tebai gak laa nak masuk pun, sebab majoriti laki kot. Tapi nasib geng2 ni macam paham ja aku ni perempuan.  So depa cadang amek meja luaq. Tapi full. So masuk ruang 'vvip'. Haha. Ada aircond tak tahan tu. Lepak mamak tapi masuk ruang mcm tu. Tak rare. Tapi untung kat aku laa sebab depa ni tak leh 'sap kok'. Haha. So tak da bau yang tak menyenangkan tu. Hee.

Pokoknya best la jadi laki ni. Hidup simple. Hidup yang jaga member. Jenis tak tinggai kawan baq hang. Member kepada member Mr ni jaga kot kawan. Bukan jenis. Ah lantak hang la. Sapa suruh itu ini. Haa. Tak da nya. Yang paling best cara sembang.  Tapi tak tau la cara sembang betoi depa mcm mana kan. Maybe ada lagi benda yang aku tak tau. Haha. Tapi laki. Biasa la tu.



No comments: