Friday, July 31, 2015

Best Friends.

Assalamualaikum. 

Best Friends? 

Ya Allah. Susahnya nak jawab bila orang tanya :

"Sapa kawan baik hang?"
"Korang dua best friend eh?"

Susah nak jawab satu hal. Takut pun satu hal. Kenapa TAKUT?

Takut. Sebab aku dah macam trauma sebenarnya bila terlalu rapat dengan someone. Pernah terjadi kat diri pada zaman sekolah dulu. Bila mana kau rapat dengan someone, kau baik dengan dia, agak selalu berkepit dengan dia, dan dah ada pun rasa kau sayang dia sebagai best friend, tetiba satu hari , satu masa, jarak aku dengan dia makin keruh. Makin renggang. Entah. Bagaikan di tinggalkan begitu saja. Bagaikan aku ni bukan siapa2. Kau bagaikan lupakan aku. Kau bagaikan nak lebih 'in' dengan yang lebih bagus.

Jeles. Ya. Mungkin.

Sejak dari peristiwa tu, aku dah mula hadapi tekanan perasaan. Kehidupan aku bagaikan kesorangan. Ya memang aku berkawan dengan semua orang. Sebab aku agak ramah jugak dan kegedikan aku boleh tahan. Tapi dalam masa yang sama dalam jiwa aku tertekan. Terasa seperti keseorangan. Masa tu aku lihat diorang semua ada kawan rapat masing2 dah bertahun. Setianya depa. Humm. Terasa dalam diri "Bila aku nak dapat kawan yang setia?" . Sayu.

Sekarang bila masuk alam universiti pun, aku masih lagi trauma keadaan macam ni. Dan sebenarnya pisang dah berberbuah 2 kali. Humm. Ye. Aku pasrah. Dan sampai sekarang dah nak final year, aku simpan dan masih rasa kesorangan. Tapi.. aku masih ada sorang kawan yang aku I'allah akan terima segala baik buruk dia. I'allah aku akan hargai dia sampai bila2. Sebab hanya dia sahaja yang fahan situasi aku yang sebenar dan lebih tepat dia pun ada masalah yang aku tahu dan aku faham. 

Tadi, aku cakap pasal kawan yang aku rapat tu dengan kawan2 se praktikal aku ni, tetiba ada sorang ni tanya, "Bestfriend eh?" .

Terdiam. Dan jahat jugak aku jawab "Humm..tak tau lah". Dan "tak ah". Bukan aku tak nak mengaku dia Bestfriend aku, tapi... aku takut. Takut bila aku cakap ya Bestfriend.  Tetiba nanti aku dengan kawan tu renggang satu hari nanti? Macam mana? Boleh stress hidup aku. Aku dah tak sanggup nak sedih kehilangan Bestfriend tahu tak. Maaf kawan, biarlah keakraban kita yang menjadi 'Bestfriend' tanpa diluah 'Ya, Kami Bestfriend'. T_T

No comments: