Tuesday, September 3, 2013

Melawat Sekolah Rendah . Kami Batch'05

Bermula dengan bismillah :)

Zaman sekolah rendah, siapa lagi yang ingat? Zaman sekolah rendah lah zaman yang paling best yang penah aku rasa. Time nie belajaaar jaaa. Masa main memang main sungguh. Zaman sekolah rendah nie jugak membuatkan aku dapat menjejak kaki sehingga ke universiti. Alhamdulillah sangat-sangat.

Terlalu banyak kenangan indah suka dan duka sepanjang bersekolah di sekolah rendah. Sekolah Kebangsaan Guar Lobak, Padang Serai. Dari kenangan bersama cikgu-cikgu, kenangan dengan kawan, kenangan cinta monyet lah, dan macam-macam lagi. Seriess aku tak akan lupa semua memori yang telah tercipta :)

Disebabkan rindu giler dekat cikgu-cikgu sekolah rendah, aku dan member aku pergi melawat semua cikgu kat sekolah. Time nie diorang ada majlis sambutan kemerdekaan. So time nie la masa paling sesuai untuk kami bertenggek ke sana. Sebab pasti semua cikgu ada time tu. Kalau tak , sekolah ada dua sesi. Sesi pagi dan petang. So memang agak susah kalau nak jumpa semua guru kalau hari lain.

Ok, jom tengok gambar kami-kami sekalian bersama cikgu-cikgu :)


Alhamdulillah kedatangan kami ke sana disambut baik oleh semua cikgu-cikgu kat sana. Paling tak sangka, cikgu-cikgu masih ingat kami. Masih kenal kami dan ada juga yang masih boleh ingat nama kami seorang demi seorang. Anak murid diorang bukan setakat 10 or 20 orang, tapi dah banyak kot. Dah berapa tahun dah diorang mengajar tapi still masih ingat dan kenal kami. Terasa bangga p


























No comments: