Monday, July 13, 2015

Agak2 Laaa Nak Test Market

Vongekk. Aku dah agak. Budak tu main2. Tau apa dia reply?
"Sedar. Lol"

Hampeh toi tokwan ni. Ko boleh gelak lagi kan. Apa kau ingat aku nak? Plis laa. Setakat crush ko boleh la. Kalau buat suami memang tak laa beb.

Kesian kan. Selepas kawin, ramai unfollow kau. Haha. Lepas tu kau nak sedih? Sekarang ni kau nak test market laa kan ceritanya. Oi. Agak2 laa vengong. Dari dulu sampai sekarang perbuatan kau buat aku menyampah. Lagi2 lagak kau tu. Apa kau cakap? "Naik bas macam orang indon" . Ok fine mentang2 kau bawa transport masuk u, kau lagak eh. Tak pe. Orang hidup senang memang macam tu.

Sunday, July 12, 2015

Apa Kau Gila?

Today. Memang sah. Memang sah laki ni giler.

Semalam aku reply "Marry ke? Belom lah. Agak2 laa typo pun." Yalaaa wey. Aku agak dia ni mamai . Sebab dia sent pun dah pagi buta.

Agak2 laa. Tau laa ko memang playboy kan. Apa aku dengar lahh dari mulut orang dari awal aku kenal kau lagi. Tapi jangan la apply dlm rumah tangga kau. Sedar sikit status kau . Kau married ok. Maried. Dan dah 2 tahun pun. Hmm. Sedih laa dengn kau ni. Plis . Plis jaga isteri kau bebaik. Jaga hati dan perasaan dia. Kau ingat dia tu apa sesuka hati buat macm tu.


Apa Kau Merepek ?

11/07/2015

Bangun pagi tengok fon mcm biasa. Dalam duk mamai ada nampak profile pic yg memang tak lain tak bukan ini budak ! Tergantung tepi tu. Oh . Rupanya messenger. Ok . Terkejut jugak. Apa dia nak? Setelah 2 tahun aku pulaukan dia. Unfollow dan block semua laman sosial dari dia kecuali fb !

Ok. Aku tak gelojoh. Dalam duk mamai, just seen melalui swap fon . "Dah marry ke" . Wey. Soalan apakah ko tanya ni? Merepek laa budak ni. Terus sambung tido.

Then. Bila dah bengong2 semakin ok. Aku solat subuh. Dah nak pukul 7 rasanya. Time tu gaduh dengan Mr (dari malam lagi) . Buka messenger ini budak. What?? Apa kau merepek? "Marry me"

Ya allah. Apakahh punya gurauan ni wey. Kau sedar ke tak apa kau cakap tu. Jangn merepek boleh. Agak2 laa nak memain dengan aku. Tau laa memang aku PERNAH crush sblom ni. Tapi tu 2 TAHUN LEPAS ok. Tapi tak perlu laaa nak test power sekarang ni.

Ke kau typo? Agak2 laa kalau typo mcm tu. Vengong laa. Tak pun aku rasa laaa. Aku rasa is3 kau yg memain test aku kan? Vongokk laa haii. Tampo kang.

Awak Baik Sangat

05/07/2015

Awak. Awak kat mane awak awak kat mane. Haha.

Okey. Hari ni seseaja mengada dengan awak. Kite tak nak pun mengada sebenarnya.  Tapi kite ssesaja je nak test power kesabaran awak layan kerenah kitew.

Kan awak pernah pesan, jangan kacaw awak kalau awak dengan kengkawan awak. Jangan tanya banyak2. Hihi. Tapi hari ni saya saja jee mengada cakap nak ikut bagai. Tapi awak banyak ehh sabar. Awak layan je saya. Awak cakap boleh jer nak join awak dengan kengkawan. Saya pun tipu2 jer cakap "Ok, nanti saya sampai," hiks.

Manisnya Sikapmu

03/07/2015

Satu semester satu kali. Dua kali. Tiga kali. Ikut nasib. Ikut masa. Ikut situasi.  Ikut amarah.

Cuti midterm semester lepas sekali saja. Sedihkan. Gaduh punya pasal. Padan muka.

Sekian lama tunggu kepulangan, akhirnya dapat ku lihat wajahnya yang tiada beza pun. Tak hudoh tak hensem. Hehe. Melangkah masuk. Tujuan utama seperti yang dirancang di awal hari. Terminator. Seperti selalu. Dia yang buat keputusan cerita apa nak di tonton. Ok. Accept je. Jangan ingkar ! Haha

Selesai beli tiket, cari kedai master key. Nak duplicate kunci rumah. Tak tahu kat mna kedai. Then pergi masuk dlm. Cari tak jumpa. Macam biasa dengan muka tak malu aku pergi tanya orang public. Haha. Auntie. Ehh, aku toleh kiri kanan si budak bertuah tu dah hilang? Kurang asam. Jangan slow ehh belakang kiter. Malu laa tuu sebab aku tanya auntie tu. Toleh belakang, dia acah2 main henfon. Sambil mata jeling2 tengok aku dah settle tanya orang public ke belum. Cehh. Lucu laa hai awak ni.

Tindakan yg mencurigakan bila awak pegang fon then jauh dari saya. Lagi2 bila aku try rapat dan usya ke fon dia, cuba di elak. Lagi mencurigakan bila ko minta fon, dia terus simpan dalam poket? What the ?