Monday, January 28, 2013

Perasaan Malu






Assalamualaikum . 

Malu . Siapa yang tak da perasaan malu kat sini ? Kalau takda , bukan manusia lahh kot ? hehee . 
Kat sini ada sedikit al-kisah antara Rasulullah S . A .W dan puteri baginda Fatimah R . A berkaitan dengan perasaan malu yang dipetik daripada seorang sahabatku Fathiah Hassan .




Bila bercakap tentang malu, ada satu kisah menarik tentang MALU. Kisah antara Rasulullah ﷺ dan puteri baginda Fatimah r.a.. Pada suatu hari, Rasulullah ﷺ berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada Ayahndanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek. Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya). Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim. Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin. Dan yang keempat dan terakhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Jadi, wahai para muslimah sekalian, ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanyalah tumbuhan renek yang melata tetapi sifat malu tetap terjaga dan kena pada tempatnya, yang sentiasa mempertahankan maruah dan harga diri, dan yang pandai menjaga diri. Sabda Rasulullah ﷺ yang cukup indah; “Malu itu baik semuanya.” (Riwayat Bukhari) Malangnya perasaan malu yang dianugerahkan oleh Allah SWT itu pula disalurkan pula di tempat yang salah. Contohnya malu bertanya semasa belajar di dalam kelas, malu untuk menutup aurat, malu berbuat baik dan seumpama dengannya. Wanita Muslim sepatutnya malu dengan Allah SWT jika ingkar akan suruhanNya, malu dengan Rasulullah ﷺ jika meninggalkan sunahNya, malu kerana lupa atau malas membaca Al-Quran, malu kerana tidak menghormati guru serta ibu bapa, malu kerana melakukan maksiat, dan yang penting malu dengan dosa-dosa kita. Ambillah pengajaran dari pokok semalu ini agar diri tidak terus malu tidak bertempat atau terjerumus ke lembah maksiat akibat hilangnya perasaan malu itu. Sebenarnya malu itu adalah lambang kepada nilai keimanan seseorang muslim itu. Jika malu itu 50% daripada Iman, mana 50% lagi. Yang selebihnya ialah Takwa. Malu dan Takwa adalah gandingan sifat yang menjadikan seseorang mempunyai 100% keimanan. Takwa bermaksud bukan saja takut kepada Allah tetapi lebih daripada itu ‘Buat Apa Yang Disuruh Dan Tinggalkan Apa Yang Dilarang.’ Sabda Rasulullah ﷺ : “Malu dan iman itu adalah teman seiring dan sejalan. Jika yang satu diangkat nescaya terangkat pula yang satu lagi.” (Riwayat al-Tabarani-no.8313)










Saturday, January 26, 2013

DenaBahrin Selamat Sudahh .


Assalamualaikum .

alhamdulillah Dena Bahrin isteri kepada Soffian Arif telah selamat melahirkan seorang baby boy pada pukul 2.11 pm pada 25 January 2013 , semalam . seyes , cute sangat !




berat : 3.3 kg
dagu macam maknyerr kann ? kan ?





copyright@DenaBahrin ^_^











Kawan Oh Kawan


Assalamualaikum . . 

tadi aku usya suma kawan2 lama ku di soksek . rindu rasanya kat diorang . tak kesah ahh depa kenal aku lagi ke tak . mybe ya mybe tak . yelaa , aku keluar dari sekolah tu setahun awal . time nak tinggal sekolah tu memang berat hati . sebab suma kawan2 aku kat sana best ! yang paling tabik spring222 semangat batch yang ada . batch 0610 memang terbaekk ! 
sekarang semua pakat bawa haluan seniqi . ada yang masih dapat sama U tuhh kira bertuah la . sangat bertuah sebab dapat kekal hubungan persahabatan tuh . bila dah jauh2 nie , pantang ada time cuti mesti nak buat reunion . yelaa , suma pakat nak jumpa kawan2 lama . rindu koOt . 
macam mana jauh pown , diorang nie still contact kat fb ka , twitter ka , xpown ap2 ja laman sosial . cuma aku ja yang masih terperup sorang2 . haha . tah , mungkin segan nak bersapa dengan diorang nie . cuma adalah bapa orang yang aku boleh lagi sembang2 . tak ramai pown .
 mungkin dulu aku tak 'ngam' dengan diorang . sebab tu jadi macam nie . 
papoO jelah , yang penting aku tak kan miss skodeng depa punya perkembangan . pantaw dari jauh bak kata orang . haha . semoga kawan-kawan ku suma berjaya di dunia akhirat . ameenn ^_^






Thursday, January 24, 2013

Lirik : Terima Kasih Malaysia







Kiniku nikmati kehidupan yang selesa
Dibentuk oleh mereka yang penyayang
Hari silih ganti kami maju ke hadapan
tak kira apa jua halangan

Chorus
Terima kasih ku ucapkan padamu
Atas nikmat yang diberi padaku
Terima kasih ku ucapkan padamu
Kerna aman sentosa selalu

Kita dididik serta dipimpin
Agar kita semua tidak keciciran
Kita terus berusaha sedaya upaya
Agar menjadi insan yang berguna

Ulang Chorus








Kami d Perlis Bowl

Assalamulaikum .

Habis jaa exam petang tuh , malam tu aku ngn dak pempuan kelas aku kua . tapi setakat kangar je lar yang mampu . kat perlis nie tak da benda apa sangat pown yang boleh pegi . tapi alhamdulillah laaa bandar dia macam nie , kalo tak ... paham2 je lar . duit pown kua macam air terjun . 

malam tuh kitorang g PERLIS BOWL . haha . perlu ka capital kan  ?
main 4 game . sapo bayar aku pown tak tahu . hehe . tapi aku tak main pown . huhu . niat nak main memang lah ada . aku da lama tak main boling nieh . tapi time tuh , kat sebelah kitorang ramai laki sangat . memang lahh laki2 tu tak tengok kami main , tapi paham2 laaa bila dah lama tak main nie . nanti buat aku lempaq bola tuh , sekali dengan aku lak terlempaq sekali . tak malu kah macam tuh ? huhu .

sebernarnya un , last aku main dulu , aku ada sejarah beb ! 
sejarah macam aku sebut tadi lahh . aku nak lempaq bola tuh , tapi disebabkan berat sangat . ecehh , konon lemah sangat laar kann . haha , lempaq punya lempaq , badan aku terhuyung sekali nak masok kat dalam tuhh . memang seyes aku fobia . haha . lagi satu kasut aku masa tuhh licin beb . huhu . malu pown ada ! nampak sangat tak reti main . weerkkk !




ketinggian terserlah tak ? haha . penipuan semata-mata .



coursemate ku . tapi tak cukup semua lah .



kebahagian terserlah . yeahh ! syg hampa ~



alamak ! kena penyet !