Wednesday, September 16, 2015

Hikmah Berkawan ^_^

Kalau dulu dan dulu selalu menangis sebab tak pernah jumpa kawan yang setia atau diri sendiri yang tak pandai jaga kawan. Tapi sekarang dah faham kenapa Dia takdirkan macam tu sebab Dia nak aku jalinkan silaturahim dan jadikan mereka semua kawan baik aku, bukab hanya tumpu dgn sorang, dua orang atau tiga orang. Dan sekarang makin matang dalam hidup. Dan belajar banyak perkara. Syukur diberi sikap yang senang 'in' dengan kebanyakan orang. Saya ♥ semua kawan2 sekeliling saya. Sayang housemates roomates jugak (:
.

#lastnight #scorchtrial #mazerunner #best #minho #jitra naktagramailagitapilimitlak

Tuesday, September 15, 2015

20 Sebab Kenapa Lelaki Tak Nak Kahwin

Hmmmm. Ok.

1.”Duit lum cukup lagi”.
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!

2. “Nak beli kereta dulu baru nak kahwin”.
Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu.. .

3. “Susah la nak cari yang berkenan dihati”.
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ?da duit abangku saying, takde pitis sayangpun abis!

4.”Tak datang seru lagi kot”.
Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.

5.”Banyak sangat halangan”.
Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!

6.”Belum bersedia la”.
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.

7. “Ilmu tak cukup la”.
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ?impi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga?oal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!

8.“Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung ni pulak nak tanggung dosa isteri”
. Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul.
Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.

9.”Dah mencubalah tapi telah dikecewakan”.
Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.

10.”Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la”.
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.

11.”Jodoh tak sampai lagi kot”.
Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!

12.”Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat” . Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!

13. “Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka”.
Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!

14.”Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la”.
Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!

15.”Dia nie suka pasang ramai org sangat”.
Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.

16. “Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak”.
Pompuan memang camtu..

17. “Nak carik yang solehah lah”.
Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.

18. “Masalah la”.
Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.

19. “Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la”.
Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.

20. “Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya”
. Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia.

P/s : fikir-fikirkan la wahai perempuan..ekeke

Tentang Cinta, Cara Nak Buat Keputusan Dan Kahwin Awal, Baik Yang Islamic Atau Tidak

Baca dan terus berfikir.  Hmmmm . *Tongkat dagu*

Sumber : http://thematuredme.blogspot.my/2012/03/tentang-cinta-cara-nak-buat-keputusan.html?m=1

Aku baru-baru ni puas memikirkan apa sebenarnya matlamat, panduan yang diberikan oleh Islam tentang soal cinta, dan untuk umur macam aku ni, aku memikirkan tentang kahwin awal. Sebab aku percaya perkahwinan tu ada peranan yang lebih besar untuk agama dan umat ini.

Melakukan perkara yang halal tetapi tidak kena cara, akan mengundang musibah.

Contohnya, kita makan makanan dengan tangan yang tidak dibasuh. Makanan itu masih akan menjadi halal. Tapi masalahnya berpunca daripada 'tangan yang kotor'. Dan isu ini aku akan sentuh dalam bab 'Kahwin Awal.'

Cinta sebelum perkahwinan sedikit sebanyak ada peranannya sendiri dalam mencorakkan manusia dan mematangkan manusia.

Aku bukan nak menghalalkan yang haram. Tidak sama sekali. Ini sekadar pandangan yang aku mulakan dengan bacaan bismillah. Contohnya, doktor memberi suntikan insulin kepada pesakit dengan kadar 25 ml. 25 ml akan memberi manfaat yang sangat baik kepada pesakit. Tetapi 26 ml mengundang bencana. Dan isu ini aku akan sentuh dalam bab 'Cinta Sebelum Kahwin; Mengambil Yang Sekadarnya.

Kahwin Awal

Isu ni aku pernah sentuh sebelum ni, rasanya lebih baik aku sentuh sekali lagi sebab aku kira masih ramai yang memerlukan pencerahan dan sedikit panduan. Dan aku nak sentuh bab ni terutamanya kepada yang beraliran agama atau berfahaman agama yang kuat tak kira la dia belajar pengkhususan dalam bidang agama atau tidak.

Aku tak boleh menafikan yang kebanyakan student beraliran agama mempunyai suatu stigma bahawa,

"Ishh, cinta sebelum kahwin kan berdosa? Mana boleh bercinta sebelum kahwin. So bila aku jatuh cinta, aku kena consider untuk kahwin terus."

So bila aku jatuh cinta, aku kena consider untuk kahwin terus.







Ini soalnya.

Dan bila minda seperti ini muncul(aku tak cakap salah), ianya akan membina suatu cara berfikir dengan terburu-buru.

Ya, berkahwin dengan terburu-buru, atas nama Islam.

Sebab aku pernah ada seorang kenalan yang telah bertunang, umurnya lebih kurang sama dengan aku. Dia mengadu kepada aku,

"Faizin, saya rasa tunang saya tu tak sesuai la untuk saya." Jelas Cik K.

"Kenapa awak rasa macam tu pulak? Bukan okay ke selama ni?" Aku bertanya kembali.

"Bila dah bertunang tu and saya semakin lama kenal dia, saya rasa dia memang tak sesuai untuk saya. Saya mula rasa yang saya taknak orang macam dia yang memimpin keluarga saya nanti."

Aku terdiam.

Dalam umur yang sebegitu muda, dah kena fikir soal calon suami. Belajar pun rasanya dia tak stabil lagi.

Memilih pasangan hidup ialah soal yang besar.

"Kenapa awak bertunang dengan dia in the first place?"

"Saya berjumpa dengan dia semasa kami sama-sama buat persediaan dulu. Sekarang dia sudah belajar di tempat lain. Saya pertama kali keluar dari suasana sekolah agama masa tu, and saya pertama kali jatuh cinta. Dan untuk pertama kali tu, dia pun sukakan saya juga. So, dia berikan saya sebentuk cincin dan ajak saya bertunang. Kedua-dua belah keluarga setuju."

Terangnya jujur.

"Malangnya apabila dia belajar dia tempat lain dan kami melalui tempoh pertunangan bersama-sama, saya mula kenal dia dengan lebih mendalam. Dan dia..dia ada buat sesuatu yang saya kira tak dapat saya maafkan. Saya menangis sebab perkara ni. Saya kecewa dengan dia."

Dalam penjelasan dia di sini, aku dapat detect dua masalah.

Yang pertama, wujudnya stigma jatuh cinta-so-kena kahwin terus.

Yang kedua, dia lepasan  sekolah agama so masih belum kenal jenis-jenis lelaki, minda masih belum cukup matang(aku tak cakap tak matang) and mungkin semasa dia buat persediaan tu, dia alami culuture shock. Maklumlah, pertama kali bercinta.

Ini membawa kepada satu konklusi lain iaitu 'membuat keputusan untuk berkahwin secara terburu-buru'.

Aku secara peribadi tak percayakan love in the first sight, sebab kadang-kadang ianya berdasarkan nafsu.

Ada tak orang lelaki yang alami cinta pandang pertama kepada (minta maaf cakap) perempuan yang kulit agak gelap, badan sedikit berisi and muka tidak berapa cantik? Tidak, kan?

Cinta pandang pertama kami ialah untuk perempuan-perempuan yang kulit cerah+ayu+bertudung labuh(untuk cinta versi islamic sikit). But then, sama je kan? Baik aliran Islam atau tidak, lelaki yang cinta pandang pertama ni biasanya hanya untuk perempuan cantik.

Kita, gagal membezakan cinta nafsu dengan cinta sejati. Dan kita selalu guna nama agama untuk capai/halalkan apa yang kita mahukan.

Ni pandangan peribadi aku tentang cara-cara nak pilih calon suami dan isteri. Tak kisah la kamu semua nak kahwin awal ke cepat, saya kira semua perkara ni perlu dipenuhi terlebih dahulu.

1) Aku tak galakkan kahwin kerana cinta semata-mata. Perkahwinan ialah suatu perkara yang lebih besar daripada tu. Kita berkahwin dengan orang yang dapat uruskan rumahtangga kita dengan cara terbaik. Mungkin kita cinta kepada orang tu, tapi rupanya dia dungu dalam menguruskan rumahtangga. Yang tak pandai seni perkahwinan, tak faham apa erti sebenar perkahwinan, pergi main jauh-jauh.











2) Kita berkahwinan bila kita rasa kita 'patut berkahwin', dan saya tak galakkan berkahwin bila kita 'perlu berkahwin.' Apa beza antara keduanya?

Patut kahwin.

"Aku umur baru 19 tahun. Tapi financial aku dah okay, aku pandai cari duit secara pasif dan pelajaran aku pun ok. Tak terlalu bijak tapi tak lah bodoh sangat. Aku pandai baiki-baiki paip dan peralatan elektrik. Aku jenis yang ada survival skill yang tinggi so aku rasa aku boleh mengemudi rumahtangga dalam apa jua keadaan. Dan aku juga pandai mengaji and jadi imam+solat tak pernah tinggal."

Perlu berkahwin

"Aku umur 22 tahun. Financial aku tak okay and belajar pun macam dungu jer. Tapi aku dah tak tahan dah ni fikir pasal Farah setiap masa. Rindu gila aku kat dia. Mandi buat-buat basah. Makan kadang-kadang jer kenyang. Serius tak tahan dah aku ni. Kalau dapat kahwin dengan Farah, dapat tidur dengan dia, PEHHHH.."

See the difference?

Bila kita kahwin dengan keadaan 'perlu berkahwin', kita mudah jadi tak rasional. Kita dikaburi cinta, dan nafsu. Kalau kita putus cinta, kita akan terjun bangunan.

Nak ke kamu wanita-wanita yang comel kahwin dengan lelaki yang dalam keadaan macam tu?

Pasti tidak.

Tapi itulah realiti sebenar lelaki yang mabuk cinta, nak berdating setiap masa dan berkepit dengan awek.





3) Kita perlu menilai calon pasangan TANPA perasaan cinta.











Bila kita dilamun cinta, fikiran kita hampir-hampir tidak ada. Akal tak sempat berfikir. Hati gundah gulana, teringat kepada si dia.

Ini akan membuatkan kita terburu-buru dalam berkahwin.

Cara nak buang cinta? Tanya rakan-rakan pasangan kita tu tentang diri pasangan kita tu. Means, tanya la kawan-kawan, Ramli tu baik ke tak, Fatimah ni pandai masak ke tak.

Aku pernah buat macam ni semasa aku cintakan Miss A dulu. Aku tak contact dia untuk tempoh yang agak lama, sibukkan diri, and kemudian cinta benar-benar hilang dari diri aku. Then baru aku nilai dia semula, berpaksikan soalan,

"Boleh ke dia jadi ibu kepada anak-anak aku?"

Dan aku menilai dia dari sudut keibuan, bukan sudut nafsu atau tubuh fizikal yang ada pada dia. Dan aku kira inilah cara terbaik untuk cari menilai pasangan.

Konklusi untuk kali ni.

Aku fahami dan sedar yang terdapat ramai muda-mudi di luar sana yang berlatarbelakangkan agama yang berfikir tentang kahwin awal terutamanya untuk menjaga pandangan dan hawa nafsu. Aku tak nafikan kebenaran niat kamu semua dan aku rasa niat itu patut dipuji.

Tapi aku juga tak boleh setuju 100% jika kamu semua berkahwin dalam keadaan tidak matang, terutama para lelaki. Sebab lelaki yang akan memimpin rumahtangga. Lelaki yang tidak rasional dalam membuat keputusan akan mengundang bencana dalam rumahtangga.

Ciri Lelaki Serious Untuk Menjadikan Seorang Wanita Sebagai Isterinya

Tetiba rasa macam nak google pasal benda ni. Lepas baca, terfikir dan terus berfikir........macam2 yang terlintas.

Lelaki A : aku tak paham perempuan nie, suka sangat bila tanya sayang dia tak ? bila nak kawin dengan dia ? bila nak masuk meminang ?

Lelaki B : aahh kadang stess juga, balik balik soalan yang sama, dyeorang tak tahu kita sedang usaha nak cari duit dan baiki diri dulu, aku tak nak kawin nanti , aku buat hidup orang yang aku sayang hidup susah, merana.

Leleki C : ahh tengoklah, hantaran nak 10 ribu, malu kalau rendah dari kawan-kawan dia, ishhh pening nak memikir

Acik : hahaha korang nie, apalah mengeluh je, rileks, itulah ujian kita sebagai lelaki dan bakal bapa dan suami, ehhh nak taip entri kat blog ini, meh kongsikan kat acik, bagaimana lelaki yang serious dalam perhubungan untuk mendirikan rumah tangga

1.Sentiasa Membimbing

Kalau dah sayang tu ,pastinya seorarang lelaki itu akan cuba membimbing perempuan tersebut untuk jadikan muslimah yang baik dan bakal ibu yang baik juga , Bimbingan akan di beri sedaya updaya melalui ucapan dan perbuatan . Sebagai contoh berikan kata kata semangat dan dan dari segi perbuatan pula ahh belikan baju yang labuh dan tudung untuk si dia

2. Menasihati  Pasangan Dan menjadi Pendengar yang baik

Dalam sebuah perhubungan pastinya kata kata nasihat itu tidak akan lekang di bibir , tujuan utama adalah untuk membaiki mana yang kurang, sama ada dari pihak lelaki dan perempuan. Tentunya bila si dia ada masalah akan sedaya upaya untuk menjadi pendengar yang baik untuk masalah kamu , dan kata kata nasihat untuk kamu.

3.Muhasabah Diri dan Baiki Diri

Sahabat semua mengatakan bahawa bukan senang untuk menjadi seorang suami dan ayah kepada anak-anaknya nanti, jadi baiki dan sentiasa muhasabah diri untuk jadi yang lebih baik, baiki solat, bacaan al quran, dan cuba dekatkan diri pada Allah

4.Tabungan Khas

Kebanyakkan lelaki akan buat tabungan khas untuk duit kawin, kadang sanggup ikat perut dan berlapar untuk pastikan hajatnye tercapai, yelah si gadis mahukan hantar  10K keatas , jadi perlu kerja kuat dan kumpulkan duit . Ishh nak kawin sekarang bukan murah, majlis belah lelaki / Perempuan, duit photographer  dan lain lain

5. Akan menjaga kehormatan Pasangan

Lelaki yang mencintai kerana Allah pastinya dia akan menjaga hubungan itu agar tidak bertandaskan nafsu. Tidak melebih-lebih seperti pegang pegang tangan, peluk-peluk dan sebagainya. Dan paling penting mendoakan pasangan lepas solatnya dan sentiasa mendoakan kebaikan untuk pasanganya.

6. Jika benar dia sukakan wanita itu, pastinya tiada wanita yang di pandang

Ramai yang acik kenal , lelaki sebenarnya setia, tapi kadang perasaan ragu terhadap pasangan itu yang menyebab dia saje nak uji perempuan itu bagaimana,  Kalau dia dah sayang pada seorang itu pastinya tiada yang lain, dia akan jaga pergaulan dengan mana mana perempuan.

7. Masuk Merisik dan Meminang

Ahhh kalau semua dah cukup pastinya lelaki akan terus berjumpa dengan keluarga kamu untuk memberitahu hajatnya, kalau tidak pon mestilah nak bertunang dulu.

Lelaki yang serious dalam hubungan tiada istilah percubaan , jika benar dia suka pastinya dia akan menyakinkan kamu dan ajak bawa jumpa keluarganya agar dapat berkenal kenalan dahulu

Sumber : http://www.akupenghibur.com/2013/07/ciri-lelaki-serious-untuk-menjadikan.html?m=1

Friday, September 11, 2015

Tetiba Rindu

Tetiba rindu. Rindu dekat dia. Sebelum ni kalau ada apa2 masalah, dia tempat aku cerita itu ini. Dia jugak aku luah. Dia jugak tempat aku menangis masa call. Walaupun jarang jumpa, walaupun jauh. Tadi lepas dah settle satu persatu masalah, dah reda sikit kesedihan, aku usya gambar kitorang. Gelak ketawa. Gaduh. Sakat. Memori sungguh.

Tapi malangnya, baru aku sedar dia dah lama delete aku dari hidup dia. May be sejak salah faham hari tu. Cuma aku ja buat2 tak tahu dan ambil ringan. Dekat wechat pun dia dah tukar cover photo. Dia dah delete friend dengan aku. Tapi pic profile gambar dia yang aku ambil time kitorang jumpa hari tu. Pelik.

Tak pe lah. Buat apa nak di kenang benda dah jadi. Mungkin dia tak boleh terima pendapat aku. May be cara hidup dia lain. Sebenarnya benda ni dah lama aku rasa. Tapi aku follow ja cakap dia selama ni. Aku buat apa dia suruh. Aku ambil mudah tentang benda sepatutnya yang perlu aku lakukan. Tapi makin hari makin kita sebagai manusia yang umur makin meningkat, kita boleh pikir sendiri. Kita nak dahulukan Dia atau dahulukan manusia.

Ya, cinta itu buta. Buta untuk manusia yang punya akal pendek macam aku. Terlalu menjaga hati manusia lebih daripada menjaga hati Pencipta sebelum ini. 5 tahun. 5 tahun bertahan. 5 tahun juga aku kecewakan Pencipta.  Maafkan aku.

Terbayang cerita novel, drama dan sebagainya. Menanti cinta yang lama hilang kembali dengan lamaran penikahan. Kembali dengan cinta yang halal. Cinta yang dulu kala berputik semula dengan keredaan ibu bapa dan Sang Pencipta.  Tapi sayangnya, aku yakin, tak akan jadi punya drama macam ni kat aku. Berharap dengan perkara tak mungkin terjadi. Melainkan aku seorang yang menunggu. Adakah tercapai hasrat untuk berjumpa sesama family masa konvo nanti?

Mungkin dia dah puas terima dan beri cinta lalu melangkah pergi. Pergi mencari yang lebih perfect mungkin? Sampaikanlah berita kepadaku walau sedikit untuk aku pastikan akhirnya hubungan ini. Tak patut kau gantungkan.