Tuesday, September 1, 2015

Aku Bukanlah Perempuan Yang Layak Digelar Muslimah

Tak rasa layak lagi. Sedih. Terlalu banyak perlu di perbaiki.
Sedih sedih sedih. Berulang kali ulang lagu ni. Rasa kecewa dengan diri. Tak layakkk rasanya untuk bergelar isteri untuk mana-mana lelaki buat masa sekarang.  Terlalu banyk dosa. Terlalu jahil diri ini. Terlalu cetek ilmu di dada ini. Yang allah, aku rasa sangat kerdil. Rasa lebih baik aku bersiap menghadapi jodoh dengan ajal yang entah bila bila sahaja boleh datang melamar diri ini. Semoga aku sempat untuk memperbaiki diri ini T_T

..................................

Hijjaz - Permaisuri Hatiku

Di antara kekasih pilihan di hati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan pekerti yang tinggi
Indahnya perhiasan duniawi

Di antara diriku jua dirimu
Hanya mengharap cinta yang satu
Ku binakan mahligai impian mu
Oh sayang ikhlaskanlah hati mu

Malumu bernilai
Katamu berhikmah
Hatimu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Ilahi

Benarlah! cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian di dunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

Kau permaisuri di hatiku
Di dunia ini kau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku cuba akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tanganmu oh kasih
Meniti hari

Semoga kita dapat bersama
Sampai kepadanya
Di syurga sana

Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hatiku
Untuk menemani
Dalam menggapai cintamu

.............................

Monday, August 31, 2015

Sayu Hati. Menyesal.

Tetiba hari ni baru rasa sedih tu. Rasa sayu. Rasa sakit hati. Rasa menyesal.  Rasa kecewa. Untuk apa kesedihan ni, biar lah aku dan Dia saja yang tahu.

Kenapa lah sejarah silam sejarah kebangangngan aku kembali semula. Kemana penyesalan yang lalu? Kemana pergi penyesalan yang lalu? Terbayang bayang dosa lalu datang semula. Buat semula. Ya allah. Rapuhnya iman aku. Sakitnya hatiiii...

Waktu syaitan bisik tak da pulak rasa nak keji syaitan. Bila dah jadi, nyesal pun tak gunaaaa. Sedih !

Thursday, August 27, 2015

Tak Berani Kata Depa

Tadi bergosip pasal kawan aku yang nak di kenenkan dengan adik ipar kak aku. Pastu macam mana tah, tetiba kak soal, "Hari tu dia mai rumah ka masa raya? " "Mak la yang habaq, betoi ka?"

Aku pun jawab "Hmm" tanda malas nak ulas banyak benda pasal dia disebabkan aku ada problem sikit antara kami. Then kak sambung lagi, "Hang ni, bawa mai rumah kot la nak kenalkan dengan mak ayah ka. Dia pun, awat tak berani nak sembang dengan mak ayah pasai hampa dua nak serius." "Mak pun boleh la nak consider terima dia kalau dia berani, ni dak, mak kata dia pun tak berani, macam mana."

Huhu. Aku terdiam. Benda tu lah yang aku acap kali bagitau dia suruh berani jumpa mak ayah aku. Tapi macam biasa la, tunggu dulu tunggu dulu. Hmm. Ok. Malas nak fikir lagi dah. Sekarang pun asyik gaduh ja atas sebab hal kecik. So aku dah tak berharap lebih2 lagi da lepas ni. Kalau ada jodoh, kalau dia berani, insya Allah ada lah jodoh kami. Andai Allah ada calon lain untuk aku, aku follow. Humm. Tapi laki zaman sekarang susah la nak cari yang boleh faham kita. Lagi2nak cari yang tak smoking atau vapeOn. Hummm.

Saya Telan Merajuk Saya Demi Emak Kesayangan

3.20a.m. 27/8/2015

Cukupla kalau kita ja yang touching dengan mak ayah kita, tapi jangan sesekali butkan mak ayah touching dengan kita.  Berdosa ok.

Semalam merajuk bukan main. Sedih bukan main. Tapi hari ni saya dah pujuk hati saya untuk tidak biarkan terlalu lama untuk touching2 ni. Nanti jadi lagi parah. 

So memandangkan birthday mak, usaha cari kedai kek melayu. Bagi hadiah birthday cake. Dari kedai kek murni kubang menerong, ke kedai kek zuhrah padang serai kot cari. Tapi dua2 dah tak buka. Sedih betul.  Time kita nak lah kedai tu dah tak jual. Hm hmm. Nasib baik kedai baru tu buka. Darmal's cake. Padang serai jugak.

Sebelum beli, siasat dulu betul ke melayu yang buat kek tu. Huhu. Alhamdulillah pekerja tu cakp memang melayu yang buat.  Baru beli.

Lepas tu kan, masa balik tu kan. Letak kek atas meja makan. Then masuk bilik solat semua dulu. Kebetulan masa keluar bilik, terserempak dengan mak, then cakap "Tu kek, selamat hari jadi." Huhu. Punya lah nalu dan ego nya sampai cakap macam tu ja. Sobs sobs.

Tadi tido awal. Betul2 lepas isyak, terus tido. Malas fikir masalah dunia lagi dah. Then, terjaga tengah malam. Sekarang lah tu. Haha. Bangun cari nasi. Lapaq. P dapur, tetiba nampak piring yang berisi saki baki krim kek. Hiks. Diorang makan jugak. Tapi aku bajet adik laki ku lah yang makan. Sebab tak reti basuh pinggang. Huhu. Tak pe laa kalau mak aku tak makan pun. May be dia ingat kek cina kot? Tah la. No komen. Asalkan aku dah buat apa yang aku nak buat. Aku harap aku tak jadi anak derhaka. Huhu. Nauzubillah.




Let You Go. Surrender.

3.06 a.m. 27/8/2015

Orang cakap someone tu ada someone lain bila perangai dia tetiba pelik.  Contohnya bila tetiba nak marah tak tentu pasal.  Padahal kita yang touching dan makan dalam dengan perbuatan dia sebelum tu lagi. Sebab tu kita macam nak tak nak ja layan dia kan. Bukan dia tak paham. Bukan dia tak tau kita touching hal tu, tapi katanya tak faham dengan kita? Lepas tu nak tengking2 pehal. Kita yang bangun tido, buka WhatsApp pun jadi makin lapaq nak p dapuq ja rasa. Hurr. Malas nak amek port.  Buat rilex sudah. Ada yang tak kena lah tu. Dah jumpa someone better than me lah tu. Haha. Ok tak pe. Be matured. Ignore dengan benda tu. Saya dah lali. Dah acap kali ok. So up to you lah encik ehem2 untuk berambus dari hidup saya. Saya surrender to let you go. Bye.