Monday, July 29, 2013

Petua Pemakanan Felinna PMCVC oleh Puan Felinna

Kucingku Bernama Putehh

Assalamualaikum ya habibi ya maulana :)

Hari ana mau cerita pasal kucing ana lah. Anta suka atau tidak itu anta punya pasal lah . Eh eh, iklan P.Ramlee pulak aku nie.

Okey, tanpa membuang masa, meh aku nak kenalkan kucing second yang aku dah bela.

Si Putehh yang tak berapa putih.
Haa , nin diaa kucing yang aku maksudkan. Nama dia Putehh. Nama manja pulak Tehh. Sebenarnya badan dia bukannya full warna putih pun, tapi kami satu family memang sengaja panggil panggilan tuh. Rasa sedap dan sesuai ja dengan dia. Hewhew.

Asal-usul Putehh a.k.a Tehh.
Mak bapak dia aku tak kenal pun yang mana. Tak pernah tengok langsung. Tapi mak aku penah lah kot. Sebab mak aku amek Tehh dari kawan dia. 

Sebenarnya Mak aku amek sepasang. Maksudnya Tehh ada adik. Tapi sayangnya adik dia tak hidup lama. Mati. Sakit apa aku pun tak tahu. Yang pasti dia muntah berbuih. Masa tu diorang kecil lagi. Mungkin time tu mudah dapat penyakit.  Kesian adik dia. Huhu. 

Adik kepada si Putehh nie berbeza sangat dengan dia. Pendiam, manja gitu. Hehehee. Bukan macam Teh nie. Garang nak mampus. Nak pegang sikit pun dia da nak gigit. Lagi satu Teh nie bising. Bunyi kuat sungguh. Sikit-sikit nak bunyi.

Hari demi hari, Tehh makin membesar. Rasa sayang kami sekeluarga kat Putehh mencurah-curah. Walaupun Tehh garang, tapi Tehh baik. Dia tak nakal macam kucing lain. Kencing berak pun ok. Tak membunag merata-rata. Kucing bijak kami panggil. 

Tabiat Tehh satu ja. Suka tangkap kaki. Tak kira laa kaki berbulu ke tidak, dia tangkap ja. Kalau tak kaki, tangan. Apa-apa benda yang bergerak, dia anggap orang nak main dengan dia. Padahal tak pun. Macam mak aku. Setiap kali mak aku baca paper ka, buku apa-apa ka, bila mak aku selak-selak paper/buku, mesti dia terkam tangan mak aku. Hadoihhh. Memang riuh laaa rumah aku bila ada putehh nie.

Sekarang Putehh lagi membesar. Badan dia pun makin mantap. Nak dukung dia pun dah berat. Berkilo dah agaknya. Haha. Garang dia mau tau la. Garang macam biasa. Tapi garang dia tu ikut musim jugak. Time 'datang bulan', memang dia garang. Kalau mood elok, haaa belai laahh , usap lahhh. Memang sampai lentok. hahaha.


Sunday, July 28, 2013

Lirik Qasidah Sholawat Ya Robbamakkah

يَا رَبَّ مَكَّةَ


Wahai Tuhan pemilik Makkah dan Shofa, berkat Nabi Muhammad,

Ampunilah kami wahai Yang Mendengar doa-doa kami,

Simpanlah kecintaanmu kepada kami, jika kau menghendaki keridhoan kami,

Dan janganlah kau sebarkan rahasia kami kepada selain kita,

Tunduklah kepada kami bila kau ingin berjumpa kami,

dan tinggalkan cita-citamu, bila kau ingin mendapat cita-cita kami,

Tahukan kalian bahwa kami sesungguhnya menepati janji,

Dan para pencinta kami akan berada dibawah bendera kami,

Kemudian berikanlah solawat kepada Nabi dan keluarganya,

selama angin berhembus dan menggoyangkan dahan-dahan pepohonan.









Saturday, July 27, 2013

Tutorial : Center kan Post Title dan Sidebar Title

a s s a a  a l a i k  u m  !

Bila tajuk sidebar dan post center, baru la nampak kemas sikit. Acena nak buat? Jom follow step ni : 

  1. Log in blog seperti biasa 
  2. Choose page Template. Then click Edit HTML.
  3. Dalam area edit html tadi, click Cntrl F pada keyboard. Then, cari this word :
h2 {

    4. Kalau da jumpa, copy dan paste kod bawah nie SELEPAS kod  h2 {
text-align:center;
        Kalau tak jumpa kod di atas, boleh cari kod yang nie : 

h4 {

      6.  Then, Copy kod di step 4 dan paste SELEPAS kod di step 5 tadi. 
      7. Sebelum save , preview dulu. Kalau tak da error baru save ok. 

                 

                           Sebarang masalah. Jadi atau tidak, boleh komen. TQ :) 




Friday, July 26, 2013

Hapuskan or Not?

Only short N3

Sebenarnyaa aku rasa macam nak hapuskan blog nie ja. Sebab aku rasa macam tak selamat. Tapi rasa sayang pulak sebab nie adalah blog petama aku. Segala kasih sayang dah aku curahkan. Tak kan senang-senang ja aku nak buang? haishh. Macam mana nie .