Wednesday, November 28, 2012

Kepenatan dan Malu





Assalamualaikum . .

mata nie sebenarnya dah berat . kepala pun dah menjerit meminta disorongkan bantal . tapi apakan daya badan ku , tangan ku , tak dapat lari lagi daripada lappy + blog nie . .  

hari nie , jadual ku sepatotnya tak lah padat sangat pun . tapi disebabkan kesungguhan lecturer aku , kami mempunyai extra kelas selama 2 jam . sudah laa extra , di buat pula dihujung petang . hendak balik ke Pauh , memang tak la . sebab perjalanan ke Pauh sudah 30minit . gap 3 jam memang tak kan cukup nak balik ke Pauh . kalo balik sekadar letak punggung memang sangat lah boleh .

usai kelas extra , kitorang terus ke kelas malam pula . tapi di Taman Muhibbah . waduuuhhh , capeeett tu memang sangat lah menggunung tinggi dalam diri masing2 . sudah la capet , ada test pula time kelas malam . apakan daya , kita sebagai student memang macam nie . dah nama pun student , belajar je larh kan , apalaahhh  . . . jangan mengeluh nina ! 

tapi walau bagaimanapun , hari nie semua nya enjoy , tak da yang stress . lagi banyak lawak memang ada ! 
tapi yang pastinya hari nie aku banyak buat perkara yang memalukan diri sendiri . semua tindakan tu berlaku secara spontan dan tak sengaja . apalahhh nasib ku , suka sangat perangai macam tu . 

Salah satu nya :

ketika di kafe , seorang mahasiswa bertanya , " eh , nie masak apa ? rasa apa ? "
dengan blur + konfiden aku jawab " Ayam." 
"Hahahahahhaha ! memang la ayam , dah memang ayam kat dalam tu , tak kan masak itik kot !" perrrgghhh , depa gelak kat aku ! ngek betoi . .  

malu tahap gaban kot . aku jawab spontan dengan apa yang aku nampak ja . jawapan yang tak menjawab soalan langsung . kan dah kena gelak . huhu . . 
yelaaa , aku mana lahhh kenal geng2 tuhh , tetiba dia aju soalan , aku pon jawab je laaaa dengan blur + segan + terpaksa  . . .  

Salah keduanya :

nie situasi dalam bilik kuliah . time tu lecturer bagi break 5 mnt . sebagai seorang perempuan , biasa laaa akan mengisi masa tu dengan bersembang kan . 
so , aku join la kawan aku pokpek pokpek . 
ada satu part nie , aku dengan selamber pusing kepala aku sambil buat reaksi pondan dan kata " Hok alllllooohhhh , mu nie " .....tangan + muka  sekali aku buat reaksi . memang hudoh tahap jebon aku dapat rasakan . dan yang paling tak leh blah , tetiba ad sorang mamat nie duk usya ! makcik betoiiiiiii !! sejak bila pulak dia duk kat situ ?? siap sengehhh + gelak lagi kot ! 
errrgghhh ! malu gila baq haaaannggggg ! ! 



#sayamalusangatsangat=D


















Jus Buah Naga Merah






 Assalamualaikum , hye , nyum2 ^_^

malam nie tetiba terbayangkan jus naga merah . sebab tu aku rajin buat entry resepi nie . hehe . . 
jom kita tengOk cena nak buat  JUS BUAH  N A G A   M E R A H  


bahan-bahan :   

Buah naga merah 2 biji 
Ais krim Soda 1 botol
Susu Pekat - 6 sudu
Air Batu (Ketoi Ais)


Cara-Cara :

1- blender isi buah naga + sedikit air sehingga hancur .

2- Masuk kan isi buah naga yg hancur ke dalam jag .

3- Campurkan isi tersebut dengan air aiskrim soda .

4- Masukkan susu pekat ( ikut kesedapan masing2 )

5- Yang paling penting kalo nak sejuk laa , campur air batu . 

6- Siap , dah bole minum ! 




SELAMAT MENCUBA ! 













Monday, November 26, 2012

Simple Giveaway - Pink Orange Shoppe


cute LINK ^_^


giveaway hak milik mutlak pink orange shoppe



syarat2 yang dikenakan sangat lah simple dan mudah faham :D
antaranya :

1. wajib , wajib dan wajib follow blog pink orange shoppe .

2. wajibalghunnah follow fanpage pink orange shoppe .

3. Buat satu (1) entry yang bertajuk Simple Giveaway - Pink Orange Shoppe .

4. Letak banner seperti di atas , then link kan pada entry 
http://diaryon9ika.blogspot.com/2012/11/simple-giveaway-pink-orange-shoppe.html#comment-form

5. Perlu tag kpd tiga (3) orang rakan blogger lain , and make sure diorang tahu pasal tuhhh .

6. last , letak link entry yang da siap , and link fb ID pd pink orange shoppe .




                                    








Adab Berpakaian




Bismillahhirrahmanirrahim . . 

Di sini terdapat Adab Berpakaian Ketika Di Luar Rumah khas untuk muslimah . 
Walaupun pakaian aku tidak cukup baik , namun aku masih ada kemahuan untuk memperbaiki nya . . 
jom sama-sama kita berubah sikit-sikit ^_^

1. Pakaian itu mestilah menutup aurat sebagaimana dikehendaki syariat. 

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga kelihatan bayang-bayang tubuh badan dari luar.
 
3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit tetapi longgar dan selesa dipakai. Ia mestilah menutup bahagian- 
bahagian bentuk badan yang menggiurkan nafsu lelaki. 

4. Pakaian itu tidak bertasyabbuh - menyerupai pakaian lelaki iaitu tidak serupa dengan pakaian untuk 
orang lelaki. 

5. Warna pakain itu suram atau gelap seperti kelabu, hitam atau perang. 

6. Pakaian tidak dikenakan dengan bau-bauan yang harum. 

7. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian wanita kafir. 

8. Pakaian itu dipakai bukan untuk bermegah-megah tetapi semata-mata kerana Allah swt. 

9. Mula pakai pakaian sebelah kanan dahulu dari atas (kepala), jika pakai sarung juga hendaklah diapaki 
dari kepala. 

10. Pakai seluar sambil duduk (sunnah) dan masuk kaki kanan dahulu. 











15 Azab Bagi Orang Yang Meninggalkan Solat





Assalamualaikum. . .

Tadi , semasa dalam bas , 'on the way' balik dari kelas , aku terbaca sebuah artikel yang sangat menarik . aku harap ia akan menjadi peringatan untuk aku dan juga kalian bersama .  

6 azab di dunia:
1.  Dihilangkan keberkatan umurnya
2.  Terhapus tanda-tanda orang soleh dari wajahnya
3.  Segala amalannya tidak dikurniakan pahala
4.  Doanya tidak dimakbulkan oleh Allah
5.  Tiada doa daripada para solehin untuknya
6.  Keluar roh daripada jasadnya tanpa iman

3 azab ketika hampir mati:
1.  Kematiannya penuh kehinaan
2.  Kematiannya di dalam kelaparan yang amat hebat
3.  Kematiannya di dalam kehausan yang amat dahsyat
     
3 azab ketika di dalam kubur
1.   Kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya
2.   Dinyalakan api di dalam kuburnya, lalu dia dibalik-balikkan di atas api tersebut
3.   Datanglah seekor ular bernama Syujja’ul Aqra’, suaranya laksana petir, ia berkata “Hai manusia!  Sesungguhnya  aku diperintahkan menyiksa kamu dari Zohor hingga Asar kerana kamu meninggalkan fardhu Zohor, dari Asar hingga Maghrib kerana kamu meninggalkan fardhu Asar”, begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari Qiamat.

3 azab ketika bertemu Allah s.w.t:
1.  Datanglah Malaikat dengan rantai sepanjang 70 hasta lalu membelenggu lehernya dan disumbat ke dalam   mulutnya  kemudian disentap keluar rantai itu melalui duburnya, lalu diseret ke Neraka Saqar.
2.  Tiada rahmat Allah dan tiada keampunan untuknya
3.  Baginya azab yang amat pedih