Tuesday, January 29, 2013

Keterangan : MILO MENGANDUNGI DAGING CACING ??





Assalamualaikum .

Sobonarnya tadi nak cari resepi Milo Ais Tabur . Atau pun orang kedah cakap Milo Aihh Taboq . haa , bawu sedap dengaq sikit kan . Tapi on the way google tu , ada terbaca kisah tak baik pasal kandungan utama dalam milo . ceishh , baru aku nak tahu pasal isu nie . padahal isu nie dah bertahun berlalu . 
diorang cakap kandungan utama dalam milo ais ada daging cacing ?? . betolkah ? adoiy , milo tu da jadi feveret aku kot dolu-dolu nieh . 

nak tawu kebenaran nya , jom terjah blog Qamarul Abdullah . jeng jeng jeng ! 





Dear Qamarul Abdullah,

 Terima kasih di atas pertanyaan pengguna tentang produk Milo yang dikatakan menggunakan cacing sebagai bahan pengawet.

 Kami ingin menjelaskan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Produk kami tidak pernah menggunakan cacing untuk sebarang tujuan di dalam pemprosesan makanan.

 Kesemua produk kami yang dihasilkan di Malaysia adalah disahkan Halal oleh JAKIM. Kesemua bahan yang digunakan adalah bersih, suci dan sememangnya Halal.

 Proses pengesahan Halal telah meneliti setiap satu bahan yang digunakan secara terperinci dari segi Halal, kebersihan dan keselamatan terhadap pengguna sebelum sijil Halal dikeluarkan.

 Nestle Malaysia juga telah mempromosikan Halal ketahap global sehingga kami dipilih sebagai pusat rujukan bagi produk Halal bagi Nestle di seluruh dunia. Menghasilkan produk Halal adalah amat penting bagi kami dalam melaksanakan tanggungjawab kepada pengguna terutamanya terhadap pengguna Islam di Malaysia dan di seluruh dunia.

 Kami juga mempunyai komiti Halal dalaman sejak sekian lama bagi memantau dan mengembangkan lagi produk Halal ke peringkat antarabangsa.

Logo Halal terdapat pada produk Nestle MILO.

 Diharap penjelasan kami dapat membantu pihak Puan dan seterusnya para pengguna yang sentiasa kami hargai.

 Jika puan mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 1 800 88 3433 dan wakil kami sedia membantu.

 Sekian terima kasih. 
 Yang benar, 
Jaime Ng Khidmat Pengguna Nestle. 
Talian Percuma: 1 800 88 3433





kesimpulannya : MILO TIDAK MENGANDUNGI BAHAN PERASA BERASASKAN DAGING CACING .



wa'allahua'lam . .
kalo masih ragu-ragu , jangan guna lagi dah produk nie ok . sama-sama sokong produk buatan orang islam . lagi HALAL . 








No comments: