Thursday, January 31, 2013

Cerita KEMBALI 01


Assalamualaikum .

jom layan artikel yang dicipta oleh seorang sahabatku Fathiah Hassan dan pertnernya Hafizz . 
episod demi episod akan di post ok . 







SYAFIQ merenung dirinya di hadapan cermin. Sesekali dia meraup wajahnya dengan tangan.

Nampak gayanya seperti sedang menanggung sesuatu yang sangat besar. Menatap wajahnya yang telah banyak melakukan kemaksiatan kepada Allah. Syafiq cuba menahan perasaan, tetapi tidak berdaya. Akhirnya dia menangis sendirian di hadapan cermin yang memandang kaku dirinya.
 “Assalamualaikum. Awak tengah buat apa tu? Belajar ke?” Zana menghantar pesanan ringkas kepada Syafiq. Mungkin sedang bosan ketika itu.
 “Wa’alaikumussalam. Saya sihat sahaja, Alhamdulillah. Saya tak belajarpun. Saya sedang mengulangkaji pelajaran,” Syafiq membalas pesanan ringkas itu sambil mengulumkan sekuntum senyuman dengan sendanya sendiri.
 “Hahaha. Ada-ada sahajalah awak ni,” balas Zana sambil tergelak dengan pesanan ringkas yang dihantar oleh Syafiq.
 “Saja gurau. Esok kita ada majlis makan malam bukan di dewan besar. Apakata kalau kita pakai baju sama warna. Kita pakai baju warna hijau nak?” tanya Syafiq pula.
 “Ok aje. Nak matching la ni ye? Pandai awak ya.” Mereka terus-menerus dengan alam maya yang mereka ciptakan sendiri itu. Akhirnya mereka hanyut dibuai mimpi yang tiada penghujungnya.

 **************************

SUASANA gamat di dewan besar tidak dapat digambarkan lagi. Melihat akan berbagai ragam, pelbagai jenis pakaian yang disarungkan di badan mereka. Ada yang bajunya warna jingga, seluarnya warna merah, kasut pula warna biru. Aduh, ada lagi pakaian jenis retro ini lagi pada zaman di mana manusia telah mengecapi arus permodenan ini. Sekali-sekala mata Syafiq melilau mencari kelibat Zana. Setelah lama melihat-lihat di sekitar dewan, akhirnya Syafiq terlihat Zana yang berada di sebelah mejanya sahaja. Apalah jenis mata, dekat sebelah mejapun boleh tidak nampak. Dilihatnya Zana memakai warna pakaian seperti yang dirancangkan. Tudung hijau, berjubah hijau. Cantiknya. Syafiq terpegun seketika.
 “Hai awak, cantik malam ni. Matching lagi tu kita ni,” kata Syafiq.
 “Haish awak ni, ada-ada sahaja.”
 Majlis malam itu dilangsungkan dengan penuh meriah. Pada mulanya ada persembahan lakonan, kemudian dikir barat. Dan ada pula yang membuat persembahan nasyid. ‘Ingatkan mereka ni tak layan nasyid’ Monolog Syafiq.
 Setelah majlis itu berlangsung yang mengambil masa selama 3 jam, maka majlispun tamat. Maka ramailah dikalangan pelajar ini yang mengambil peluang untuk ber’snap’ di pintu masuk dinner itu yang telah dihiasi dengan cantik. Syafiq menatap mata Zana, Zana juga sama. Agaknya mereka sedang memikirkan sesuatu yang sama.
 “Zana, jom kita ambil gambar di pintu masuk dewan tu. Nampak macam menarik saja,”
pelawa Syafiq.
 Zana tidak membantah sebaliknya menerima cadangan Syafiq. Kamera diberikan kepada Zahin, rakan Syafiq untuk menangkap gambar mereka berdua. Pelbagai gaya dan bentuk yang mereka peragakan seperti seorang model yang menggayakan aksinya di hadapan kamera. Habis bergambar bersama, merekapun pulang ke kolej kediaman masing-masing.
 “Cantiknya gambar kita. Bagaikan pinang di belah dua.”
Syafiq memulakan perbualan melalui medium yang biasa mereka gunakan iaitu khidmat pesanan ringkas.
 “Ish, pandai-pandai sahajalah awak ni. Ada Nampak sejoli ke tu?” Zana cuba mengacah Syafiq.
 “Mestilah ada. Awak cantik, saya pula kacak, sesuai sangatlah tu,”
 “Hahaha. Tak ada orang nak puji, dia pula puji diri sendiri,”
 “Gurau saja awak. Oklah, saya dah mengantuk ni. Esok kita jumpa dikelas ya. Assalamualaikum,”
 “Wa’alaikumussalam,”  
Perbualan mereka berhenti setakat itu.

 ******************* 


“AMBOI kau Zana. Bukan main suka lagi aku tengok kau hari ni. Lepas sahaja mesej dengan Syafiq, mulalah mulut tu nak senyum sampai ke telinga.” perli Nur, rakan sebilik Zana. 

 “Alarh, Zana tu memang. Aku tengok mereka tu macam secocok aje. Bagai pinang di belah dua kata orang melayu.” kata Suhailah yang menyampuk sambil dirinya melingkar di atas katil. “Tak ada apa-apa pun la. Aku dan Syafiq Cuma berkawan saja. Korang janganlah nak buat cerita.” dalih Zana. “Sudahlah tu. Kami tengok mata kau pun kami dah tau kau suka dia atau tidak. Kami ni ada ilmu khashaf ilham, kan Suhailah?” Nur meminta sokongan daripada Suhailah. Suhailah mengangguk, tanda membenarkan apa yang dikatakan oleh Nur. Memang tidak dinafikan langsung semenjak Zana berkawan dengan Syafiq, Zana menjadi terlebih cerialah pula. Tidak pernah lekang dengan senyuman. Kalau pergi kelaspun, seperti tidak sabar sahaja. “Sudahlah, malas aku nak layan korang. Oklah, aku tidur dulu. Selamat malam.” Zana laju menuju ke tilam. Mata hatinya mendengar-dengar yang katilnya memanggilnya. Baru seketika Zana berbaring, sudah terlelap matanya dibuai mimpi. Suhailah dan Nur hanya menggeleng. Jauh dari sudut hati, mereka berharap agar suatu hari nanti Syafiq itu benar-benar menjadi milik Zana.

 ******************** 

DALAM keadaan hati Syafiq ceria bersama Zana, tiba-tiba dia merasakan bahawa dunianya seperti kosong. Hatinya menjadi tidak tenang. Syafiq cuba menghilangkan kegelisahannya dengan online dengan facebook. Biasalah, trend zaman kini. Mana boleh lekang dengan 
facebook. Selepas Syafiq log in ‘account’nya, dia mendapat mesej daripada Nur.

 Assalamualaikum.. Apa khabar? Moga sihat-sihat selalu. Saya lihat awak dengan Zana tu macam sudah rapat semacam aje. Kami rasa awak ni sesuai sahaja dengan Zana. Jadi saya harap awak janganlah hampakan Zana. Kerana kami telah Nampak cahaya kebahagian dimatanya.

 Masya-Allah, Syafiq meraup wajahnya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa hidupnya juga seperti telah terisi dengan kehadiran Zana dalam hidupnya. Walaupun mereka tidak berceloteh akan perkara yang mungkar, tetapi lama-kelamaan perasaan itu pasti akan datang, kerana bukannya senang untuk mengawal perasaan cinta ini. Setelah merasakan sedikit ketenangan, Syafiq membuka pula Youtube untuk mencari sedikit ilmu melaluinya. Syafiq begitu meminati ceramah yang disampaikan oleh Dr Muhammad Asri Zainal Abidin yang lebih dikenali sebagai Dr. Maza. Terlalu banyak koleksi ceramah beliau, akhirnya Syafiq terjumpa akan tajuk yang cukup popular bagi remaja masa kini. Tajuknya ‘Cinta’. Tajuk yang ringkas, tetapi cukup bermakna dan panjang huraiannya. 

 “Jika kita lihat remaja masa kini, bercinta ini seperti sudah sebati dalam jiwa mereka. Mereka akan dikatakan sebagai kekampungan sekiranya tidak bercinta. Ketahuilah sesungguhnya dengan bercinta, kita tidak akan dapat lari daripada zina. Ya Allah, takutnya jika diri kita ini terjerumus di lembah itu. Allah sudah kata di dalam Al-Quran, janganlah kamu dekati zina. Jika dekatpun sudah tidak boleh, inikan pula nak berzina. Lagi-lagilah tidak boleh. Biarlah kita ini menjadi orang yang lain daripada orang lain. Jika orang lain sibuk mencari cinta, biarlah kita sibuk mencari redha Allah. Bukanlah mudah remaja masa kini hendak menetapkan iman dalam diri. Tetapi tidak mustahil. Nabi itu sungguh suka akan lelaki yang muda-mudi ini melakukan kebaikan atau ketaatan kepada Allah. Sesungguhnya lelaki yang baik itu bukanlah menimbulkan fitnah bagi wanita, sebaliknya lelaki inilah yang akan memelihara wanita. Bagaimana lelaki ini boleh menimbulkan fitnah kepada wanita? Antara fitnah yang ditimbulkan oleh lelaki kepada wanita ialah lelaki itu sibuk bertemankan dengan wanita itu, sehinggakan orang lain dapat tahu akan keakraban mereka sehinggakan mereka yang mendengar ini, menghebahkan cerita itu. Itulah yang dinamakan fitnah yang dibawa oleh lelaki kepada wanita.” panjang lebar madah Dr. Maza dalam ceramahnya. 

 Syafiq tertunduk. Dia merasakan bahawa dirinya telah melakukan kesalahan yang cukup besar kepada wanita. Bagaimana sahabat Zana mendapat tahu akan keakraban mereka, tidak mustahil sahabat Zana itu akan menimbulkan cerita ini. Maka fitnah itu pasti akan melebar luas. ‘Astaghfirullahal ‘azim. Apa yang telah aku lakukan ini. Sesungguhnya perbuatan kami ini walaupun hanya sekadar bermesej ringan-ringan sahaja, ianya dapat melalaikan hati aku. Lama-kelamaan perasaan rindu aku telah menjalar dalam diri ini. Begitu juga dengan fitnah itu, takutnya aku jika ianya menular. Aku tidak mahu disebabkan diri aku ini, Zana menerima fitnah.’ Monolog hati Syafiq. Tanpa disedari, air matanya berlinang. Tidak dia sangka sebenarnya yang membuatkan dirinya tidak tenang adalah kerana perkara yang remeh-temeh ini. Aku sekali-kali tidak akan menimbulkan fitnah kepada wanita. Aku akan jadi lebih baik kali ini. Janji Syafiq pada dirinya.

 *************************

 “ASSALAMUALAIKUM. Boleh tak kalau saya mohon satu permintaan daripada awak?” tanya Syafiq secara berhemah kepada Zana. 
 “Wa’alaikumussalam. Apa dia Syafiq,” terketar-ketar kepala lutut Zana, menunggu apakan permohonan yang ingin diminta oleh Syafiq. 
 “Begini, boleh tak awak padam gambar yang kita ambil bersama-sama di dewan besar dulu? Lagi satu, kalau boleh saya nak kurangkan bermesej dengan awak. Harap awak boleh lakukan permintaan saya ini,” tertunduk Syafiq menjelaskan perkara itu. 
 Zana hanya tertegun setaga. Dia tidak menyangka bahawa Syafiq akan memohon permintaan seperti itu. Matanya merenung wajah Syafiq, nampaknya lebih tenang pada kali ini. Cahaya keimanan telahpun meresap dalam dirinya. 
 “Baiklah jika itu yang awak minta. Saya akur,”
 “Maafkan saya.” 

 ******************** 

DI kelas Zana melihat Syafiq hanya mendiamkan diri, kurang bercakap seperti selalu. Keadaannya juga seperti Syafiq sedang cuba menjauhkan diri daripadanya. Zana berasa sungguh terkilan. 
‘Sudahlah tidak mahu bermesej, nak bertegurpun susah. Apalah nasib.’
 Zana bermonolog dalam dirinya.
 Habis sahaja kelas, Zana terus pulang ke bilik. Dia sungguh berasa hati akan Syafiq. Wajahnya tidak ceria seperti selalu. Suhailah dan Nur hanya memerhatikan gelagat Zana. Pelik juga mereka., kebiasaannya kalau balik sahaja daripada kelas, Zana akan bercerita macam-macam kepada mereka. Mesti ada apa-apa yang berlaku. Mereka cuba mencari jalan penyelesaiannya, dan mereka cuba mengenalpasti apakah punca kemuraman Zana. 

 ***********************

 “ASSALAMUALAIKUM. Saya nak tanya awak sikit boleh?” Nur memulakan perbualan berbentuk chat daripada facebook kepada Syafiq. 
 “Wa’alaikumussalam. Boleh. Awak nak tanya apa?” tanya Syafiq pula. 
 “Macam ni. Awakkan sahabat baik Zana. Jadi saya rasa mesti awak tau sebab apa Zana jadi muram hari ini. Awak perasaan tak?”
 “Ya, saya perasaan. Dan saya tahu apa sebabnya.” 
 “Hahh, apa dia? Ceritakanlah kepada saya.” Nur berasa tidak sabar untuk mengetahui keadaan sebenar. 
 “Saya rasa Zana jadi muram mungkin ada kena-mengena dengan diri saya.” 
 “Oh, apa yang awak buat pada dia?” “Macam ni. Saya ada cakap pada Zana untuk padam gambar yang kami ambil bersama-sama ketika di dewan besar semasa dinner dahulu. Kemudian, saya beritahu lagi kepada dia bahawa saya nak kami kurangkan bermesej. Saya takut diri saya ini terjerumus ke lembah kebinasaan.” 
 “Larh, kenapa ke lembah kebinasaan pula? Korang bukannya ada buat apa-apa pun. Saya tengok awak mesej sahaja dengan Zana. Tak ada pula awak buat perkara yang terlarang kepada dia.” 
 “Betul kata awak itu. Tetapi awak kena faham bahawa pokok tidak akan bergoyang kalau tidak ada angin. Begitu juga dengan hati manusia, hati ini tidak akan terusik jika tiada yang mengetuknya. Saya risau jika kami terlalu asyik berhubung, timbul lagi perasaan lain dalam diri ini. Harap awak terima apa yang saya katakan ini,” terang Syafiq. 
 Nur terdiam seketika untuk mencari idea.
 “Awak kena tahu bahawa ini bukanlah jalan yang terbaik. Saya faham bahawa awak ingin menjaga iman awak, tapi bukan dengan cara awak menjauhkan diri daripada Zana. Sepatutnya walaupun tetap kena berkawan seperti biasa dengannya,” 
 “In shaa Allah, saya akan cuba fikirkannya nanti.” 
 “Saya sangat-sangat berharap yang awak dapat menyelesaikan masalah awak dengannya. Saya lihat Zana terlalu muram hari ini. Sebelum ini tidak pernahpun dia berperangai seperti ini. Saya yakin yang Zana sedang marah dan merajuk kepada awak. Buatlah yang terbaik ya.” mohon Nur kepada Syafiq. 
 Kali ini Syafiq pula terdiam. Sungguh benar apa yang dikatakan oleh Nur. Dia faham mungkin Zana sedang bersedih kerana dirinya. Lama Syafiq berfikir. Syafiq mengambil keputusan untuk memantau facebook Zana. Alangkah terkejutnya Syafiq apabila melihat Zana telah unfriend dirinya.
 ‘Aduh, aku rasa Zana memang betul-betul marah kepada aku.’ 
Kata Syafiq kepada dirinya sendiri. 
 Syafiq mengambil langkah dengan menghantar mesej melalui facebook kepada Zana. 

“Assalamualaikum. Harap sihat sahaja dan moga rahmat dan hidayah Allah sentiasa bersama dengan awak. Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada awak sekiranya sepanjang saya bersahabat dengan awak, saya ada melakukan salah dan silap. Demi Allah, saya tidak akan melupakan persahabatan yang suci ini. Tetapi awak yang telah mengambil jalan ini, memuramkan diri sendiri. Masya-Allah, walauapapun saya sungguh rasa bersalah pada diri saya sendiri. Tetapi saya tidak salahkan awak kerana saya yang memulakan dulu. Saya harap ada hikmahnya awak unfriend diri saya, kerana saya sentiasa bersangka baik dengan Allah.”

 Lama Syafiq memandang laptopnya, berharap agar Zana membalas mesejnya. Tetapi tidak kunjung tiba. Syafiq tidak boleh menipu dirinya bahawa dia tidak dapat melupakan Zana. Dalam keadaan Syafiq ralit melayan dirinya, satu mesej telah masuk di dalam ‘inbox’nya. Ianya mesej daripada Zana.

 “Saya tidak tahu hendak memulakan daripada mana, kerana hati perempuan ini tidak sama dengan hati lelaki. Saya ada alas an yang kukuh bagi tindakan saya ini, walaupun ianya Nampak seperti tidak rasional. Saya tahu selagi profile saya terus ada dalam account awak, saya tahu awak tak akan tenteram. Saya tidak mahu perkara ini berlaku memandangkan awak seperti sudah tidak selesa dengan saya. Saya rasa sudah cukup sampai di sini saya mengganggu hidup awak.” 

 Untuk pertama kalinya, Syafiq akur dengan air matanya yang mahu membanjiri wajahnya. Inilah pertama kali dia menangis disebabkan kerana wanita. Tangannya ligat menaip mesej.

 “Demi Allah, ini bukanlah cara yang terbaik. Janganlah disebabkan saya jadi macam ini, awak nak buang saya daripada hidup awak. Saya bukanlah nak berjauh sebenarnya, cuma perasaan malu ini mula menguasai diri. Bukanlah niat saya untuk berjauhan dengan awak. Saya rasa tindakan awak unfriend saya itu bukanlah jalan yang terbaik. Ianya tidak menyelesaikan masalah. Sekali lagi saya nak minta maaf jika tindakan saya ini menyebabkan awak muram, awak nak berjauh daripada saya. Saya masih seperti dahulu, Cuma saya yang takut untuk memulakan dulu. Kita berkawan balik ya?” 

 Daripada kejauhan, Zana juga sudah lencun dek air mata. Dia faham akan tindakannya yang terlalu melulu.

 “Maafkan saya jika tindakan saya terlalu mengikut perasaan. Demi Allah, say juga tidak mahu perkara ini berlaku. Baiklah, kita berkawan balik seperti dulu. Siapa nak add siapa dulu ni?” “Ok. Alhamdulillah. Awak add saya dulu la.” 
 “Yela, yela.” 
 Syafiq kembali tersenyum. 
Segala bebannya telah hilang dibawa arus. Di kejauhan juga Zana kembali tersenyum dan ceria. Nur dan Suhailah juga bahagia melihatnya. Tanpa menunggu masa panjang, Nur menghantar pesanan ringkas kepada Syafiq. 

“Alhamdulillah, saya lihat Zana sudah kembali senyum dan ceria semula. Moga awak tetap terus bermujahadah menjaga iman awak. Saya yakin awak mampu melakukan semuanya.” 

 “In shaa Allah, saya juga berharap begitu. Amin,” kata Syafiq sambil dalam dirinya penuh dengan rasa kesyukuran kepada Allah. Tanpa menunggu lama, Syafiq terus menadahkan tangannya untuk berdoa kepada Allah. 

 Ya Allah, antara iman dan nafsu, aq memilih untuk memilih iman. Sekiranya telah ditetapkan hati kami untuk terus bersama, maka Kau satukanlah hati kami. Dan jika dia bukan untukku, Kau gantikanlah dengan yang lebih baik. DemiMu Ya Allah, aku tidak mahu diriku ini hanyut dibuai mimpi palsu.” 

penuh khusyuk dan tawadduk Syafiq berdoa kepada Allah. Dalam dirinya, dia berjanji akan menjaga imannya sebaik mungkin. Biarlah perasaan sayang dan rindu ini hanya diluahkan untuk isteri yang tercinta, yang sudah sah dengannya. Syafiq juga berjanji akan memimpin isterinya kelak ke syurga bersamanya. In shaa Allah. 


TAMAT

#to be continue ^^





p/s : tunggu sambungan cerita akan datang . tq ^_^










No comments: