Friday, June 28, 2013

Perkara Mesti dielak untuk Kulit Berminyak dan Berjerawat

ASSALAMUALAIKUM and Hye 

aku nak share sikit dengan korang. Masalah nie sebenarnya jadi kat aku. Tapi aku still nak cerita kat sini. Sebab aku tau mesti ada jugak yang senasib dengan aku kan. Hakhak =D


Bagi kulit berminyak dan berjerawat , perkara yang perlu di elakkan adalah : 

1. Kerap mencuci muka
    
No no no ! Jangan ingat bila kerap cuci muka, jerawat tu akan cepat kecut dan kulit muka tidak berminyak. Oh tidak, okey. Dengan sikap macam nie akan membuat kan kulit lebih berminyak dan berjerawat. Jadi stop buat macam tu ye. Pastikan cuci muka hanya dua kali sehari. Dua kali dah cukup . Time bangun pagi dan sebelum tido. Dan make sure guna pencuci muka dan cleanser yang sesuai dengan kulit masing-masing. 

2. Skrub muka

Apa fungsi skrub pada muka? ok , skrub nie sebenarnya untuk membuang sel-sel kulit mati pada muka kita agar kelihatan lebih halus dan mulus ye. Tapi tapi tapi ! skrub nie tak macam pencuci muka oke. Tak boleh guna setiap hari. Memadai guna 1-3 kali sahaja dalam seminggu. Pastikan skrub tu tak terlalu kasar sebab takut-takut nanti kulit muka jadi terlalu kering dan makin terukkk. 


3. Memicit Jerawat

Haaa , nie mesti dah jadi tabiatt setiap orang kan. Bila muka tumbuh sebijikkk jerawat aja , mesti tangan tu gatal-gatal nak picit kan. Tak pun nak belai2 manja dekat jerawat kannn. *konon laa* 
Picit guna jeawat memang tak elok sebab kuku kita nie banyak bakteria2 yang kita tak nampak. Jadi sebaiknyaaa pergi laaa ke kedai buat rawatan facial muka. Diorang ada alat dan cara tersendiri nak picit jerawat tu. Jangan malu jangan segan ok. 

4. Syampoo meleleh ke muka

Masa mandi tuh , pastikan syampoo tu tak terkena dekat bahagian muka. Sebab syampoo nie ada bahan pelembab untuk rambut dan tak elok untuk kulit muka . Lagi-lagi kulit muka yang sensitif . 

5. Makanan berminyak

Bila muka berminyak dan sensitif , elak kan atau kurang kan ambil makanan yang bergorang/berminyak . Sebabnyaaa ia ada bahan yang membuatkan jerawat lambat sembuh dan semakin berminyak justeru berpotensi meninggalkan kesan pigmentasi . hurmm , berat tuhh .

6. Minum air mineral secukupnya

air meneral memang tak boleh lari dalam menjaga kesihatan kita . Tak kira lahh kesihatan badan ke , kesihatan kulit ke . yang pastinyaaa air mineral nie sangat penting bagi menyah toksik dari badan dengan cara membuang air kecil atau pun peluh. Jadi make sure ambil sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari. 




insyaAllah kalau dijaga dengan betul , semua akan kembali normal . Yakin denganNya okey. Lagi satu , kerap amek wuduk, lagi berkesan dengan izinNya, =D




No comments: