Assalamualaikum .
Kecewa sungguh hati ini apabila aku di hina dan di kutuk. Hanya kerana aku tak mahu ikut kata-kata dia , dia mengherdik aku. Cara dia seperti memandang rendah padaku. Aku sedar siapa diri aku. Aku bukanlah perempuan yang baik. Aku tak punya ilmu agama yang tinggi. Tidak ku minta untuk dipandang baik , mahu pun di puji bagai dalam keadaan aku sekarang.
Aku masih dalam proses nak berubah. Jadi , bimbinglah aku. Berilah aku semangat. Berikanlah aku keyakinan untuk mencari jalan yang kukuh. Bukan dengan mencaci aku sebegitu. Aku masih dalam proses nak berubah. Masih dalam proses. Cubalah fahami aku wahai insan yang ku sayang.
Tidak semestinya setiap kata-kata ku menunjukkan kebaikan ku. Tak semestinya kata-kata baik ku menunjukkan aku nie seorang yang perfect dan layak di pandang tinggi. Tidak !
No comments:
Post a Comment