Saturday, June 29, 2013

Semester II di UniMAP

Assalamualaikum dan Salam Sedunia. 

Disebabkan dah habis Semester II aku di UniMAP, dan mengisi masa keboringan aku malam nieh , aku nak tunjukkan sikit laaa suasana aku sepanjang kehidupan aku di semester II. Semester II je tauu. hihihe :)

ok , sebelum tu , aku nak gtau , sepanjang semester I dan II , kami duduk di kolej kediaman Wang Ulu, Perlis yo. Hurmm , dengar macam ulu gilaa kan . Haha , abaikan .


Haa , niee diaa besday gurl . Yang paling banyak tepung tu dia lar tuhh. Memang dah jadi tradisi sambut besday dekat U. Dapat hadiah telur busuk dengan tepung. Nak lagi best , dapat air campuran bla bla bla. hehehe. Jangan harap nak dapat sweet2 . Kalau nak sweet , dapat dalam mimipi jelaa yerk . hakhak. 


Yang nie pulak kawasan nak bersantai ke hapo ka..Ada papan jongkang jongket kat sebelah tuh. Dan masih selamat kalau nak main . Tapi maaf lar ye , buaian tu tak tahan lama. habis sit dia patah . Eh , bukan aku yg buat k. Yang aku panjat tu memang dah patah da pung. Orang ckp dah alang2 rosak tu , rosakkan lagi. hiks!


Teddiaa , nie laa bilik kuliah yang paling besaww dekat Dewan Kuliah Pauh a.k.a DK . DK1 nie paling femes untuk student2 yang xda kelas rehat dekat sini. Sebab time nie DK1 jarang ada kelas guna. Kesejukan kat sini pun mmg perghhh siookk kot. Boleh tido teros. 


Gambar atas yang huduh dan yang nie kami amek time sebelum masuk kelas math. Haa , kelas math kami satu2 nya buat kelas kat DK tu time tu, *mybe laa* . Bilangan dak kelas aku tak da la ramai pun. Suku jaa penuh dalam DK nie. Haa , depa nie best fren aku laa. Kami berlima kawan sejati. #eh . haha. 


ok, jadi perak sat time nie . Biasa lar kaan , budak tahun satu kan. Tak biasa lagi dengan benda2 cam nie. Haa , nak bagitau nie , kat UniMAP , transport memang disediakan . Banyak bas depa sediakan . Bas nak ke Kg Wai lahh , Wang Ulu lah , Kangar lah, Taman Semarak laah , pokoknya semua bas ke ktempat kediaman disediakan . Btw , bila ramai student time nak balik tu , paham2 jelaaa. Kena pandai berebut ok. Kalau buat "Looiiiyy" ja , memang tak balik lahh korang . Eh , bukan xbalik,cuma lamabat sikit laa sementara  nk tunggu bas lain. Tapi kalau time bas banyak , rilex sudeyyyh , boleh pilih lagi bas mana yang nak naik. hiks =p


WUuu...*ombak ombak*. haha. Yang nie bas paling best . Bas Bintong kitorang paggil. Memang bapak sedap laa kalau berjaya berebut naik bas nie kan. Mau tak laa 35 minit jugak laa nak sampay kolej kediaman nuhh. Haha , dapat bas nie , tido melelehh air liur pun tak sedar tau . *over pulakkk*


Hok nie bila last kelas dengan Miss Munirah . Lecturer Math Eng II . Bapak best weyhh dia ngajaq. Sporting gila. Memang terbaekk laa belajar dgn dia. Tak rugi. Cantik pun cantik meyhh. 

Sesaja bergedik bergambar time nie. Biasa laaa , kelas last cancel. So , nak buat pa lagi. hehehe. 


Nak cakap semua budak Biomed ada time nie tak jugak la.. Sebab ada yang segan2 nak join , yang dah balik pun ada . Excited nak balik awal lar katakann. Eh , apesal macam aku pulak yang lecturer nyewww. *kesiann pulak dkt miss, hehe**


Malam sebelum study week , kami berpakat satu kelas nak makan sesama. So kami plan makan steamboat dekat area kangar. **Kangar je??*. Haishh , kangar jelaa, sep masa sikit , nak study utk final nuhh , hakhak .*bajet rajenn giler*. Ok tapi tak semua p pun , majoriti geng chinese laa tak join. Sebab diorang ada hal apa tah . 

ok , that all. Banyak lagi sebenarnyaa nak cita. Tapi dh xlarat daa... huhu. Nanti aku buat entry baru ok. 

opss ! terkeluar gambar nie pulakk. Sorry sorry :)












Friday, June 28, 2013

Perkara Mesti dielak untuk Kulit Berminyak dan Berjerawat

ASSALAMUALAIKUM and Hye 

aku nak share sikit dengan korang. Masalah nie sebenarnya jadi kat aku. Tapi aku still nak cerita kat sini. Sebab aku tau mesti ada jugak yang senasib dengan aku kan. Hakhak =D


Bagi kulit berminyak dan berjerawat , perkara yang perlu di elakkan adalah : 

1. Kerap mencuci muka
    
No no no ! Jangan ingat bila kerap cuci muka, jerawat tu akan cepat kecut dan kulit muka tidak berminyak. Oh tidak, okey. Dengan sikap macam nie akan membuat kan kulit lebih berminyak dan berjerawat. Jadi stop buat macam tu ye. Pastikan cuci muka hanya dua kali sehari. Dua kali dah cukup . Time bangun pagi dan sebelum tido. Dan make sure guna pencuci muka dan cleanser yang sesuai dengan kulit masing-masing. 

2. Skrub muka

Apa fungsi skrub pada muka? ok , skrub nie sebenarnya untuk membuang sel-sel kulit mati pada muka kita agar kelihatan lebih halus dan mulus ye. Tapi tapi tapi ! skrub nie tak macam pencuci muka oke. Tak boleh guna setiap hari. Memadai guna 1-3 kali sahaja dalam seminggu. Pastikan skrub tu tak terlalu kasar sebab takut-takut nanti kulit muka jadi terlalu kering dan makin terukkk. 


3. Memicit Jerawat

Haaa , nie mesti dah jadi tabiatt setiap orang kan. Bila muka tumbuh sebijikkk jerawat aja , mesti tangan tu gatal-gatal nak picit kan. Tak pun nak belai2 manja dekat jerawat kannn. *konon laa* 
Picit guna jeawat memang tak elok sebab kuku kita nie banyak bakteria2 yang kita tak nampak. Jadi sebaiknyaaa pergi laaa ke kedai buat rawatan facial muka. Diorang ada alat dan cara tersendiri nak picit jerawat tu. Jangan malu jangan segan ok. 

4. Syampoo meleleh ke muka

Masa mandi tuh , pastikan syampoo tu tak terkena dekat bahagian muka. Sebab syampoo nie ada bahan pelembab untuk rambut dan tak elok untuk kulit muka . Lagi-lagi kulit muka yang sensitif . 

5. Makanan berminyak

Bila muka berminyak dan sensitif , elak kan atau kurang kan ambil makanan yang bergorang/berminyak . Sebabnyaaa ia ada bahan yang membuatkan jerawat lambat sembuh dan semakin berminyak justeru berpotensi meninggalkan kesan pigmentasi . hurmm , berat tuhh .

6. Minum air mineral secukupnya

air meneral memang tak boleh lari dalam menjaga kesihatan kita . Tak kira lahh kesihatan badan ke , kesihatan kulit ke . yang pastinyaaa air mineral nie sangat penting bagi menyah toksik dari badan dengan cara membuang air kecil atau pun peluh. Jadi make sure ambil sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari. 




insyaAllah kalau dijaga dengan betul , semua akan kembali normal . Yakin denganNya okey. Lagi satu , kerap amek wuduk, lagi berkesan dengan izinNya, =D




Thursday, June 27, 2013

Reunion 5 Bestari Cemerlang '10

Assalamualaikum . 

Kisah lepas dah nie. tapi baru nak post. hiks. 

13. Februari . 2013 berlakulah reunion antara aku dan member2 skolah lama . Last2 jadik jugak reunion kami . Selama nie rancang punya rancang , tak pernah nak menjadi. Sebabnyaa tak da transport lah, tak cuti lah, macam-macam. Yang tak boleh belahhh bila ada yang cakap malu. Erk , kawan2 sekolah pun nak malu? Amboihh , aku nie tak malu lar yerk. Ha ha ha . Sebab aku sekolah dekat situ setahun je pung. Time Form 5. Hahh. 

Tapi reunion nie lebih kepada perjumpaan wanita-wanita aje lahh kot? hiks. Sebab time makan, semua gugurls jaa...



then , time main bowling, tetiba sekumpulan bebudak laki mai. hakhak. Tidak kujangka sebegitu ramai reunion kitorang. Tak Bajet langsung. Tapi alhamdulillah. Sebab dapat jumpa ramai-ramai cenggini. hekhek.






Semua orang main. Aku dengan Amalina a.k.a Malin ja yang tak main . Hakhak. 
Teringin nak main , tapi malu laa.. Kang masuk longkang? hehehe. malu edenn~ 


edit by Anody




Fahamilah Aku Untuk Berubah.

Assalamualaikum . 



Kecewa sungguh hati ini apabila aku di hina dan di kutuk. Hanya kerana aku tak mahu ikut kata-kata dia , dia mengherdik aku. Cara dia seperti memandang rendah padaku. Aku sedar siapa diri aku. Aku bukanlah perempuan yang baik. Aku tak punya ilmu agama yang tinggi. Tidak ku minta untuk dipandang baik , mahu pun di puji bagai dalam keadaan aku sekarang. 

Aku masih dalam proses nak berubah. Jadi , bimbinglah aku. Berilah aku semangat. Berikanlah aku keyakinan untuk mencari jalan yang kukuh. Bukan dengan mencaci aku sebegitu. Aku masih dalam proses nak berubah. Masih dalam proses. Cubalah fahami aku wahai insan yang ku sayang. 


Tidak semestinya setiap kata-kata ku menunjukkan kebaikan ku. Tak semestinya kata-kata baik ku menunjukkan aku nie seorang yang perfect dan layak di pandang tinggi. Tidak ! 




Wednesday, June 26, 2013

Oh , 'Rio' Ku Accident !

Assalamualaikum ! hyep .

Aku just nak cerita pasal Rio aku . Oh yeahh , Rio aku lar sangat kan . Tak da maknanyaa  aku just minat gitu2 jaa. Muka dia iras iras macam pelakon jiran sebelah negara kita nu haa . Rionaldo Stokhorst. Cuba bayangkan kejap . plis plis. ****hmm , hensem kan??




ok , hari tu , kalau tak silap aku, hujung bulan April .
Malam tu macam biasa , sebelum tido , aku akan online dulu. Usya-usya news feed kat facebook macam biasa. Tapi malam tu tak tahu laaa apa sebab tetiba aku tak boleh lelap. Dan malam tu jugak , aku tetiba rasa nak jenguk dekat group PPK nie . PPK apa tak boleh bg tau kat sini . Bahaya . Sebab aku ada dalam group tu secara diam diam . hikhiks.

Usya dan usya , tetiba aku terbaca satu status nie , buat jantung aku lemah . Diorang xcdent motor dan pengsan. Bleeding.  Aku terpaku . Terkejut . Dan macam-macam ter lagi aku rasa. Time tu aku tak tau nak percaya ke tak . Sebab geng2 PPK nie gila2 sikit . Kang diorang saja nak sakat pulak . Tapi hati aku 8/10 percaya time tuh.

Last2, atas info info yang aku cari , memang betol. Risau nyaa aku , sebab sampai pengsan segala . Aku terus usya dan usya group PPK tu , nak tengok perkembangan depa. Rupa2 nya depa kena tahan kat wad. Kawan2 dia tunggu sampai sedar.



Dah kenapa aku risau lebih? Entah laa, aku pun tak paham knp. Padahal dia bukan sapa pun. Bukan kami saling kenal pun . Cuma aku jaa yang kenal dia dari jauh. Dari awal semester satu lagi. Usya diam diam  ja pung . Huhu. Sorry awak.

Pagi tu , Alhamdulillah dia dengan member dia boleh dah keluar wad. Lega nyaa aku time tu . Nasib tak da benda lain jadi . Hurmm , pagi tu , 1 Mei 2013 , aku hantar something dekat dia melalui wechat. Aku harap kata-kata tu memberi dia semangat semula. HUhu



alhamdulillah , dia bagi respon . Suka tau  >__<





Nina Mai Dahh Lepas Habis Semester Dua !

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Helooo ! hye hye  ! Assalamualaikum ! 

Wee! Nina dah mai ! Nina dah mai nie. hehehe. Mak aiyy , dah berbulan aku tak sentuh blog nie . MasyaAllah , ampun ya ampun yaa. Biasa laaa , masuk sem 2 hari tu memang teramat sangatlahhhh sibuk dan sibuk . Hurmmm , macam2 kena buat . Kalut dengan esemen laah , tutorial laahh , kuiz lahh , dan yang paling sibuk bila kena buat mini projek untuk subjek digital . Dan lagi satu sebab aku tak jenguk blog nie adalaaahhhhhh... jeng jeng jeng . sebab malas nak on lappy ! hah ! nampak tak nampak tak? Haishh , pemalas sungguh aku nie kannn. Nak update melalui smartphone tu memang tak lahhh. sebab phone aku tak canggih mna pun. lagi2 screen kecik. Ouhh , memang lagi malas laaa aku nak skodeng screen tu lelamaaa kaann . 



ok , entry nie aku cuma nak pokpek je , kalo rasa nak baca , teruskan laaa baca, hikhiks. Tapi kalau rasa sakit kepala , berdenyut dengut kepala korang , baikk stop skrg . sebab aku akan terus membebel dan membebel kat sini . hihi. 

Sebenarnya kaaannn kan kan . Aku ada banyak gilaaa benda nak cerita kat sini tau dak . ehh , memang hampa xtau pun . Haaa, cakap pasal 'tau dak' nie kan, ada kawan aku sorang nie , selalu marah aku sbb selalu guna perkataan nie sebelum cerita atau bagitau something. "Hang tau dak?" or "Hang nak tau dak?" . hakhak . hurmm , nak wat guane , dah memang terbiasa . So start hari member aku tu teguq , terus aku try tak guna dah ayat teww~ hehe . 

Btw , hari nie adalah hari ke-5 aku berhoneymOOOOon dekat rumah ku yang tercinta nie haa. Habis ja final untuk semester 2 hari tu , lepas relax2 kat wang ulu, Perlis tu , terus aku balik . Habis semua barang2 aku angkut bawak balik . Sebabnyaaa , U kami halau kami dengan barang2 kami semua. Sbosob . Kesian kan . Hahahaah . *padahal mmg system semua U mcm tu kann*




Sepanjang hampir 3 bulan cuti nie , mula2 ingat nak keja . Tapi bila difikirkan semula . Aku tak jadi nak keja. So , Nampak gayanya duduk rumah teman mak aku jaa.. Tolong tengok apa yang patot. Ehhh ehh?

ok , tu saja , tak larat nak bebel kosong panjang2 . hehe. 
Wassalam. =]