Saturday, November 24, 2012

HatiKu Kosong



Assalamualaikum . . 

setelah sekian lama tak update , akhirnya malam nie aku cari juga blog kesayanganku ini . . status aku sekarang yang bergelar mahasiswi di UniMaP membuatkan kehidupan seharianku sedikit sibuk . . . 

walau bagaimanapun, kehidupanku sekarang bagaikan kosong . . kosong bagaikan tidak ada apa-apa yang wujud dalam diri ini .
sesekali ku fikir , mungkin adalah kerana kehidupan seharianku lebih kepada duniawi . setiap detik , aku hanya melakukan perkara-perkara dunia bagaikan dunia akhirat tak akan wujud . astaghfirullah . apa yang sedang aku lakukan ini . 

solat 5 waktu , alhamdulillah . aku masih lagi melakukan perkara fardu itu . tapi , kualiti dan keberkatan solat ku itu , adakah diterima olehNya ? aku juga manusia yang sering alpa dan kadang-kala lalai  dengan kehidupan duniawi . kadang-kadang awal waktu , kadang-kadang akhir waktu aku solat . masyaAllah , ampun kan ku . adakah ini salah satu nya  kenapa aku rasakan kekosongan itu ? 

semenjak aku ke u , aku jarang sangat mendapat ceramah-ceramah agama . bagaimana aku nak tingkat kan iman ku jikalau dalam satu hari , aku asyik berfoya-foya dengan hiburan seperti nyanyian , berfacebook , menonton cerita ? sekeliling ku juga kebanyakkannya bersosial . ya , aku tak nafikan aku juga sedikit bersosial , tapi aku juga mahukan santapan rohani . aku juga mahukan kawan yang boleh mengajak aku melakukan perkara-perkara baik .

sedih rasanya bila keadaan seperti ini . rasa seperti manusia yang tak tahu apa . setiap kali aku terpandang kumpulan-kumpulan yang baik2 , aku rasa seronok sangat . aku seperti ingin lebih rapat dengan mereka supaya mereka boleh tarik aku mendekatkan diri denganNya . mungkin juga aku boleh berubah penampilan selepas itu . tapi buat masa sekarang , tak sesuai bagi ku untuk semua itu kerana sikap aku sekarang  yang kadang-kadang sering over . aku bukan jenis perempuan yang begitu sopan , percakapan ku juga tak seindah kata-kata muslimah lain . penampilan ku juga berubah-berubah . pokonya , pendirian ku tidak tetap .   
insyaAllah , suatu hari nanti , selepas aku cuba perbaiki diri , aku akan berubah sedikit demi sedikit . banyak lagi benda yang aku perlu lakukan untuk perbaiki . take time . doakan aku untuk perubahan ku ini . ameenn .












No comments: