Monday, November 26, 2012

Adab Berpakaian




Bismillahhirrahmanirrahim . . 

Di sini terdapat Adab Berpakaian Ketika Di Luar Rumah khas untuk muslimah . 
Walaupun pakaian aku tidak cukup baik , namun aku masih ada kemahuan untuk memperbaiki nya . . 
jom sama-sama kita berubah sikit-sikit ^_^

1. Pakaian itu mestilah menutup aurat sebagaimana dikehendaki syariat. 

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga kelihatan bayang-bayang tubuh badan dari luar.
 
3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit tetapi longgar dan selesa dipakai. Ia mestilah menutup bahagian- 
bahagian bentuk badan yang menggiurkan nafsu lelaki. 

4. Pakaian itu tidak bertasyabbuh - menyerupai pakaian lelaki iaitu tidak serupa dengan pakaian untuk 
orang lelaki. 

5. Warna pakain itu suram atau gelap seperti kelabu, hitam atau perang. 

6. Pakaian tidak dikenakan dengan bau-bauan yang harum. 

7. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian wanita kafir. 

8. Pakaian itu dipakai bukan untuk bermegah-megah tetapi semata-mata kerana Allah swt. 

9. Mula pakai pakaian sebelah kanan dahulu dari atas (kepala), jika pakai sarung juga hendaklah diapaki 
dari kepala. 

10. Pakai seluar sambil duduk (sunnah) dan masuk kaki kanan dahulu.