Tetiba rasa macam nak google pasal benda ni. Lepas baca, terfikir dan terus berfikir........macam2 yang terlintas.
Lelaki A : aku tak paham perempuan nie, suka sangat bila tanya sayang dia tak ? bila nak kawin dengan dia ? bila nak masuk meminang ?
Lelaki B : aahh kadang stess juga, balik balik soalan yang sama, dyeorang tak tahu kita sedang usaha nak cari duit dan baiki diri dulu, aku tak nak kawin nanti , aku buat hidup orang yang aku sayang hidup susah, merana.
Leleki C : ahh tengoklah, hantaran nak 10 ribu, malu kalau rendah dari kawan-kawan dia, ishhh pening nak memikir
Acik : hahaha korang nie, apalah mengeluh je, rileks, itulah ujian kita sebagai lelaki dan bakal bapa dan suami, ehhh nak taip entri kat blog ini, meh kongsikan kat acik, bagaimana lelaki yang serious dalam perhubungan untuk mendirikan rumah tangga
1.Sentiasa Membimbing
Kalau dah sayang tu ,pastinya seorarang lelaki itu akan cuba membimbing perempuan tersebut untuk jadikan muslimah yang baik dan bakal ibu yang baik juga , Bimbingan akan di beri sedaya updaya melalui ucapan dan perbuatan . Sebagai contoh berikan kata kata semangat dan dan dari segi perbuatan pula ahh belikan baju yang labuh dan tudung untuk si dia
2. Menasihati Pasangan Dan menjadi Pendengar yang baik
Dalam sebuah perhubungan pastinya kata kata nasihat itu tidak akan lekang di bibir , tujuan utama adalah untuk membaiki mana yang kurang, sama ada dari pihak lelaki dan perempuan. Tentunya bila si dia ada masalah akan sedaya upaya untuk menjadi pendengar yang baik untuk masalah kamu , dan kata kata nasihat untuk kamu.
3.Muhasabah Diri dan Baiki Diri
Sahabat semua mengatakan bahawa bukan senang untuk menjadi seorang suami dan ayah kepada anak-anaknya nanti, jadi baiki dan sentiasa muhasabah diri untuk jadi yang lebih baik, baiki solat, bacaan al quran, dan cuba dekatkan diri pada Allah
4.Tabungan Khas
Kebanyakkan lelaki akan buat tabungan khas untuk duit kawin, kadang sanggup ikat perut dan berlapar untuk pastikan hajatnye tercapai, yelah si gadis mahukan hantar 10K keatas , jadi perlu kerja kuat dan kumpulkan duit . Ishh nak kawin sekarang bukan murah, majlis belah lelaki / Perempuan, duit photographer dan lain lain
5. Akan menjaga kehormatan Pasangan
Lelaki yang mencintai kerana Allah pastinya dia akan menjaga hubungan itu agar tidak bertandaskan nafsu. Tidak melebih-lebih seperti pegang pegang tangan, peluk-peluk dan sebagainya. Dan paling penting mendoakan pasangan lepas solatnya dan sentiasa mendoakan kebaikan untuk pasanganya.
6. Jika benar dia sukakan wanita itu, pastinya tiada wanita yang di pandang
Ramai yang acik kenal , lelaki sebenarnya setia, tapi kadang perasaan ragu terhadap pasangan itu yang menyebab dia saje nak uji perempuan itu bagaimana, Kalau dia dah sayang pada seorang itu pastinya tiada yang lain, dia akan jaga pergaulan dengan mana mana perempuan.
7. Masuk Merisik dan Meminang
Ahhh kalau semua dah cukup pastinya lelaki akan terus berjumpa dengan keluarga kamu untuk memberitahu hajatnya, kalau tidak pon mestilah nak bertunang dulu.
Lelaki yang serious dalam hubungan tiada istilah percubaan , jika benar dia suka pastinya dia akan menyakinkan kamu dan ajak bawa jumpa keluarganya agar dapat berkenal kenalan dahulu
Sumber : http://www.akupenghibur.com/2013/07/ciri-lelaki-serious-untuk-menjadikan.html?m=1
No comments:
Post a Comment