Baca dan terus berfikir. Hmmmm . *Tongkat dagu*
Sumber : http://thematuredme.blogspot.my/2012/03/tentang-cinta-cara-nak-buat-keputusan.html?m=1
Aku baru-baru ni puas memikirkan apa sebenarnya matlamat, panduan yang diberikan oleh Islam tentang soal cinta, dan untuk umur macam aku ni, aku memikirkan tentang kahwin awal. Sebab aku percaya perkahwinan tu ada peranan yang lebih besar untuk agama dan umat ini.
Melakukan perkara yang halal tetapi tidak kena cara, akan mengundang musibah.
Contohnya, kita makan makanan dengan tangan yang tidak dibasuh. Makanan itu masih akan menjadi halal. Tapi masalahnya berpunca daripada 'tangan yang kotor'. Dan isu ini aku akan sentuh dalam bab 'Kahwin Awal.'
Cinta sebelum perkahwinan sedikit sebanyak ada peranannya sendiri dalam mencorakkan manusia dan mematangkan manusia.
Aku bukan nak menghalalkan yang haram. Tidak sama sekali. Ini sekadar pandangan yang aku mulakan dengan bacaan bismillah. Contohnya, doktor memberi suntikan insulin kepada pesakit dengan kadar 25 ml. 25 ml akan memberi manfaat yang sangat baik kepada pesakit. Tetapi 26 ml mengundang bencana. Dan isu ini aku akan sentuh dalam bab 'Cinta Sebelum Kahwin; Mengambil Yang Sekadarnya.
Kahwin Awal
Isu ni aku pernah sentuh sebelum ni, rasanya lebih baik aku sentuh sekali lagi sebab aku kira masih ramai yang memerlukan pencerahan dan sedikit panduan. Dan aku nak sentuh bab ni terutamanya kepada yang beraliran agama atau berfahaman agama yang kuat tak kira la dia belajar pengkhususan dalam bidang agama atau tidak.
Aku tak boleh menafikan yang kebanyakan student beraliran agama mempunyai suatu stigma bahawa,
"Ishh, cinta sebelum kahwin kan berdosa? Mana boleh bercinta sebelum kahwin. So bila aku jatuh cinta, aku kena consider untuk kahwin terus."
So bila aku jatuh cinta, aku kena consider untuk kahwin terus.
Ini soalnya.
Dan bila minda seperti ini muncul(aku tak cakap salah), ianya akan membina suatu cara berfikir dengan terburu-buru.
Ya, berkahwin dengan terburu-buru, atas nama Islam.
Sebab aku pernah ada seorang kenalan yang telah bertunang, umurnya lebih kurang sama dengan aku. Dia mengadu kepada aku,
"Faizin, saya rasa tunang saya tu tak sesuai la untuk saya." Jelas Cik K.
"Kenapa awak rasa macam tu pulak? Bukan okay ke selama ni?" Aku bertanya kembali.
"Bila dah bertunang tu and saya semakin lama kenal dia, saya rasa dia memang tak sesuai untuk saya. Saya mula rasa yang saya taknak orang macam dia yang memimpin keluarga saya nanti."
Aku terdiam.
Dalam umur yang sebegitu muda, dah kena fikir soal calon suami. Belajar pun rasanya dia tak stabil lagi.
Memilih pasangan hidup ialah soal yang besar.
"Kenapa awak bertunang dengan dia in the first place?"
"Saya berjumpa dengan dia semasa kami sama-sama buat persediaan dulu. Sekarang dia sudah belajar di tempat lain. Saya pertama kali keluar dari suasana sekolah agama masa tu, and saya pertama kali jatuh cinta. Dan untuk pertama kali tu, dia pun sukakan saya juga. So, dia berikan saya sebentuk cincin dan ajak saya bertunang. Kedua-dua belah keluarga setuju."
Terangnya jujur.
"Malangnya apabila dia belajar dia tempat lain dan kami melalui tempoh pertunangan bersama-sama, saya mula kenal dia dengan lebih mendalam. Dan dia..dia ada buat sesuatu yang saya kira tak dapat saya maafkan. Saya menangis sebab perkara ni. Saya kecewa dengan dia."
Dalam penjelasan dia di sini, aku dapat detect dua masalah.
Yang pertama, wujudnya stigma jatuh cinta-so-kena kahwin terus.
Yang kedua, dia lepasan sekolah agama so masih belum kenal jenis-jenis lelaki, minda masih belum cukup matang(aku tak cakap tak matang) and mungkin semasa dia buat persediaan tu, dia alami culuture shock. Maklumlah, pertama kali bercinta.
Ini membawa kepada satu konklusi lain iaitu 'membuat keputusan untuk berkahwin secara terburu-buru'.
Aku secara peribadi tak percayakan love in the first sight, sebab kadang-kadang ianya berdasarkan nafsu.
Ada tak orang lelaki yang alami cinta pandang pertama kepada (minta maaf cakap) perempuan yang kulit agak gelap, badan sedikit berisi and muka tidak berapa cantik? Tidak, kan?
Cinta pandang pertama kami ialah untuk perempuan-perempuan yang kulit cerah+ayu+bertudung labuh(untuk cinta versi islamic sikit). But then, sama je kan? Baik aliran Islam atau tidak, lelaki yang cinta pandang pertama ni biasanya hanya untuk perempuan cantik.
Kita, gagal membezakan cinta nafsu dengan cinta sejati. Dan kita selalu guna nama agama untuk capai/halalkan apa yang kita mahukan.
Ni pandangan peribadi aku tentang cara-cara nak pilih calon suami dan isteri. Tak kisah la kamu semua nak kahwin awal ke cepat, saya kira semua perkara ni perlu dipenuhi terlebih dahulu.
1) Aku tak galakkan kahwin kerana cinta semata-mata. Perkahwinan ialah suatu perkara yang lebih besar daripada tu. Kita berkahwin dengan orang yang dapat uruskan rumahtangga kita dengan cara terbaik. Mungkin kita cinta kepada orang tu, tapi rupanya dia dungu dalam menguruskan rumahtangga. Yang tak pandai seni perkahwinan, tak faham apa erti sebenar perkahwinan, pergi main jauh-jauh.
2) Kita berkahwinan bila kita rasa kita 'patut berkahwin', dan saya tak galakkan berkahwin bila kita 'perlu berkahwin.' Apa beza antara keduanya?
Patut kahwin.
"Aku umur baru 19 tahun. Tapi financial aku dah okay, aku pandai cari duit secara pasif dan pelajaran aku pun ok. Tak terlalu bijak tapi tak lah bodoh sangat. Aku pandai baiki-baiki paip dan peralatan elektrik. Aku jenis yang ada survival skill yang tinggi so aku rasa aku boleh mengemudi rumahtangga dalam apa jua keadaan. Dan aku juga pandai mengaji and jadi imam+solat tak pernah tinggal."
Perlu berkahwin
"Aku umur 22 tahun. Financial aku tak okay and belajar pun macam dungu jer. Tapi aku dah tak tahan dah ni fikir pasal Farah setiap masa. Rindu gila aku kat dia. Mandi buat-buat basah. Makan kadang-kadang jer kenyang. Serius tak tahan dah aku ni. Kalau dapat kahwin dengan Farah, dapat tidur dengan dia, PEHHHH.."
See the difference?
Bila kita kahwin dengan keadaan 'perlu berkahwin', kita mudah jadi tak rasional. Kita dikaburi cinta, dan nafsu. Kalau kita putus cinta, kita akan terjun bangunan.
Nak ke kamu wanita-wanita yang comel kahwin dengan lelaki yang dalam keadaan macam tu?
Pasti tidak.
Tapi itulah realiti sebenar lelaki yang mabuk cinta, nak berdating setiap masa dan berkepit dengan awek.
3) Kita perlu menilai calon pasangan TANPA perasaan cinta.
Bila kita dilamun cinta, fikiran kita hampir-hampir tidak ada. Akal tak sempat berfikir. Hati gundah gulana, teringat kepada si dia.
Ini akan membuatkan kita terburu-buru dalam berkahwin.
Cara nak buang cinta? Tanya rakan-rakan pasangan kita tu tentang diri pasangan kita tu. Means, tanya la kawan-kawan, Ramli tu baik ke tak, Fatimah ni pandai masak ke tak.
Aku pernah buat macam ni semasa aku cintakan Miss A dulu. Aku tak contact dia untuk tempoh yang agak lama, sibukkan diri, and kemudian cinta benar-benar hilang dari diri aku. Then baru aku nilai dia semula, berpaksikan soalan,
"Boleh ke dia jadi ibu kepada anak-anak aku?"
Dan aku menilai dia dari sudut keibuan, bukan sudut nafsu atau tubuh fizikal yang ada pada dia. Dan aku kira inilah cara terbaik untuk cari menilai pasangan.
Konklusi untuk kali ni.
Aku fahami dan sedar yang terdapat ramai muda-mudi di luar sana yang berlatarbelakangkan agama yang berfikir tentang kahwin awal terutamanya untuk menjaga pandangan dan hawa nafsu. Aku tak nafikan kebenaran niat kamu semua dan aku rasa niat itu patut dipuji.
Tapi aku juga tak boleh setuju 100% jika kamu semua berkahwin dalam keadaan tidak matang, terutama para lelaki. Sebab lelaki yang akan memimpin rumahtangga. Lelaki yang tidak rasional dalam membuat keputusan akan mengundang bencana dalam rumahtangga.