Assalamualaikum. Bismillah.
Manusia bagaikan robot yang melalui kehidupan seharian dengan melakukan aktiviti yang sama dan berulang2. Hidup sebagai pelajar seperti sekian sekian. Hidup sebagai orang yang bekerja seperti sekian sekian. Hidup sebagai manusia berjawatan tinggi seperti sekian sekian.
Kehidupan sebagai seorang pelajar yang setiap hari pergi belajar, makan, rehat, tidur. Kemudian di ulang-ulang lagi. Dan ulang lagi di keesokan hari.
Apabila rasa kesunyian, pergi mencari kawan-kawan. Pergi enjoy sana sini. Apabila rasa kesedihan, kau memasang lagu-lagu untuk menghiburkan hati.
Apakah sumbangan yang dapat diberikan setelah kau sudah penat menjadi robot suatu hari nanti? Apakah yang telah kau dapat sepanjang kau hidup di dunia ini? Apakah tujuan utama kau diciptakan? Lupakah kau? Kau diciptakan untuk menjalan tugas sebgai apa?
Manusia bagaikan robot yang mempunyai jangka hayat tidak lama. Tapi masih belum sedar akan tujuan dia diciptakan. Kehidupan seharian yang sedikit pun tidak ingat akan'tuan' yang diciptakannya. Yang sedikit pun tidak ingin menimba ilmu pengetahuan agama dalam kehidupan. Yang manusia ni tahu hanyalah keseronokan. Hanyalah kerja-kerja kehidupan seharian yang tak punya janji apa-apa untuk dibawa ke SANA. Semuanya kerja duniawi.
Apa salahnya dalam masa 24 jam yang kau dapat dalam kehidupan ni, kau luangkan sedikit untuk pergi majlis-majlis ilmu? Apakah susah untuk bahagikan sedikit masa itu untuk perkara2 baik macam tu? Sudah berapa banyak saham akhirat untuk kau bawa nanti sepanjang kau hidup di dunia ini?Apakah kau tak malu dengan Tuhan yang ciptakan engkau? Apakah kau lupa tujuan utama engkau hidup di muka bumi ini?
Tepuk dada tanya iman.
No comments:
Post a Comment