Dimulakan dengan bismillah :)
AURA WHITE. Tanya semua kaum hawa mesti diorang tahu apa tu aura white. Tapi mybe segelintir kaum adam pun tahu kot? hiks.
Sebenarnya lepas google punya google. Aku dapat banyak info tentang bagusnya aura white nie. Harga tu memang mahal lah bagi aku, sebab masih student kan. Tapi disebabkan aku nie jenis suka mencuba, aku pun terasa nak beli jugak lah. Lagi pun nak try jugak kalau-kalau boleh hilangkan parut kat muka aku nie? opss. Malunyaa :(
Tapi aku nak try aje lah. Kalau menjadi, alhamdulillah. Kalau tak , tak pelah. Tak da rezeki nak sembuh .
Masa beli kat kedai tuh, kakak tu memang rajin bercerita. Biasa laa kan, orang nak jual produk.
" Yang akak boleh nampak perubahan dekat customer akak yang mai nie sorang je la. Yang lain tak perasan pulak. Ada sorang india nie mai beli aura white kat akak. Masa tu kulit dia memang gelap. Memang gelap lah. Lepas sebulan dua macam tu, dia mai lagi nak beli aura white. Dia cakap aura white nie sesuai dengan kulit dia. Akak try tengok badan india tuh. Memang betul pun produk tu bagus. Memang sangat sesuai dengan dia. Sebab kebetulan time tu india tu pakai seluar pendek. Memang nampak kulit dia lagi cerah dari sbelum nie. Nampak macam glowing glowing gitu. Mungkin kebetulan jugak produk tu sesuai dengan kulit dia kan. "
Aku pun angguk angguk aje laa apa yang akak tu cakap. Percaya tu memang tak boleh percaya full lah kan. Tapi cara dia cerita tu memang macam betul aje pun. Lagi pun banyak dah testimoni dalam internet aku dah tengok . Kebanyakan cakap ada perubahan. So nak tahu betul ke tak, jom ramai-ramai try aura white nie.
Tapi macam mana pun, kita kena beringat. Apa yang kita buat, apa yang kita makan nie, semuanya adalah ikhtiar sahaja. Peubahan yang nak berlaku semua tu bergantung pada Allah. Kalau Allah izinkan ada perubahan dan kesan positif, Alhamdulillah. Kalau tak da, tak pe, kita cuba lagi dan lagi ye. Sebelum makan tu, baca lah doa sikit. Minta Allah bantu kita. InsyaAllah semua berjalan dengan baik. :)
Eh, lupa pulak. Nak share sikit rasa minuman aura white nie. Bagi aku, memang agak tak sedap lah. Huhu. Sebab aku kurang suka rasa air buah. Lagi-lagi air roselle. Kalau bagi air soya ke, susu ke, haaa yang tu memang aku suka sangat. Tapi kalau yang jenis suka minum air buah tu memang ok laa kalau rasa aura white nie. Tak pe, selalunya ubat memang tak sedap kan :) hehehe . So sekarang aku tetap teruskan minum walaupun agak tak enak diminum bagi aku.
Hari nie baru masuk hari ketiga aku minum . Perubahan tu alhamdulillah ada sikit demi sikit. InsyaAllah nanti aku letak kan gambar. Doakan aku berjaya ! haha =D
No comments:
Post a Comment