Wednesday, August 28, 2013

AURA WHITE : Perubahan Ketara Pada India

Dimulakan dengan bismillah :)





AURA WHITE. Tanya semua kaum hawa mesti diorang tahu apa tu aura white. Tapi mybe segelintir kaum adam pun tahu kot? hiks. 


Sebenarnya lepas google punya google. Aku dapat banyak info tentang bagusnya aura white nie. Harga tu memang mahal lah bagi aku, sebab masih student kan. Tapi disebabkan aku nie jenis suka mencuba, aku pun terasa nak beli jugak lah. Lagi pun nak try jugak kalau-kalau boleh hilangkan parut kat muka aku nie? opss. Malunyaa :(

Tapi aku nak try aje lah. Kalau menjadi, alhamdulillah. Kalau tak , tak pelah. Tak da rezeki nak sembuh . 



Masa beli kat kedai tuh, kakak tu memang rajin bercerita. Biasa laa kan, orang nak jual produk. 



" Yang akak boleh nampak perubahan dekat customer akak yang mai nie sorang je la. Yang lain tak perasan pulak. Ada sorang india nie mai beli aura white kat akak. Masa tu kulit dia memang gelap. Memang gelap lah. Lepas sebulan dua macam tu, dia mai lagi nak beli aura white. Dia cakap aura white nie sesuai dengan kulit dia. Akak try tengok badan india tuh. Memang betul pun produk tu bagus. Memang sangat sesuai dengan dia. Sebab kebetulan time tu india tu pakai seluar pendek. Memang nampak kulit dia lagi cerah dari sbelum nie. Nampak macam glowing glowing gitu. Mungkin kebetulan jugak produk tu sesuai dengan kulit dia kan. "



Aku pun angguk angguk aje laa apa yang akak tu cakap. Percaya tu memang tak boleh percaya full lah kan. Tapi cara dia cerita tu memang macam betul aje pun. Lagi pun banyak dah testimoni dalam internet aku dah tengok . Kebanyakan cakap ada perubahan. So nak tahu betul ke tak, jom ramai-ramai try aura white nie. 

Tapi macam mana pun, kita kena beringat. Apa yang kita buat, apa yang kita makan nie, semuanya adalah ikhtiar sahaja. Peubahan yang nak berlaku semua tu bergantung pada Allah. Kalau Allah izinkan ada perubahan dan kesan positif, Alhamdulillah. Kalau tak da, tak pe, kita cuba lagi dan lagi ye. Sebelum makan tu, baca lah doa sikit. Minta Allah bantu kita. InsyaAllah semua berjalan dengan baik. :)


Eh, lupa pulak. Nak share sikit rasa minuman aura white nie. Bagi aku, memang agak tak sedap lah. Huhu. Sebab aku kurang suka rasa air buah. Lagi-lagi air roselle. Kalau bagi air soya ke, susu ke, haaa yang tu memang aku suka sangat. Tapi kalau yang jenis suka minum air buah tu memang ok laa kalau rasa aura white nie. Tak pe, selalunya ubat memang tak sedap kan :) hehehe . So sekarang aku tetap teruskan minum walaupun agak tak enak diminum bagi aku. 


Hari nie baru masuk hari ketiga aku minum . Perubahan tu alhamdulillah ada sikit demi sikit. InsyaAllah nanti aku letak kan gambar. Doakan aku berjaya ! haha =D

Tuesday, August 20, 2013

Cara Mudah Buang Virus Shortcut Pada Pendrive

Problem melanda ! Oh tidak tidak tidak ! Pendrive aku terkena virus shortcut pulakkk dahhh. Sebelum nie dah pernah kena, dah ok, tapi lupa pulakk step dia hai. So terpaksalah google lagik. Korang pun ada masalah macam aku? haa, jom ikut step nie ! Kacang goreng jer ~

______________________________________

1. Click START -- RUN -- then taip CMD. Tengok gambar bawah :

Kalau tak jelas, boleh click :)

2. After click ENTER, akan muncul macam gambar di bawah pulak :)



3. Sekarang cuba tengok huruf pendrive korang. Kalau cik nina punya huruf  I . 




4. Then, korang copy perkataan di bawah : 

attrib -h -r -s /s /d i:\*.*

5. Pergi ke cmd yang terbuka tadi, korang right clik, then paste. Pastikan huruf  i di gantikan dengan huruf pendrive korang. ( Guna arrow di keyboard untuk gerakkan )




6. Lepas paste tuh, tekan ENTER. Done untuk cmd :)
7. Buka folder pendrive korang. Tapi make sure buka dengan cara right click tau ! 
8. Korang akan nampak folder shortcut. Then delete je semua folder shortcut tuh. 
9. Siap ! pendrive pun dah ok :)

* kalau nak lebih yakin lagi, scan pendrive korang pulak ya :)





sumber : Thanx 






Monday, August 19, 2013

Hati Aku Tak Berubah, Cuma Sikap Aku Yang Berubah.

Cintaku pada dia bagaikan hilang buat sementara. Aku juga perasan sikap sambil lewa aku terhadap dia juga makin menjadi-jadi. Aku juga rasa macam dah tawar nak melayan kerenah dia. Entah kenapa perkara nie terjadi.




Aku mengaku, kami sering kali bergaduh. Lepas tu ok balik. Kadang-kadang bila gaduh, aku malas besar-besarkan masalah tu. So aku akan mendiamkan diri. Aku menghilangkan diri. Menyendiri tu memang tabiat aku. Aku tak mau keadaan makin keruh dan membuatkan hati aku sakit bila memikirkan masalah kami. Pernah aku terlalu memikirkan nasib hubungan kami yang dah hampir 4 tahun ni sehingga kadang-kadang mengganggu aku untuk fokus dalam pelajaran. Sehingga ada satu hari tu, aku abaikan pelajaran aku dan terus menangis .



Disebabkan aku tau aku tak patut buat tindakan macam tu, sikap aku buat hati kering terus menjadi-jadi. Sekarang nie, bila gaduh, aku akan buat tak tahu ja. Buat tak tahu sampai suatu saat tu aku rasa keadaan dah ok, aku akan cari dia semula. Tapi aku tau, macam biasa dia akan dingin dengan aku sebab dia anggap aku buat tak kesah dengan apa yang terjadi sebelum tu. Dia sangka aku tak da hati dan perasaan dengan menghilangkan diri macam tu. Tapi kadang-kadang tu dia pun malas nak ambil hati, dia akan cuba buat-buat tak faham dengan sikap aku. Dia seboleh-bolehnya nak cantik kan semula keadaan dengan melayan baik saja dengan aku. Memang aku sangat hargai dan terharu dengan sikap dia time tu. Thanks :)



Masalahnya sekarang, aku dah tawar hati untuk bercinta dengan lelaki !  Lelaki yang belum sah menjadi suami aku.  Seriesss. Tapi aku tak tahu macam mana nak bagi tahu dekat dia. Sebelum nie pernah aku cakap dekat dia semua pasal batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Aku juga pernah ajak dia untuk berhubung perkara-perkara yang penting saja. Tapi segalanya tak berhasil. Aku buat macam tu bukan nak elak dari dia, tapi untuk menjaga hubungan kami. Untuk menjaga hubungan aku dengan Allah jugak. Sebab bagi aku, bila aku terlalu bercinta, hubungan aku dengan Allah makin berkurang. Hidup aku jadi kosong bila hubungan aku dengan Allah tidak terjaga.

Aku bersyukur sangat dengan apa yang Allah dah aturkan untuk aku selama ni. Aku dan dia tak pernah sekolah sama, rumah pun memang jauh, tempat belajar kami tak pernah dekat dan sama. Memang kami jarang sangat berjumpa. Dalam setahun, boleh kira dengan jari ja berapa kali. Jarang berjumpa tu memang hasrat aku sebab bagi aku, biarlah aku menyimpan sedikit kemanisan bila kami diijabkabulkan nanti andaikata dia adalah jodohku. Selama 3 tahun berkawan tanpa bersua muka, dan 4 tahun 'berkawan rapat'. Macam mana kami kenal? Biarlah rahsia. Cuma beberapa kawan aku saja tau mcm mana kami boleh kenal dan berkawan.


Sejak kebelakangan nie, aku rasa dah tak boleh nak teruskan hubungan dengan dia. Sebab setiap kali nak mesej dia, mesti aku rasa something yang macam...tah, tak dapat nak gambarkan. Aku rasa macam bersalah ja bila nak msj. Mybe salah satu punca sekarang adalah panggilan antara kami berdua. Aku rasa macam tak layak jaa panggilan yang dah kami guna selama nie. Kami belum sah . Tapi kenapa mesti nak guna panggilan tu? Sepatutnya panggilan macam tu hanya untuk orang yang sah saja. Memang kami sama-sama berhasrat untuk hidup sekali. Tapi buat masa sekarang kami perlu belajar dulu. Kejar impian kami berdua untuk belajar sehingga menara gading. Dia sebagai anak sulung lagi laah punya tanggungjawab yang besar untuk keluarga dia. Aku pula tahu family aku tak akan benarkan aku berkahwin selagi masih belajar.

Lagi satu, bila aku bz buat kerja rumah, aku akan lupa nak msj dia. Tapi kadang2 aku mesej ja diaa. Tapi tu pun bila dah malam. Sebelum tidur. Tu pun mesej sat ja sebab aku cepat ngantok bila dah letak kepala dekat bantal. Kadang-kadang tak bz buat kerja rumah or tugas sebagai student pun, aku akan terlupa nak mesej dia. Sebabnya aku nak jugak buat hal aku sendiri. Bila berhari-hari penat sebagai student or buat kerja di rumah, mesti aku nak luang masa untuk diri aku jugak. Dia pun kenalaahh faham. Bukannya aku tak mesej langsung.


Aku minta maaf sangat dengan tindakan aku nie. Aku sayang dia, tapi aku tak boleh nak layan dia macam dulu. Aku yang dulu dah tak sama dengan aku yang sekarang. Sikap aku saja yang berubah, hati aku tak. Please understand me .



Wednesday, August 14, 2013

Lirik Lagu : Anugerah Syawal - Bunkface Selamat hari raya

Salam Aidilfitri. 

Sebenarnya aku nie susah sikit nak terima lagu-lagu raya di zaman moden sekrang nih. Sebab bagi aku lagu raya zaman sekarang ntah apa-apa ja. Tapi tahun nie aku tertarik dengan lagu baru nie ! Seriess aku suka. hewhew. Tajuk Lagu dia aalah Selamat Hari Raya yang dinyanyikan oleh Bunkface. hehehe. Sedap dengaq. Bagi aku laaaa.

______________________________________________________________




Salam saudara selamat hari raya
Takbir bergema syawal sudahpun tiba
Miskin dan kaya semua sama sahaja
Alhamdulillah syukur pada yang Esa

Oooo... hooo.. yeah
U uh yeah yeah yeah
U uh wo wo wo
U uh yeah
Selamat hari raya
U uh yeah yeah yeah
U uh wo wo wo
U uh yeah
Selamat hari raya

Tiba cahaya hatiku keriangan
Anugerah syawal seindah ramadan

Pa pa pa da da pap
Pa da da pap pa da da
Pa pa pa da da pap
Pa da da pap pa

U uh yeah yeah yeah
U uh wo wo wo
U uh yeah
Selamat hari raya
U uh yeah yeah yeah
U uh wo wo wo
U uh yeah
Selamat hari raya

O oo ooo..
O oo ooo..
O oo ooo.. anugerah syawal
O oo ooo.. seindah ramadan
O oo ooo.. anugerah syawal
O oo ooo.. seindah ramadan

U uh yeah yeah yeah
U uh wo wo wo
U uh yeah
Selamat hari raya

Anugerah syawal.. selamat hari raya
Seindah ramadan.. selamat hari raya
Anugerah syawal.. selamat hari raya
Seindah ramadan.. selamat hari raya





               

Tuesday, August 13, 2013

Berjubah pun Boleh Merempit okeyyy~

Jangan ingat kalau berbaju kurung or jubah, kami tak boleh merempit? 
Opss, merempit tu macam kasar pulak bahasanyew... Maksud aku, membonceng motosikal. Hehehe. 
Kalau berkain, boleh jaa naik moto. Tapi dengan syarat pakai laa seluar panjang dekat dalam yo . Like legging or whateva. Tak pun nak senang, pastikan stokin tu panjang sampai ke tempat yg sepatutnyaa...
Tapi aku raa pakai seluar lagi okey. Sebab boleh cover kain yang jarang tuhh :)




Monday, August 12, 2013

Raya ke-3 (2013) Akad Nikah Aku. Ehh?

Hari Aidilfitri Yang ke-3

Hari yang ditunggu-tunggu ! Kawan lama aku time sekolah rendah. My bestfriend  ! dah kawin ! Perghh! Awalnyaaa dia...Aku bila lagi? Opsss. tergatai disitu.



Okey, alhamdulillah. Aku tumpang bersyukur dan gembira bagi pihak kawan aku sebab da berjaya akad nikah haritu. . Setelah lama tak jumpa, hari tu, raya ketiga, baru dapat jumpa dia. Tapi dah berpurdah da pun. SubhanaAllah, bertambah cantik dia.

Alhamdulillah kawin awal. Orang cakap kawin awal ada baiknya. Pertama sekali dapat menjaga hati dan nafsu kita. Then berjaya lawan syaitan untuk menyesatkan manusia. Lagi-lagi anak-anak muda macam kami.

Alhamdulillah lagi sekali bagi pihak kawan aku. Akad nikah dia berjalan dengan lancar dan sangat tertib. Sangat mengikut panduan islam. Bersederhana. Cuma panggil sedara-mara yang terdekat.

Dan yang paling sangat beruntung, kawan aku di purpose dengan cara islam. Diorang kenal selama 7 hari saja ! Then, lelaki tu minta diorang 'ikat'. Selama dua tahun. Then, bulan 6 hari tu, family pihak lelaki datang rumah dan bertunang. Finally hari yang di nanti nantikan, hari raya ke-3 2013, diorang berjaya diijabkabulkan. Alhamdulillah. Suka sangat aku tengok pasangan nie. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

Selama nie aku sangat tertarik dengan cerita Dena Bahrin. Tak kenal pun Dena Bahrin sapa. Kenal depan2 lagi lah tak. Tapi aku follow semua cerita dia. Tak sangka kali nie peristiwa yang lebih kurang sama terjadi dengan orang paling dekat dengan aku. Member aku sendiri. Farah Liyana. SubhanaAllah. Untungnya diorang. Betul laa orang cakap, perempuan yang baik selalunya untuk lelaki yang baik.










Farah Liyana & Mujahid

Barakallahulakumma