Tuesday, July 30, 2013

Mengemas Rumah Perkara Wajib

Assalamualaikum . hye hye hye.

Fuhh, penat nyaa hari nie. Bergotong-royong dengan mak aku mengemas rumah. Hari nie sempat kemas di ruang tamu ja. Buang sawang, bersihkan sofa yang dah berapa bulan tak dibersihkan uhh, habis penuh dengan bulu kucing. Then kemas kan bilik abang aku memandangkan abang aku yang bekerja di Johor akan balik sehari dua lagi nie. Nanti dia balik, tak da la rasa stress bila dia tengok kekemasan dalam bilik diaaa tuh. Lagi satu baru laa dia rasa kepulangan dia di nanti nantikan selepas dah berbulan tak balik rumah. 

Mybe lepas nie da boleh start buat kuih raya? hehe. 

Pengalamanku Pakai Bedak Tanaka

Assalamualaikum hye hye hye !

Alhamdulillah hari nie dah masuk hari ke-3 aku pakai bedak Tanaka. Macam korang jugak, sebelum beli bedak tu, aku akan google dulu. Google semua benda pasal Tanaka nie. Then tengok harga. Harga tu perkara wajib kena tahu. Make sure tak kena tipu bila beli secara online.

Hari pertama aku beli, aku buka penutup bekas bedak tuh. MasyaAllah. Bau dia. Agak kuat laa bagi aku. Memandangkan aku nie tak boleh bau wangi yang sangat kuat. Tapi nasib baik laa bedak nie bau limau. So tak da la pening sangat kepala aku nie.

abaikan sapuan tidak sekata tuh. ngeeE~


Then, first time sentuh muka dengan bedak sejuk tanaka nie, feeling dia tuhh beza sangat dengan pakai bedak/ foundation lain kat muka. Dan yang best nya bedak sejuk tanaka nie boleh buat macam musk. Paling special, time buat 'musk' kat muka, tak perlu risau nak keraskan muka. Kita bebas nak buat apa pun. Sembang ka, makan ka, gelak sekali pun tak kisah. Korang tak yah risau serbuk-serbuk bedak tanaka nie mencomotkan ruang tamu atau bantal korang sebab bedak nie tak akan berselerak bila kering kat muka.

Korang-korang jom la try ! seriesss best. Rasa muka cekang jaaa lepas pakai bedak tuh. Kulit rasa halus jaaa. Lepas tu kulit kurang berminyak bila terdedah cahaya matahari. Seriess tak tipu.

Tunggu apa lagi. Jom la beli bedak Tanaka di kedai yang berdekatan rumah anda !
Tapi kalau nak minta saya tolong belikan, boleh ja :)


Aku pakai jenis nie. Bekas kecil je. 



notacomels: share laar pengalaman korang pakai bedak Tanaka kat sinie !

Lirik Janji Khalifah – Hijjaz

Ke mana hilang janji dan sumpah setia
Menjadi hamba yang Esa
Walau digoda indah dunia
Mengapa kini hanya tinggal kata-kata
Tenggelam dalam lumpur dosa
Kembalilah
Bernafaslah dalam hela syahadah

Tidakkan jatuh langit menimpa kepala
Jua takkan retak hamparan bumi yang enak dipijak
Namun cukup sekali seru pemilikNya
Seluruh semesta menyerah

Sesungguhnya di akhir yang nyata
Setiap nyawa kan kembali padaNya
Dihimpun dihitung semuanya

Semat utuh apa yang diikrar
Tika jasad dihembuskan nyawa
Hanya satu yang disembah, Allah..
Subhanallah Alhamdulillah Allah Allahu Akhbar (oh Ya Allah)
Subhanallah Alhamdulillah Allah Allahu Akhbar (oh Ya Allah)

Tunduk dan pejamkanlah mata
Rasakan getaran kalimahNya
Jadi nadi dalam diri suci

Semat utuh apa yang diikrar
Tika jasad dihembuskan nyawa
Hanya satu yang disembah, Allah..
Subhanallah Alhamdulillah Allah Allahu Akhbar (oh Ya Allah)
Subhanallah Alhamdulillah Allah Allahu Akhbar (oh Ya Allah)

Ke mana hilang janji dan sumpah setia
Menjadi hamba yang Esa
Walau digoda indah dunia
Mengapa kini hanya tinggal kata-kata
Tenggelam dalam lumpur dosa
Kembalilah
Bernafaslah dalam hela syahadah

Tidakkan jatuh langit menimpa kepala
Jua takkan retak hamparan bumi yang enak dipijak
Namun cukup sekali seru pemilikNya
Seluruh semesta menyerah




Monday, July 29, 2013

Lirik Qasidah Shalawat Ya Hana Na Habib Syech

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد

dzoharoddiinul muayyad

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد   بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد

dzoharoddiinul muayyad    bidzhuhuurin nabi ahmad

يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد  ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله

ya hana na nabi muhammad   dzalikal fadhlu minallah

يَا هَنَانَا

ya hana na

خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى   وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى

khusho bissab’il matsani   wa hawa luthfal ma’ani

مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى   وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله

ma lahu fil kholqi tsani   wa a’laihi anzalallah

يَا هَنَانَا

ya hana na

مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر    لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر

min makkatillamma dzohar    liajlihin syaqqal qomar

وَافتخَرَت الُ مُضَر   بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام

waf takhorot aalu mudhor     bihi ala kullil anam

يَاهَانَانَأ

ya hana na

اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا   وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا

athyabunnasi kholqon   wa ajallunnasi khuluqon

ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا   سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله

dzikruhu ghorbaw wa syarqon    saa iruw walhamdu lillah

يَاهَنَانَا

ya hana na

صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام   المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام

shollu a’la khoiril anami   al musthofa badrittamami

صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا   يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام

shollu a’laihi wasallimu  yasyfa’ lana yaumazzihami

يَا هَنَانَا

ya hana na



Cara Makan Felinna Vitamin (PMCVC) Dengan Cara Yang Betul

Cara paling berkesan utk makan PMCVC atau apa2 supplement :

i) JANGAN ambil waktu tengahari. Sekitar pukul 11am - 2pm! Sebabnya masa nie perut tersangat aktif. So khasiat tidak diserap, kalau serap pun sedikit sahaja.

ii) Seeloknya diambil SEBELUM TIDUR . Sebabnya, masa tidur badan kita tak gunakan banyak tenaga, So senang badan kita nak serap khasiat supplement yg kita ambik.

iii) Ambil waktu pagi sebelum sarapan. Sebabnya, perut tgh kosong & boleh tumpukan sepenuhnya utk proses khasiat & kebaikan satu2 supplement tu. 

[google]


sumber : Shalieza Shoppe


Petua Pemakanan Felinna PMCVC oleh Puan Felinna

Kucingku Bernama Putehh

Assalamualaikum ya habibi ya maulana :)

Hari ana mau cerita pasal kucing ana lah. Anta suka atau tidak itu anta punya pasal lah . Eh eh, iklan P.Ramlee pulak aku nie.

Okey, tanpa membuang masa, meh aku nak kenalkan kucing second yang aku dah bela.

Si Putehh yang tak berapa putih.
Haa , nin diaa kucing yang aku maksudkan. Nama dia Putehh. Nama manja pulak Tehh. Sebenarnya badan dia bukannya full warna putih pun, tapi kami satu family memang sengaja panggil panggilan tuh. Rasa sedap dan sesuai ja dengan dia. Hewhew.

Asal-usul Putehh a.k.a Tehh.
Mak bapak dia aku tak kenal pun yang mana. Tak pernah tengok langsung. Tapi mak aku penah lah kot. Sebab mak aku amek Tehh dari kawan dia. 

Sebenarnya Mak aku amek sepasang. Maksudnya Tehh ada adik. Tapi sayangnya adik dia tak hidup lama. Mati. Sakit apa aku pun tak tahu. Yang pasti dia muntah berbuih. Masa tu diorang kecil lagi. Mungkin time tu mudah dapat penyakit.  Kesian adik dia. Huhu. 

Adik kepada si Putehh nie berbeza sangat dengan dia. Pendiam, manja gitu. Hehehee. Bukan macam Teh nie. Garang nak mampus. Nak pegang sikit pun dia da nak gigit. Lagi satu Teh nie bising. Bunyi kuat sungguh. Sikit-sikit nak bunyi.

Hari demi hari, Tehh makin membesar. Rasa sayang kami sekeluarga kat Putehh mencurah-curah. Walaupun Tehh garang, tapi Tehh baik. Dia tak nakal macam kucing lain. Kencing berak pun ok. Tak membunag merata-rata. Kucing bijak kami panggil. 

Tabiat Tehh satu ja. Suka tangkap kaki. Tak kira laa kaki berbulu ke tidak, dia tangkap ja. Kalau tak kaki, tangan. Apa-apa benda yang bergerak, dia anggap orang nak main dengan dia. Padahal tak pun. Macam mak aku. Setiap kali mak aku baca paper ka, buku apa-apa ka, bila mak aku selak-selak paper/buku, mesti dia terkam tangan mak aku. Hadoihhh. Memang riuh laaa rumah aku bila ada putehh nie.

Sekarang Putehh lagi membesar. Badan dia pun makin mantap. Nak dukung dia pun dah berat. Berkilo dah agaknya. Haha. Garang dia mau tau la. Garang macam biasa. Tapi garang dia tu ikut musim jugak. Time 'datang bulan', memang dia garang. Kalau mood elok, haaa belai laahh , usap lahhh. Memang sampai lentok. hahaha.


Sunday, July 28, 2013

Lirik Qasidah Sholawat Ya Robbamakkah

يَا رَبَّ مَكَّةَ


Wahai Tuhan pemilik Makkah dan Shofa, berkat Nabi Muhammad,

Ampunilah kami wahai Yang Mendengar doa-doa kami,

Simpanlah kecintaanmu kepada kami, jika kau menghendaki keridhoan kami,

Dan janganlah kau sebarkan rahasia kami kepada selain kita,

Tunduklah kepada kami bila kau ingin berjumpa kami,

dan tinggalkan cita-citamu, bila kau ingin mendapat cita-cita kami,

Tahukan kalian bahwa kami sesungguhnya menepati janji,

Dan para pencinta kami akan berada dibawah bendera kami,

Kemudian berikanlah solawat kepada Nabi dan keluarganya,

selama angin berhembus dan menggoyangkan dahan-dahan pepohonan.









Saturday, July 27, 2013

Tutorial : Center kan Post Title dan Sidebar Title

a s s a a  a l a i k  u m  !

Bila tajuk sidebar dan post center, baru la nampak kemas sikit. Acena nak buat? Jom follow step ni : 

  1. Log in blog seperti biasa 
  2. Choose page Template. Then click Edit HTML.
  3. Dalam area edit html tadi, click Cntrl F pada keyboard. Then, cari this word :
h2 {

    4. Kalau da jumpa, copy dan paste kod bawah nie SELEPAS kod  h2 {
text-align:center;
        Kalau tak jumpa kod di atas, boleh cari kod yang nie : 

h4 {

      6.  Then, Copy kod di step 4 dan paste SELEPAS kod di step 5 tadi. 
      7. Sebelum save , preview dulu. Kalau tak da error baru save ok. 

                 

                           Sebarang masalah. Jadi atau tidak, boleh komen. TQ :) 




Friday, July 26, 2013

Hapuskan or Not?

Only short N3

Sebenarnyaa aku rasa macam nak hapuskan blog nie ja. Sebab aku rasa macam tak selamat. Tapi rasa sayang pulak sebab nie adalah blog petama aku. Segala kasih sayang dah aku curahkan. Tak kan senang-senang ja aku nak buang? haishh. Macam mana nie .


Pintu Almari dan Mulut Manusia

" Pintu almari pun susah nak tutup, nie kan pula nak tutup mulut manusia."

Hari nie dah masuk kali kedua mak aku cakap macam ni. Ini semua gara-gara aku lupa nak tutup pintu almari. Haishh, sabo jelaa. Masalah lupa memang susah nak hilang dari kehidupan harian aku. Nak buat macam mana, redha ja yang mampu. hiks.

Lepas mak aku ulang lagi thats words, aku tercari-cari maksud tersirat yang mak aku cuba nak sampaikan. 
Hurmm , mendalam betul maksud perkataan tuh. 

[ google ]

Oh Pening Bau Wangi !

Assalamualaikum..

Masalah masalah masalah . 
Kenapa laa kakak aku g letak gel lavender dalam rumah nie ntahh. Memang laa wangi. Tapi masalah nya kepala ku da berdenyut-denyut daaa sedut bau benda alah nie. Kuat benor bau dio.


Sebenarnya aku memang tak boleh bau something yang semerbak dan harum marum nieh. Kepala aku sensitif . Eh ?

Tapi tak semestinyaaa aku suka bau busuk okeyy. Cuma bau wangi yang terlalu menusuk ni buat aku tak tahan . Memang tak tahan. Mungkin ni salah satu sebab aku mabuk keta masa kecik-kecik dulu kot? Hummm, nampak gayanya macam tu laa kot..

Bau perfume pun tak boleh sekarang nie. Cuma satu perfume ja yang aku boleh tahan dan akan berkali-kali bau. Sikit pun tak sakit kepala. Haaa, nak tau bau apa? White Musk . 

hewhew. Aku ingat lagi first time aku bau perfume nie. Memang buat aku jatuh cinta ! Maisarah Razak. Dia lahhh orang pertama buat aku jatuh cinta dengan white musk. Series, tak muak aku bau bila duduk sebelah dia. Haaa, bila dah tau nama perfume yang dia pakai tuh , terus aku g carik kat kedai. Kalo diikutkan, memang laa mahal . Tapi pandai2 laaa cari yang kecik. Murah + jimat. Student kan, mana ada duit banyak. 

Kedai yang aku serang untuk beli benda alah nie kat Hinode Shop. Selalu dalam mall laa kedai nie wujud. Selalu aku g Sunway Penang ja. 




Memang murah barang-barang kat dalam tu. Kat situ jaa tempat unutk aku beli perfume white musk. Walaupun kecik dan murah, tapi kekal lama tau. Lagi-lagi orang macam aku, jarang guna perfume. Tempat dan pakaian tertentu ja aku pakai white musk. 

sekadar gambar google 





Sunday, July 14, 2013

Pengalaman Keja Part Time di Bazar Ramadhan

Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum . hye hye .




Alhamdulillah blog aku dah kembali sehat seperti sediakala. Syukur sangat2 bila virus yang entah dari mana sesat aku pun tak tau dah hilang dan berjaya di hapuskan. Terima kasih kepada Ben Ashaari sebab sudi menjawab pertanyaan aku tempoh hari di facebook tentang masalah aku nie . 

Hari nie dah masuk hari ke 5 kita berpuasa dan juga hari ke 4 aku keja part time di bazar Ramadhan Padang Serai . Alhamdulilah sangat2 sebab kerja nie sesuai sangat dengan aku dan aku enjoy keja macam nie ! Hari petama hari tu , aku dah rasa happy gila .


Tak macam aku keja di kedai bunga pada 2 minggu lepas . Tak sampai satu hari aku keja , aku lari balik rumah . hehe . Balik tu pown aku tak bagitau auntie tuh . Aku bagi alasan kat dia cakap nak keluar jap padahal aku dah lari balik rumah. Hurmm , sebab apa aku lari? Huhu , sebab nya aku dah tak tahan dengan keboringan yang melanda diri aku . huh . lagi satu keja tu tak kena langsung dengan jiwa aku weyhh . Memang laaa keja kat kedai bunga nie tak berat2. Tak susah . Tak banyak keja . Tapi Masalah nyaaaa , tak kena dengan jiwa aku . Lagi satu , pekerja kat situ cuma ada bangsa cina dengan indonesia. Aku ok jaa dengan diorang . Cuma nyaaaa diorang tak banyak cakap . sobssobsss . So bertambahlah tahap keboringan aku dalam kedai tu weyhh . Sorry auntie :)

Haaa, keja kat bazar nie lain , aku happy ja. tapi hari 1st hari tu , aku pk jugak laar 2 3 kali nak p ke tak . Sebab aku bajet mesti tak dapat $$ banyak mana pun . Aku bajet rm5 mybe? tapi tapi tapi ..... last2 aku p jugakkkk keja dengan pakcik tuh. Sebabnyaa aku niat nak tolong pakcik tu meniaga ja. Tak dapat $$ banyak pun takpa , sokeyyhh , janji pahala dapat . 


[google]


Then , pukul 4 aku dah start meniaga , kuih kuih . 3singgit 3 singgit . Macam-macam ooooo kuih pakcik nie juai . Seyes, kalo aku nak beli , aku tak tau nak pilih yang mana , biasa laa, puasa. teringin macam2. Awal tu orang tak ramai . Masa tu macam feel tak best lah jugak kann , sebab aku baru lagi . Kekok . Then bila 5 ke atas, haaa. MasyaAllah . Tak menang tangan nak layan customer weyhh. Seronok pun ada. Sebab macam meriahhh tau. Korang bayangkannn , bukan satu gerai jaa yang ada kat situ . Banyak . Masing2 promote barang2 seniqi. Yang lagi best bila korang tengok kuih yang bertimbun timbun tu makin surut dan surut . Laku. Urggghh , rasa seronokkk sangat bila tengok kuih kita jual tu hampir habis walaupun hakikatnya kuih tu bukan kita yang punya.  Kalau nak habis 100% tu memang tak ahhh . Kecuali rezeki Allah nak bagi . 

Dalam pukul 7.20 pakcik Johari bagi aku balik . Yeaaahh ! balik . Balik . Sebelum tu , dia sua dekat aku RM20 . Subhanallah . Terkejut. Tak sangka sangat dapat bayak tuh . Alhamdulillah . Syukur gila . Balik tu still rasa macam tak caya sebab aku keja bapa jam sangat . Then , esok tu dia still bagi banyak tu kat aku . Baru percaya . hehehee.. Suka suka suka ! rezeki . Thanx Allah . 



Thanx to Ben Ashaari :)

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah :))

Syukran Terima Kasih Thank You Arigato to BEN ASHAARI sebab dah tolong saya 'repair' blog yang dah nazak hari tu !  




Seriously . Cute Icon

Assalamualaikum . 

Sapa nak icon comel ? Seyes korang akan rambang mata. Tak tau nak pilih yang mana daaa bila tengok. Semua comel-comel. Kalau Boleh nak ja amek semua tau ! 

meh tengok sini . Wana Kim 


Saturday, July 13, 2013