Saturday, March 9, 2013

Allah Sangat Memahami Dalam Apa Jua Keadaan.


Assalamualaikum .



Betul . Betul sangat yang Allah sangat faham perasaan kita . Allah tahu masa mana kita rasa sedih , masa mana kita bahagia . Allah tahu semua apa yang kita fikirkan . Memang kita tak boleh nampak Allah , kita tak boleh cakap face to face dengan Allah , tapi . . . Allah sering " link " kan penyampaianNya kepada kita . Sumanya bergantung pada diri kita je , sama ada kita sedar atau tak sedar datang nya petunjuk tersebut dari Allah . 

Perasaan sedih yang terkumpul dalam diri pasti akan terlerai bila Allah sentiasa bersama kita . Setiap kali kita buntu membuat sesuatu perkara dan perlukan bantuan , Allah pasti akan memberi petunjuk dan pertolongan kepada kita dengan pelbagai cara . 

Aku nak kongsikan sikit pengalaman yang aku alami . Sekadar renungan bersama .

Baru2 nie aku sangat terasa hati dengan sikap kawan aku sorang nie . Seyes , kata2 dia memang sangat2 pedas dan makan dalam bak kata orang . Selama nie apa yang dia kata pada aku , aku hanya diam kan diri bila aku tak berdaya balas balik . Aku sabar ja dengan sikap dia . Bagi aku , masing2 punya sikap baik dan buruk tersendiri  . Kadang2 orang laen  pown tak boleh terima perbuatan kita walaupown kita anggap perkara tu perkara normal .



Dalam bersabar dan sabar , minggu lepas , aku tersentap sangat dengan kata2 dia . 
Mungkin bagi dia , yang tu cuma gurauan kasar ataw pown melawak kasaq bak kata orang kedah . Tapi , aku tak boleh tahan . Depan dorang , aku cuba cover yang aku tak makan hati pown . Tapi aku cepat2 elak kan diri . Aku balik bilik menangis . dan terus menangis . Aku tak tahu nak ngadu kat sapa masa tuh . Aku takut kalo cerita dekat kawan aku yang laen , nanti macam buruk kan kawan sendiri pulak . 

Aku cuba on9 ,  cuba nak lupakan apa yang terjadi . Cuba nak tenang kan fikiran . Cuba sibukkan diri .
Dalam aku scroll kebawah dan kebawah dalam new feed , tetiba aku terbaca satu petikan yang sangat menyentuh perasaanku. Sorry , aku dah lupa pulak quotes tu. Tapi seyes,  betul2 kena batang hidung aku. Dan aku dapat rasa Allah makin dekat dengan aku dan faham situasi aku sekarang. Thanx Allah.






No comments: