Saturday, March 30, 2013

Saturday, March 9, 2013

Surah al-Ahzab 33: 41 - 42

Assalamualaikum . .

Subhanallah , terjumpa ayat nie ketika membaca terjemahan Al-Quran . 

‎"Wahai orang yang beriman, berzikirlah kepada Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang." (Surah al-Ahzab 33: 41 - 42)

 Sama2 lah kita selalu berzikir kepadaNya sebagai tanda kita bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan . Segala pemberian dari Allah adalah satu anugerah . Dan jangan lah kita sombong dan alpa dengan pemberian yang diberi olehNya . 

Allah Sangat Memahami Dalam Apa Jua Keadaan.


Assalamualaikum .



Betul . Betul sangat yang Allah sangat faham perasaan kita . Allah tahu masa mana kita rasa sedih , masa mana kita bahagia . Allah tahu semua apa yang kita fikirkan . Memang kita tak boleh nampak Allah , kita tak boleh cakap face to face dengan Allah , tapi . . . Allah sering " link " kan penyampaianNya kepada kita . Sumanya bergantung pada diri kita je , sama ada kita sedar atau tak sedar datang nya petunjuk tersebut dari Allah . 

Perasaan sedih yang terkumpul dalam diri pasti akan terlerai bila Allah sentiasa bersama kita . Setiap kali kita buntu membuat sesuatu perkara dan perlukan bantuan , Allah pasti akan memberi petunjuk dan pertolongan kepada kita dengan pelbagai cara . 

Aku nak kongsikan sikit pengalaman yang aku alami . Sekadar renungan bersama .

Baru2 nie aku sangat terasa hati dengan sikap kawan aku sorang nie . Seyes , kata2 dia memang sangat2 pedas dan makan dalam bak kata orang . Selama nie apa yang dia kata pada aku , aku hanya diam kan diri bila aku tak berdaya balas balik . Aku sabar ja dengan sikap dia . Bagi aku , masing2 punya sikap baik dan buruk tersendiri  . Kadang2 orang laen  pown tak boleh terima perbuatan kita walaupown kita anggap perkara tu perkara normal .



Dalam bersabar dan sabar , minggu lepas , aku tersentap sangat dengan kata2 dia . 
Mungkin bagi dia , yang tu cuma gurauan kasar ataw pown melawak kasaq bak kata orang kedah . Tapi , aku tak boleh tahan . Depan dorang , aku cuba cover yang aku tak makan hati pown . Tapi aku cepat2 elak kan diri . Aku balik bilik menangis . dan terus menangis . Aku tak tahu nak ngadu kat sapa masa tuh . Aku takut kalo cerita dekat kawan aku yang laen , nanti macam buruk kan kawan sendiri pulak . 

Aku cuba on9 ,  cuba nak lupakan apa yang terjadi . Cuba nak tenang kan fikiran . Cuba sibukkan diri .
Dalam aku scroll kebawah dan kebawah dalam new feed , tetiba aku terbaca satu petikan yang sangat menyentuh perasaanku. Sorry , aku dah lupa pulak quotes tu. Tapi seyes,  betul2 kena batang hidung aku. Dan aku dapat rasa Allah makin dekat dengan aku dan faham situasi aku sekarang. Thanx Allah.






Sikap Kasar Memakan Perasaan

Bismillahhirrahmanirrahim . 

Setiap masalah dan ujian yang datang , pasti ada hikmah disebaliknya . Semua masalah pasti ada jalan penyelesaian . Sememangnya kita sebagai manusia yang lemah harus terima semua tu dengan redha dan bersabar . Bersabar dan terus bersabar . 

Sebenarnya aku sendiri tak faham dengan sikapku . Kadang2 aku seorang yang berhati keras , kadang2 boleh jugak jadi sorang yang mudah tersentuh , kadang2 boleh buat hati kering , kadang2 boleh melawan , kadang2 berdiam diri . Ini laaah ciptaan Allah yang mengurniakan pelbagai perasaan dan rasa dalam setiap diri manusia . Subhanallah . 

Aku sendiri buntu , sikap mana satu yang harus aku amalkan dalam diri aku . Kekadang bila aku terlalu kasar , kawan2 aku terguris dengan sikap aku . Lagi2 kawan yang lemah gemalai . Faham2 laa sikap orang kedah , bila bercakap , sikap , gaya , memang agak kasar sikit .Tapi , bila aku bersikap lemah lembut , orang pijak kepala aku . Selalu sangat kena buli dengan kawan2 aku yang kadang2 agak kasar dalam melawak atau percakapan . 

Aku ingat bila aku datang u , aku tak dibuli lagi dah . Buli yang aku maksudkan bukan buli fizikal , sebaliknya perasaan dan mental . Haha , Agak lawak disitu , Mental ? yaa , mental . Kalo kerap sangat dibuli , aku rasa , aku sendiri boleh naik angin tahap gaban . Jangan ingat orang macam aku nie ada jangka hayat untuk bersabar selamanya ka ? Tak laa weyh . Huhuhu . Aku pown ada hati dan perasaan , tolonglah faham . Kalo rasa tak perlu jaga pown perasaan aku nie , aku tak kisah . Tapi tolong lah , tolonglah ada rasa hormat dekat kawan sendiri .

Hari semakin hari , aku agak rapat dengan kawan2 aku . Setiap apa yang kami buat , pasti ngam . Pokoknya kami ada chemistry . Sekepala bak kata orang . Tapi kawan2 pown , tipu sangat lah kalo tak da benda yang terasa . Berkawan dari lain2 negeri , pasti ada sikap yang tertentu yang boleh mengguris perasaan sesama kawan . Tapi itu semua lumrah .

Tapi ! kenapa selalu aku  ? Kenapa aku yang selalu kena dengan dia ? Kenapa setiap melawak kasar dia , setiap kata2 dia membuat aku terguris weyh ! kenapa ! Hina sangat ka aku nie . Kolot sangat ka aku ? Lembab sangat ka ? 

Aku terus bersabar , pekak kan telinga dan berdiam diri bila dia cuba cakapkan sesuatu yang menyayat hati . Hari demi hari , . aku tengok sikap dia , kata2 dia yang tajam , semakin berkurang . Aku sendiri pown dah semakin boleh ngam dengan dia , Dia pown dah boleh gelak2 dengan aku . Aku dah semakin sayang dia dan kawan2 aku . 

kenapa baru2 nie , sikap lama dia tu datang semula ? hmmm ? Aku tak faham laaaa . Kenapa pedas sangat kata2 dia . Adakah sebab perubahan aku dalam Semeter Dua ini ?? Arghh ! Tak mungkin lah . 

Ya Allah , tolonglah beri dia hidayahMu , tolong beri ku kekuatan untuk hadapi semua cabaran yang kau berikan ini . Aku tahu , ini semua ujian dari Mu Ya Allah . Kuatkanlah semangat ku , Sesungguhnya aku seorang insan yang lemah . Aku tak punya kekuatan yang teguh , bantulah hambaMu ini untuk cekal kan hati dan pendirian ini . Amin Ya Rabb . 




Berabad Tak Bersenam , Habislah Engkau !

Assalamualaikum . 

Setelah bertahun , berkurun , berabad tak bersukan , petang tadi entah mimpi apa , aku join kengkawan aku bersenam dekat tepi blok perempuan . Perancangan awal sebenarnya nak main badminton aje pon , tapi tak sampai 30 minit main , kami stop . Hahaha , sebabnya ? sebab angin petang tadi tiup lemah gemalai . Ergghh , baling shuttlecock ke kanan , dia p kiri , tampo kuat , tapi jadi slow . Hurmm , so kami berjogging lak . 

Seyes weyhh , aku dah lama sangat tak bersenam / bersukan . Last aku buat benda alah suma nie time matrik , maksudnya 2 taon lepas kalo tak silap . Jogging punya jonging , mak aiyy ! lenguh kot . Asa kejang gila suma otot otot aku yang perkasa lagi kuat nie . AhHa ! Satu round ja yang aku mampu . Tu pown jarak tak jauh pownn sebenarnya . Kesian kat muscle2 aku ! Mesti terkejut gila un ! hahaha , nasib korang ahh ~ 

Pasnie , hari2 kena turun bersenam ! Untuk maitain kan stamina ku dan cergaskan otak !  . Haaa , lagi satu adalah untuk tingkatkan berat badan aku ! Yaa , itu tujuan utama aku , hehe . Jangan ingat nak kurus je perlu bersenam segala , yang nak gemok pown kena bersenam taw ! 


ok , wsslm .



Setelah Sebulan Lebih Blogku Sepi .

Assalamualaikum . 

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah . Akhirnya dapat jugak aku update blog yang dah berkurun lama aku biarkan sepi . Awal2 nya masalah laptop rosak . Lepas dah selesai , masalah wifi U pulak tak laju . 
Nak view blog senang , tapi bila picit button dashboard ke , write new ke , mesti loading sangat lama ! Memang menguji keimanan betol . 

Selama sebulan tak update blog nie , banyak sangat cerita yang aku nak sampay kan , sungguh , banyak ! 
I'allah aku akan merajinkan diri update blog start malam nie . Dengan izin Allah =)