Assalamualaikum .
Hari semakin hari , setelah aku niat yang
sudah berkurun lama , akhirnya , sejak aku pulang ke rumah , cuti sem selama
sebulan lebih , alhamdulillah aku berjaya juga berubah sikit2 . Dan aku harap
perubahan ku akan kekal selamanya dan aku harap akan meningkat sikit2 . Nak
berubah semua terus memang aku tak mampu . sesungguhnya aku insan yang lemah
dan sering lalai . aku takut kalau aku berubah seluruhnya secara mengejut ,
nanti aku juga akan berubah ke asal secara mnejut juga . Jadi , biarlah aku
bermula dari bawah dulu . Doakan aku !
Petang tadi , aku bersiap nak keluar dengan
mak aku . Selalunya kua pakai sua jean ngan tshirt jaa .
Tapi disebabkan aku da beli kain baru , aku pown pakai laaaa kain n tshirt muslimah . tenga besiap tuh . rasa macam kekok sebab pakai kain . bagi aku macam pelik . huhu . Tapi mak aku n ayah aku selalu pesan kat aku jangan kerap pakai sua . nampak buruk . Mak aku cakap pakai kain sopan lar sikit . hurmmm , tapi bagi aku yang baru nak mula nie , rasa kekok dan janggal . Tenga bersiap tuh , aku pusing belakang , ternampak tasir al-Quran . Tetiba hati aku rasa nak buka al-Quran .
Bismillahirrahmanirrahim . pelahan2 aku buka tafsir .
Subhanallah . Termangu seketika . Seyes , tersentuh aku baca ayat pertama aku tengok tuh . Memang kena sangat dengan situasi aku masa tuh . Terima kasih ya Allah kerana engkau telah memberi petunjuk pada ku . lepas tu aku tetap kuatkan hati untuk berpakaian seperti yang sepatutnya walaupun godaan syaitan sangatlahhhhh tinggi ! huhu .
No comments:
Post a Comment