Wednesday, December 12, 2012

Program Anak Angkat Kg.Padang Melaka




Assalamualaikum . yeahh .

okey . alhamdulillah . dah dua hari pulang dari Program Anak Angkat di Kampung Padang Melaka , Batu Bertangkup , Perlis .
selama 3 hari 2 malam kat sana , macam2 sangat aktiviti n pengajaran yang aku dapat . 
alhamdulillah , keluarga aku sekarang nie adalah keluarga yang sangat2 lah bertuah kerana masih mempunyai rahmat dan nikmat yang tak terhingga dariNya . 

kampung yang aku p hari tu , bukan lah dari kampung yang kaya raya . semua penduduk dekat situ semuanya bertaraf sederhana n rendah saja . 
tapi lagi sekali aku bersyukur kerana aku dapat keluarga yang sangat lah baik . apa yang aku nampak , keluarga angkat aku sangat lah permbersih . 
kemasan dalam rumah , di luar rumah , bilik , dapur , tandas , 
perrgghh , sangat kemas beb . nak jumpa habuk memang susah . 
sebagai contoh , hari tu , lepas makan jerp , kak angkat aku sapu n MOP lantai . mak aiyy , 1st time aku tengok org buat macam tew . 
selalunya orang laen sapu jer kan , tapi nie mop skali , giler arhhh , . nak kata kami makan bagi tumpah , xdew pulakk .
nampak tak bertapa bersihnya diorang nieh ?? haaa , jangan maennn2 . . 

kawan2 aku ada yang dapat keluarga angkat yang sedikit susah . dari situ , kami semua bole belajar erti bersyukur dengan apa yang ada . 
sesusah mana pown kita sekarang nie , rupa-rupanya ada lagi manusia yang lagi susah . 
walaupun luaran nampak gembira , tetapi dalam hati , siapa yang tahu ,

hari last kitorang dekat sana , seyes , memang touching . .
lagi2 bila nak berpisah dengan mereka2 yang sangat kami rapat sepanjang kami berada di sana . 
espclly , bagi aku , hati aku sangat tersentuh bila tengok mak angkat aku nangis time kami bersalaman . 
tak ku sangka , "seganas" mak angkat aku , dya ada hati yang sangat lembut . dalam masa yang singkat ja , kasih sayang dan hubungan sesama kami boleh utuh macam tu sekali. 

warghhh , rindu nya ! rindu nak pergi sana semula . 
lagi2 nak jumpa kanak-kanak dekat kampung tuhh . rindu nak main dengan diorang lagi . 
kesiannn kat diorang , menangis time last day ! 
auuchhh , tacing pulak ! sob . sob . 


banyak giler gambar kitorang kat sana . nanti aku upload keyh ! 
ok . daa ! salam ^_^















No comments: