salam
hari nie last day . . last day aku kerja kat kedai roti . .
sedih rasanya bila nak tinggalkan kedai roti tue . .
depa suma yang kerja kat situ semuanya baek2 belaka. . . aku rasa kami semua dah macam satu family dah . . walaupun umur kitorang banyak beza , tapi itu bukan penghalang untuk kitorang beramah mesra , hehehe . .
semasa nak bagitaw boss aku pagi tu , rasa berat hati lar pulak . .
tapi kalau tak bagitaw , nanti melepas lak , sebab petang2 dia tak mai kedai dah . .
so , aku pown bagitaw laar nak berhenti kerja . . sebab ? sebab apa yang aku bagi ?
aku kata , nak cari pengalaman kerja kat tempat lain lak. . haha , kurang asam tak jawapan tu ? hmm , pape jelarh , yang penting aku tak tipu , sebab memang pown aku nak keja tmpat lain . .
waduuhh , aku mesti rindukan depa semua nanti !
rindukan kuih makcik fauziah !
rindukan nyanyian pakcik ali !
rindukan sakat2 chef !
rindukan pokpek2 kitorang bersama !
rindu nak buat kuih dengan depa !
rindu nak sakat siti !
rindu boss yg baek !
rindu . rindu . rindu . rindu ! ! ! !
entah bila lagi nak jumpa depa semua nie . .
harap2 nanti chef kawen nanti , dia jemput aku sekali . . hehehe . .
bole lar jumpa diorang suma jugak ^_^
aku harap kedai tu akan lebih maju dan dimurahkan rezeki . .
semoga bisness diorang akan berjalan dengan lebih lancar pada setiap hari . .
ameeennn...
No comments:
Post a Comment