Saturday, January 31, 2015

Bila Hati Sangat Kecewa

Kecewa. Ya Allah. Aku sangat kecewa. Sumpah aku sangat sedih. Aku dah tak tahu nak cakap macam mana lgi da. Aku tak tahu lagi kepada sapa aku nak ceritakan. Nak ceritakan pada manusia. Sememangnya silap besar. Walaupun dengan rakan sendiri. Seriess ya allah. aku kecewa sangat.

Ya Allah. Aku betul2 mengharapkan apa yang aku doakan ini.

Aku salah ya allah. Aku salah. Salah kerana terlalu memberi hati dan perasaan aku terhadap manusia. Mungkin sebab itu aku terlalu rasa kecewa dengan perkara ini.

Ya allah. Aku mohon sangat.
Seandainya dia adalah yang terbaik buatku. Kau jodohkanlah kami berdua. Percepatkanlah jodohku dan dirinya. Permudahkanlah kami untuk diijabkabulkan. 
Ya allah. Seandainya dia bukan jodohku. Aku mohon sangat ya allah. Kau permudahkanlah aku untuk melupakan dirinya. Permudahkanlah aku untuk menerima kenyataan ini. Jauhkanlah diriku dari terus mengingati dia. Jauhkanlah bayang2nya dari terus diingati.

Ya allah.
Ampunkan aku kerana mencintai manusia lebih dari mencintaimu.

Hatiyangsedih.


Monday, January 26, 2015

Hijau is Yatt, Yatt is Hijau. Hiks.

Assalamualaikum haiipp !

                  

Okey haii. Tetiba malam ni nak cerita pasal my old ffriend.  okey. Kitorang kawan da lama. Start form 1 lagik di sekolah 'soksek'. Ehh. SMSTSSS. Haaahhh ! Kan da keluar banyak 's'. Hiks. 

Nama dia Puan Hayati. Dia ni pandai dalam math. Aku ingat lagi. Cikgu nordin kerap jugak puji dia dalam kelas.. Dia ni happy go lucky weyyhh.Sporting pun sporting tau dak..hehe. Kalau dia gelak, memang style. Cara dia bercakap pun unik. Yang ni aku baru perasan. Sebab sepanjang aku belajar dekat u, matrik, tak jumpa lagi orang yang lebih kurang macam dia. Huhu. 

Dia ni seorang yang hebat laaa bagi aku. Dalam sport dia aktif, dalam uniform pun aktif, dan dia ni pengawas sekolah. Dan juga kapten rumah sukan Nilam okeyy time form 5 ! 

Nak kata garang, tak . Nak kata tAk garang pun, tak jugak. Haha. Tengah-tengah laaa. 

Yang paling aku ingat sampai sekarang dan InsyaAllah sampaibila-bila, dia ni penggemar tegar warna hijau. Banyak-banyak barang dia, warna hijau. Asal ada hijau ja, konpom dia berkenan lahh. Tak kisah laa hijau lembut kee, hijau garang keee, janji warna hijau, memang akan menarik perhatian dia. Hiks. 

Dulu aku pun macam dia jugak. Minat warna hijau. Sebab tu boleh ingat favourite colour dia. Excited  giler weyy kalau nampak warna hijau. Lagi2 kalau barang tu comey pulakkk kan. Haa. Lagi laaa macam naknak jaaa. Hahah.

Tengok laa. Wedding pun tema hijau. Perghh. Cantik baq hangg. Lagi2 baju akad nikah dia tu. Yang gambar sebelah kiri tu. Haishh. Sweet jaa baju dia. *bila pulak turn aku xtau?** haha. 

So memang tak kisah laa kalau dalam rumah dia pun penuh dengan warna hijau. Baik siling or dinding sekali pun. Lembut haa mata memandang. Tapi ni bagi aku laaa. Apa yang aku rasa. Sebab aku pun peminat warna hijau. But not very laaa. 

Ok. Off topic pasal kawan aku. 

Cer tengok gambar aku. Coii.... Macam pendekk kan? Kah ! *tolonglaaa terima kenyataan**

Haa. Faktor nampak aku pendek ni adalah sebab jurukamera amek dari sudut yang tinggi dari ketinggian si posing. Kah ! Dah la tak cukup tinggi, silap angle pulak kan, haaa. Lagi la nampak rendah . Hadoiii. Nasib laa nina oii. 

Acer tengok baju pink pula. Haa. Tak macam rendah sangatkan? sebab angle tepat dengan ketinggian aku. Haha. Walaupun hakikat sebenar memang rendah punnn. Da laa si pengantin pakai high heel.  Memang kalah laa aku. Kah ! 


ok bye. Tu ja nak cerita. Hiks.




Saturday, January 24, 2015

Puan Yatt OFF Market !

Assalamualaikum haii !

Yeaah . Puan Yatt Off Market sudahh. Alhamdulillah.  Hari ni settle dah semua. Part walimah sebelah perempuan lah. Side laki tu tak amek port pulek. Hiks.

Ok. Entry malam ni nak jamu gambar jah ! Jom layan ~

Tuesday, January 20, 2015

Mimpi Dia Tu Lagi.

Assalamualaikum haii gud morning.

Ok fine. Malam tadik aku termimpi2 lagik pasal my beloved friend !
Entah. Kenapa aq mimpi pulak sekali ni?
.
Masalahnya sekarang mimpi tu macam main2 dengan aku. Ada laa dlm dua minit tuu ada diaaa ja! Ku pusing kanan kiri pun ada dia. Gilerr lahh.
.
Mungkinkah sebab aku dan dia gaduh semalam? Aku tacing gilaa weyy bila orang tu sendiri buang aku ! Fine. Xpe.
.
Dan aku sikit pun tak baca wasap yang dia reply semalam. Sebab hati aku punah ! Hancur !
.
Sudah la. aku pun da malas nak fikir pasal kau lagi. Prinsip aku yang satu tu kena kuat ! Yaaa !
.
Hang pun dah besaq, matang lagi dari aku. Cuba fikir dan bertindak cara matang . Aku penat laaa weyy..
.
:'(

Problem laa weyy. Luahan hati !

Kawan sekelas sekatil sepinggan se se se se air mata, opsss, heheh. 1st time kenal masa sem 1, minta number fon bagai. Siap amek gambar save dalam contact sebab takut terlupa cam orang. Hari2 sembang bagai nak rak, aku hang bagai, tepuk tampaq. Sekali kantoi kami tak sebaya. Ohh man ! Ahh lantakk laahh. Haha. Nak wat guaneee, dah terlajak kamcing. Kang guna saya akak saya akak kanggg, mmg xbkawan tahap ni da laa kott? Hihi..
.
Rindu? Yaa. Sumpah aku rindu dia. Sampai terbawa dalam mimpi. Mimpi kitorang keluar makan sama2. Hanya kami berdua ! Tiada gangguan dari kawan-kawan lain.
.
Hmm. Mungkin sebab aku tangguh niat aku nak wish thanx and upload gambar hadiah yg dia bagi kat aku kot? Salah aku jugak. Sebab aku tak buat cepat2 semua tu. Tapi seriesss, masa tu baru habis exam final. Aku ingat lagi. Masa tu sibuk dengan pemilihan tenpat nak LI kitorang nanti. Sibuk dengan printer aku yang entah kadang2 ok kadang mereng tu. Dengan serabut fikir pasal itu ini. Tapi mana mungkin dia nak faham dengan keadaan aku masa tu?
.
Entah. Aku rasa something wrong dengan relationship kitorang ni. Aku pening laa. Dan aku tak paham.
.
Aku rasa macam patung mainan. Patung yang tak punya perasaan. Saat kau nak, kau amek peduli pasal aku. Saat kau happy, ada kau fikir pasal aku? Aku yang sentiasa seorang diri yang tak punya mana2 kawan rapat? Kawan rapat yg sebelum ni sudah lama buang aku, kau pun sama nak buat macam tu?.

.
Sumpah aku sedih bila jadi macam ni. Pisang berbuah dua kali?
Aku penat laaa. Aku penat..
.
Sejak aku perhati aura2 kau yang makin sisihkan aku tu, aku terus matikan hati aku untuk berharap lagi nak kawan rapat dengan kau. Aku teguhkan prinsip aku.

"Buat apa nak sedih teresak-esak menagih simpati, terkejar-kejar, merayu bagai semata-mata untuk beberapa kawan yang tak nak kat kita? Sedangkan aku punya ramai kawan lagi di sekeliling aku. Walaupun hakikatnya aku hanyalah menumpang kasih sbg seorang kawan dari diorang. Tapi aku bahagia. Aku tenang."
.
Sejak dari tu, aku cuba untuk tak over caring lagi dah dengan kawan2 sekeliling aku. Tak mau da ter over sayang akan diorang. Tak mau da buat diorang sebagai best friend forever aku lg da.
.
Sejak dari tu jugak, aku kerap berdoa kat Allah
" Ya allah, kurniakanlah aku sahabat sejati di akhirat nanti kelak."
.
Sejak dari tu jugak, kalau ada yang perasan, dalam kelas aku sering sorang2. Walaupun nampak aku terhibur dengan kawan2 lain, tapi bagaikan kera sumbang realitinya.
.
Sejak dari tu jugak, aku tak nak sisihkan kawan aku yang sama nasib macam aku. Yang tak punya sapa2. So dari situ, aku pantau sikit2 hal dia. Terutamanya bangun tido. Dia niii susa sikit bangun pagi. Sebab dia sorang2 dalam bilik. Rumet dia mana ada budak kelas. So sebab tu laa kena pantau dia ni. Tapi aku tak serapat2nya dengan dia.
.
Kalau nak tau, kadang2 dia dengan rumet aku. Mana2 ja dia akan ckp kat rumet aku. So tak da laa kitorang ni rapat sangat. Tapi may be pandangan orang sekeliling berbeza. Diorang sangka masuk keliar dia dari bilik aku adalah sebab jumpa aku. Sikit2 jumpa aku. Sikit2 aku. Tak weyyh. Dia lagi kerap jumpa rumet aku dari jumpa aku.
.
Tacing? Ada laa sikit. Sikit ja. Sebesar kuman.
.
Setiap kawan ada fe'el tersendiri. Kadang2 dengan dia ni, aku geram jugak laa. Tapi aku fikir positif ja. Dan aku biarkan benda tu berlalu bagai ditiup angin. Huhu.
.
Sekarang. Problem. Problem yang mana someone ni nampak aku happy go lucky dengan member2 aku yang lain. Pada hakikatnya, dia tau tak yang aku sentiasa harap dia dan aku rapat semula macam dulu? Dia tau tak yang aku sayangkan dia jugak? Dia tau tak yang aku hanya ada satu hati, satu badan? Aku tak boleh pecah kepada bahagian2 aku terhadap setiap kawan2 aku? Lagi problem bila aku cuba dekatkan diri dengan kau, kau elak ! 
.
Apa maknanya kalau orang tu elak? Orang dah tak suka , hang nak peduli apa lagi nina??? T_T




Monday, January 19, 2015

Agent lesen oh agent lesen.

Assalamualaikum haii.

Okey fine. Mula-mula kau cakap nama aku tak da dalam sistem. Padahal hari tu aku sehariannn kott p dengar taklimat. Dengan panas nyaa, dengan lapaqnya. Lepastu hari kau suruh aku amek semula? Hamboii. Ni salah sapa? Keja sapa? Apesal pulak nama aku tak da dalam sistem?

Ok fine. Malas nak cakap banyak. Aku follow ja cakap kau. Malas nak memberontak.  Malas nak bertekak.

Tapi weyy. Geram kot ! Pagi2 ni kau suruh aku p dengar taklimat. Amek khusus. Sekali aku sampai sini, apa kau cakap?

"Hehehe. Malu nak cakap kuat-kuat. Sebenarnya hari ni tak da khusus katanyaa."

Amboii pak bedahh. Sedapnyaa korang.. cemana buat keja? Tak kan selama lebih setahun kau buka kedai tu, kau tak boleh ingat lagi hari apa tak da khusus hari apa ada itu ini?? Gilerrr laaa. Sakit pulakk hati aku. Nasib laa dalam ni sejuk sampai ke tulang. Nasib bukan guna minyak keta moto aku. Haishhh. Melampauuu betoiii.

macam serik da weyyy dengan korang ni. Beriyaa jaaa masa cakap. Hurrr. Sabaq aku boleh sabaq lagi laaa. Kalau lepas ni jadi lg memang tak tauu laa nak cakap apa dahh. Kita tunggu dan lihat yaw !

Saturday, January 17, 2015

Pos Sudah Application Letter for InTra.

Assalamualaikum haii !

Yeaaa ! Dahh siap pos semua surat application letter untuk LI aku nanti. Harap-harap semuanya sampai dengan selamat. Dan selamat sampai ke tangan yang sepatutnya.  Dan dengan tenang diorang boleh terima aku untuk LI di company diorang ! Amennnn. !

Ok. Baru tahu laa yang sebenarnya sampul pun ada limit untuk berapa harga setem. Haha. Lawak. Malu pun adoo.

"Kak, bagi setem 5 kupang 10 keping."

"Adik nak pos surat apa? Setem minimum 6 kupang dek."

Erkk. Krik krik.

"Hehe. Yakaa. Ermm. Boleh laa. Bagi 6 keping ja."

"Adik guna sampul warna apa? Kalau warna koko setem 8 kupang, kalau sampul putih, setem 6 kupang."

Ayokk. Macam tu pulakk. Haha. Lari bajet guee ! So apa lagii. Terpaksa laa beli setem 8 kupang weyy. Hmm. Nasib minta duit lebih sikett kat ayah aku tadik. T_T

Ok. Time nak masukkan sampul dalam peti pun jadi kekok laa sebenarnya.  Haha. Teragak agak jugak aku nak masukkan punn.. yalooo. Kang dibuatnya salah, memang tak sampai laa. Huhu.

Ik. Papunn. Semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.  Settle. Now, fikir pasal daftar online pulak. Fuhh !

Thursday, January 15, 2015

Serabutnyaaa Industri Training nie (praktikal) :(

Assalamualaikum haii.

Ayokk. Serabutt beb. Selagi tak betul2 settle LI ni. Selagi tu tak aman cuti itew ni.

Ohh okey. Lupa nak bagitau. Sekarang gua tengah senang lenang goyang kaki dirumah selama sebulan lebihh. Cuti semester. Yaa. Ini lahh yang di tunggu tunggu selama penat lelah struggle untuk habiskan semester 5.

10hb Januari lagik dah habis paper sebenarnya.  Tapi disebabkan LI, aku dan budak2 kelas semua terpaksa tangguhkan dulu excited nak balik cuti. Sebabnya kitorang perlukan tandatangan coordinator untuk application letter nihh.

Ok. Kitorang boleh pilih 10 hospital or any place yang kitorang nak. Tak kisah lah government ke private ke company apa sekali pun. Then, tunggu lah kitorang sampai bulan Februari nanti untuk tau result. If tak da rezeki, if ta da company yang maw accept kitorang, still can apply lagi sekali. Lagi dua kali pun boleh. Janji dapat.

LI kitorang ni selama 3 bulan ye. Dari Jun until Semptember 2015. Ok. Sudah konpem2 laa terpaksa berbuka puasa dan may be beraya jugak kot jauh dari family tahun ni? Oh tidaakk.. beginikah nasib seorang engineer sebenarnya??

Ok ok. Whatever. Ini yang kau pilih kan. So accept it ok ! Tak mau sedihh sedihh darling. Doa doa laa kau dapat tempat LI yang dekat dekat jerrr dari rumah kau yerk. Boleh laa lari balik rumah nanti. Hiks.

*tolong doakan saya dapat tenpat LI T_T **

Saturday, January 10, 2015

Third Year Sem 5 Tamat.

Bismillah. 

Alhamdulillah weyyh. MERDEKAA sudaahh ! Dengan ini tamat laahhh tahun 3, semester 5 aku.

Last payyperrr tadik. Subjek Linear Control System. Fuhh. Alhamdulillah bolehh laaa buat. Semua pernah belajar dan buat dah dalam kelas.

Tapiii tapi tapiii... malangnyaaa kurang praktis weeyyhh. Menyesal kiteee haa tak praktisss banyak banyak banyak. Kalau takkk. Hmmm. Insya Allah dah bolehh A Kot?

Tak polaaaa. Redha. Tak da rezeki. Tapi macam mana pun. Aku masih ada peluang lagi. Peluang apa? Peluang berdoa. Kan syarat nak berjaya ada 3. Apa yang 3 tu?

Haa. Yang pertama ... berusaha.
Yang kedua .... tawakal.
Yang ketiga .... berdoa sungguh-sungguh dan tawakal lagiii.

Hmm. Sekian dari saya.

*Tak sabarnyaaa nak habis belajar degree kat unimap ni ! **

Tuesday, January 6, 2015

Sanah Helwah to ME :)


Alhamdulillah. Masih hidup. Masih sihat. Masih ada family yang tercinta. Masih di kurniakan nikmat selama 22 tahun hidup.
.
♥Semoga sentiasa istiqamah berubah ke jalan yang lebih baik.
♥Semoga dapat tingkatkan ibadah lebih banyak.
♥Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa selama 22 tahun aku hidup. 
.
♥Semoga Allah redha setiap tindakan ku selama 22 tahun.
♥Terima kasih mak sebab melahirkan orang.
♥Terima kasih ayah sebab sentiasa didik orang jadi manusia yang berguna.
♥Terima kasih mak ayah.
♥Jasamu tak mampu ku bayar. Kerana ia sangat berharga dan tak ternilai.
.
Sanah Helwah ke-22 amanina ^_^