Saturday, November 22, 2014

Tak Da Rezeki Join Khusus Jenazah

Assalamualaikum. 

Wuuuwuuu.. sedihh. T_T
Hari ni bangun lewat. Terlepas bas. So tak dapat laa join khusus jenazah tu. Padahal semalam siap iron baju semua daaa. Tapi...apakan daya...perancangan Allah lebih baik dari segala perancangan manusia. Ada hikmah i'allah.

Harap-harap sem depan ada lagi program macam ni kat unimap. Dan berharap sangat aku diizinkan Allah untuk terlibat dalam program tu. Hmmm. Mungkin silap aku laaa. Semalam tak doa. Tak minta pun kat Dia nak tuntut ilmu tu. Mungkin jugak ada niat lain terselit dalam hati aku kot semalam? Sebab tu Allah tak izin kan. Huhu. Ampunnn...waallahhualam.  ermmm. T_T

Pertama Kali Join Usrah

Assalamualaikum.  Alhamdulillah hari ni aku berpeluang terlibat dalam usrah buat pertama kalinya di universiti aku. Selama dua tahun lebih aku kat sini..tak pernah lagi aku join mana-mana usrah. Kenapa? Sebabya aku tak punya kekuatan untuk melangkah join diorang. Padahal aku tau jaaa ada kawan sekelas aku selalu terlibat dalam program2 islamic macam tu. Cuma aku jaa yang xmau.

Alhamdulillah.  Syukur sangat-sangat Allah dah jentik hati aku untuk ikut program 2 untuk mendekatkan diri kepadaNya. Sejak aku ditimpa masalah dan pelbagai ujian yang berturut-turut membuatkan aku lebih menjaga hubungan aku dengan Dia.
Syukur Allah masih timpakan musibah pada aku sebab aku tau dia sayangkan aku. Dia rindukan aku. :')

Boleh nampak laa kelebihan ikut usrah ni. Salah satunya kau akan rasa ukhuwah persahabatan yang terjalin dengan rakan-rakan lain. Walaupun aku first time join diorang..tapi rasa kekok tu memang akan hilabg secara sendiri. Sebab boleh bayangkan tak..bertapa akrabnya. Bertapa kuatnya ikatan berjemaah tu. Ya Allah. Sungguh aku bersyukur hadir majlis macam tu. Tenang. Rasa bahagia.

InsyaAllah next time aku akan join lagi usrah2 macam tu. Tak kisah laa apa sekali pun program yang boleh mendekatkan diri aku dengan Allah. Huhu. Tq Allah.. walaupun sebenarnya tadi aku mmg tak nak pun turun surau. Sebab ngantok sangat. Tapi Kau telah jentikkan hati aku. Kau dah sentuh hati aku untuk gerak jugak join usrah tu. Sungguh. Aku terasa akan nikmat itu. :))

Wednesday, November 12, 2014

Coretan untuk Kawan Baik.

Bismillahhirhmanirrahim.


Rindu.

Yaa. Aku rindukan kawan-kawan aku.

Rindukan kami yang dahulu. Dahulunya rapat. Rapat dalam segala hal.

Tapi. Sedih. Semuanya tinggal kenangan. Masing-masing punya kawan yang lebih baik dan berpengaruh. Yang lebih sekepala mungkin?

Dua tahun. Dua tahun aku layan mereka semua bagaikan kawan terbaik dalam hati aku.Care dalam segala hal. Sayang mereka lebih sayang kan hati aku yang sering kali terluka dan terasa hati. Tapi semuanya seperti abu yang berterbangan. Korang layan aku dengan sebaliknya. Layan aku bagaikan classmate yang bagaikan ada dan tiada. Bagaikan aku tiada apa-apa untuk mereka.

Ya. Mungkin aku bukan siapa-siapa untuk mereka. Aku kurang dalam segala hal. Aku tak punya apa-apa untuk diberi dan untuk mereka terima. Aku cuma dicari dan diterima bila kau inginkan sesuatu. Ya.. ini kenyataan. Bukan ingin menuduh. Tapi aku sendiri nampak dan mengalami. Dua tahun. Tahap perit dan pedih usah ditanya. Kau tak alami. Jangan dipersoalkan lebih.

Aku dah penat untuk menitiskan air mata setiap masa. Aku cuba cekalkan hati mulai semester ini. Maaf andai korang rasa kelainan dan terasa aku jahat kejam, sombong dan sebagainya. Aku terpaksa. Ini saja jalan untuk aku menjauhkan diri dari korang. Ini saja yang boleh hilangkan rasa 'over' sayangkan korang.

I will treat you like you treated me.